Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
how leadteras bagaimanaKomunikasiTiadaTeknik menyusun berita dalam surat khabar dengan memberi penekanan terhadap faktor bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku dan dijadikan teras yang paling penting untuk dilaporkan.
Page Description Language (PDL)bahasa pemerihalan halamanTeknologi MaklumatTiadaBahasa aras-tinggi untuk mentakrif tentang bagaimana mesin pencetak perlu mencetak dan membentuk jenis dan elemen grafik pada helaian muka surat. PDL mengeluarkan perintah kepada mesin pencetak tentang bagaimana setiap aksara dan grafik perlu dilakar. Contoh PDL ialah Adobe PostScript dan Xerox Interpress.
Page Description Language (PDL)bahasa pemerihalan halamanTeknologi MaklumatTiadaBahasa aras-tinggi untuk mentakrif tentang bagaimana mesin pencetak perlu mencetak dan membentuk jenis dan elemen grafik pada helaian muka surat. PDL mengeluarkan perintah kepada mesin pencetak tentang bagaimana setiap aksara dan grafik perlu dilakar. Contoh PDL ialah Adobe PostScript dan Xerox Interpress.
PVT measurementpengukuran PVTKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengukuran sifat termodinamik bagi keseimbangan fasa yang ditentukan secara mengukur haba (kapasiti haba) yang menunjukkan bagaimana sifat tersebut berubah dengan suhu T atau mengukur isi padu V yang menunjukkan bagaimana isi padu berubah dengan tekanan P dan ketumpatan.
remedyremediUndang-undangTiadaCara bagaimana pelanggaran hak dicegah, ditangani atau dipampasi.
phytoclimatologyfitoklimatologiGeografiTiadaBidang yang mengkaji bagaimana ciri-ciri iklim mempengaruhi kehidupan tumbuh-tumbuhan.
fractureretak; retakanKimiaTiada2. Cara bagaimana mineral pecah atau kemunculan permukaan mineral yang baru pecah.
depositionpengendapanPertanianTiada1. Pengendapan: Proses bagaimana tanah yang terhakis ditinggalkan dan terkumpul di suatu tempat dan berlaku apabila keupayaan pengangkutan kurang daripada beban sedimen.
100% ruleperaturan 100%PentadbiranTiadaAnalisis bagaimana sesuatu penyelesaian optimum dan nilai fungsi objektif dipengaruhi oleh perubahan-perubahan pelbagai input dan parameter sesuatu model keputusan.
sensitivity testingujian kecekapanPentadbiranTiadaAnalisis bagaimana sesuatu penyelesaian optimum dan nilai fungsi objektif dipengaruhi oleh perubahan-perubahan pelbagai input dan parameter sesuatu model keputusan.
12345678910...

Kembali ke atas