Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pengabang Ibpara pengunjung semasa majlis gawai.Bagaimana dengan orang-orang yang kita undang untuk ngabang? Jika kita belum tahu berapa pengabang yang kita jemput, bagaimana kita membuat persiapan?” soal Pungga.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magansip Mrkepit, sejenis bentuk tarian orang Murut.Dia terbayang bagaimana suaminya yang menjadi salah seorang pemain alat-alat muzik tradisional, memalu gong dan kadang-kadang menari magansip berpasangan dengan penari wanita yang jelita.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buli Mr Nbberian (hantaran) yang terhutang.“Kalau dia nak beristeri, janganlah mimpi. Ingatkan dia bulinya belum selesai lagi. Bagaimana nak beristeri kalau buli engkau sendiri belum dapat dia bayar?” bentak Angusi.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
amma Kd, Ir, Mrayah.Tadi edi mendengar perbualanmu dengan Lagan. Lagan juga telah beberapa kali merisik kepada amma. Bagaimana pendapatmu."Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tinau, *tinauk* Mrpesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian.Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian.Beri Sampai Mati BahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
unduk ngadau MSbRatu cantik sempena Pesta Keamaatan.Aku berfikir sambil mata terus memandang ke atas pentas melihat para peserta seorang demi seorang bergaya untuk menarik perhatian para juri yang menilai kecantikan, pakaian dan penampilan. Aku perlu menulis tentang tujuan perayaan Pesta Menuai ini diadakan, perbezaan perayaan Unduk Ngadau zaman dahulu dan sekarang, dan bagaimana pertandingan Ratu Kaamatan sudah jauh penyimpang dari tujuan asalnya.Jejaka IdamanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas