Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.gian] | بهاݢين

Definisi : 1 hasil drpd membahagi; pecahan drpd sesuatu yg dibahagikan: Pedagang-pedagang itu telah membahagikan hasil jualan mereka kpd tiga ~. 2 hak milik atau sesautu yg dibahagikan: Yg ini ~ awak, sementara yg itu, ~ saya. 3 cabang atau cawangan drpd sesuatu yg lebih besar: Ayah saya bekerja di ~ Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagian

Puisi
 

Kapal layar bertiang tiga,
     Tiang keempat batang galah;
Ikhtiar ilmu bahagian kita,
     Hasil pendapatan di tangan Allah.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sondak[son.dA/]kata kerjamenoreh bahagian-bahagian atas pada pokok getah tua mengikut sesuka hati; potong pajak.Sebelom tebang, baek kite sondak.[s«.b«.lom t«.bAN bAe/ ki.t« son.dA/]Sebelum tebang, baik kita kita sondak.
potong pajak[po.toN pA.dZA/] menoreh bahagian-bahagian atas pokok getah tua mengikut sesuka hati; sondak.Tak lame lagi pokok getah nak kene tebang, baek aku potong pajak aje.[tA/ lA.m« lA.gi po.ko/ g«.tAh nA/ k«.n« t«.bAN bAe/ A.ku po.toN pA.dZA/ A.dZ«]Tidak lama lagi pokok getah hendak ditebang, baik aku potong pajaklah.
keladi cudang[k«.lA.di tSu.dAN] sejenis pokok keladi yang bahagian tepi pelepahnya berwarna merah dan isinya berwarna putih. Keladi ini boleh direbus, dibuat sayur atau digoreng. Pelepahnya juga boleh dibuat sayur.   
siku-siku[si.ku.si.ku]kata namabahagian hujung kiri dan kanan tulang melintang layang-layang yang dilengkongkan.Siku-siku layang-layang kau ni aku tengok senget aje.[si.ku.si.ku lA.jAN.lA.jAN kAw ni A.ku t«.No/ s«.Net A.dZ«]Kedua-dua bahagian tepi layang-layang engkau ini aku tengok senget sahaja.
rumah dua sebandong[Äu.mAh du.wA s«.bAn.doN] sejenis rumah yang mempunyai dua bumbung (puncak). Kedua-dua bahagian rumah itu pula dipisahkan oleh bahagian pelantar papan atau batang nibung.Rumah dua sebandong ni rumah pusake.[Äu.mAh du.wA s«.bAn.doN ni Äu.mAh pu.sA.k«]Rumah dua sebandung ini rumah saka.
kaet[kAet]kata namabahagian hujung ekor kucing yang bengkok.Wah, eko kuceng ni kaet![wAh e.ko ku.tSeN ni kAet]Wah, ekor kucing ini bengkok di hujungnya!
kepale tikau[k«.pA.l« ti.kAw] bahagian hujung tikar yang mempunyai lipatan tebal.Aku tengah buat kepale tikau.[A.ku t«.NAh bu.wAt k«.pA.l« ti.kAw]Aku sedang buat kapala tikar.
guntas[gun.tAs]kata kerjaperbuatan meragut bahagian pucuk daun atau bunga oleh haiwan atau manusia.Abes sapan pokok bunge aku baru nak tumbuh kene guntas kambeng.[A.bes sA.pAn po.ko/ bu.N« A.ku bA.Äu nA/ nA/ tum.buh k«.n« gun.tAs kAm.beN]Habis rosak pokok bunga aku baru hendak tumbuh diragut oleh kambing bahagian pucuknya.
sia[si.jA]kata namakayu kecil yang dipasang memanjang dari kemudi hingga ke luan di kiri kanan bahagian atas dinding perahu tetapi tidak melekat pada perahu (tidak seperti mempisang yang melekat pada perahu). Sia melindungi bahagian tersebut daripada menjadi haus akibat kerja di laut seperti menarik pukat.Pasangkan sia tu kalau tak perahu rosak.[pA.sAN.kAn si.jA tu kA.lAw tA/ p«.ÄA.hu Äo.sA/]Pasangkan sia tu kalau tidak perahu rosak.
balai[bA.lAj]kata namabahagian rumah papan di hadapan tangga tengah dan bersambung dari pintu tengah rumah, berbumbung dan berlantai yang mengadap anak tangga.Kalau panas sangat, mari sembang kat balai.[kA.lAw pA.nAs sA.NAt mA.Äi sem.bAN kAt bA.lAj]Kalau panas sangat, mari sembang kat balai
1234

Kembali ke atas