Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bah] | به

Definisi : = air ~ banjir, air besar; musim ~ musim banjir; salangkan ~ kapar tak hanyut, inikan (kononlah) pula kemarau panjang prb a) kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin kalau sudah tua; b) pd masa ada pencarian tidak boleh menjadi kaya, apatah lagi dlm masa tiada pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : singkatan bagi babah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : Kl bawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : kumpulan air yg terlalu banyak sehingga melimpah; banjir: Dlm musim tengkujuh, kampung ini selalu saja didatangi ~. air ~ banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bah

Puisi
 

Nak bah rupanya hari,
     Anak dara di muka pintu;
Sangat berubah rupanya diri,
     Telah sekala tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lamun takut dilanggar batang,
     jangan duduk di kepala pulau.

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dalam arus aliran ben- dalir telaga yang terdiri daripada minyak, gas dan/atau air. (KEJ) knockout (II) (ketukan keluar) Bahagian bertanda (berbekas) pada dinding kotak logam atau kabinet alat tam- bah pendawaian pembuluh atau sesalur yang dipotong sebahagiannya. Baha- gian ini mudah ditanggalkan sekiranya diketuk dengan tukul. Bahagian ini biasanya berbentuk bulat untuk membolehkan pembuluh masuk ke dalam ko - tak tersebut kanta terse- but. Sinonim F-number, stop number. (FIZ) relative atomic mass (jisim atom relatif) Nisbah jisim satu atom sesuatu unsur terhadap 1/12 jisim satu atom C-12. Nis- bah ini biasanya dilambangkan sebagai A r . Sinonim atomic weight. (KIM) relative error (ralat nisbi) Nisbah antara nilai ralat sebenar dengan nilai kuantiti yang mengandungi ralat. (KOM) relative index of refraction

Kembali ke atas