Sufyan ibn ‘Uyaynah (107–198 H./726–814 M.),
ketua ulama hadith. Nama penuhnya Sufyan ibn
‘Uyaynah ibn Abi ‘Imran. Dia lahir di Kufah. Dia
tinggal di Makkah dan meninggal dunia di sana.
Sufyan menemui lebih 80 orang tabi‘i. Dia mula
menulis hadith ketika berumur tujuh tahun. Sufyan
mendengar hadith daripada ‘Amru ibn Dinar,
Muhammad ibn Muslim ibn Shihab al-Zuhriy, Abi
Ishaq al-Subayi‘iy, al-Aswad ibn Qis, ‘Abdullah ibn
Dinar, Mansur ibn al-Mu‘tamir dan ramai lagi.
Mereka adalah antara guru Sufyan Al-‘A‘mash, Ibn
Jurayj dan Shu‘bah telah meriwayatkan hadith
daripadanya. Begitu juga Imam Syafi‘i, Abdullah ibn
al-Mubarak, ‘Abd Rahman ibn Mahdiy, Ahmad ibn
Hanbal, Yahya ibn Ma‘in, Ishaq ibn Rahawayh.
Terdapat, ramai lagi di kalangan orang masyhur
mengambil hadith daripadanya.