Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagian akhir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
codakodaKesusasteraanTiadaBahagian akhir penulisan sastera atau komposisi muzik. Pada bahagian akhir ini, tema sesebuah karya diringkaskan atau dikemukakan secara menyeluruh agar ceritanya lebih berkesan dan mudah difahami pembaca. Koda berasal daripada bahasa Latin cauda yang bermaksud �ekor�. Dalam kesusasteraan Melayu, koda dikenali sebagai �buah cerita�.
rectumrektumPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian akhir usus besar yang berterusan dari kolon sigmoid ke kanal usus.
perorationpenggulungan pidatoKesusasteraanTiadaBahagian akhir penggulungan pidato, ucapan atau wacana; apa yang berlaku terdahulu yang menunjukkan bagaimana pemidato Yunani dan Roman suka menggunakan dalam sesuatu perbahasan.
abgesang (G)abgesangMuzikTiada

Bahagian akhir lagu Kembara Jerman.

forecasting samplesampel peramalanPentadbiranTiadaBahagian akhir sesuatu data lampau yang digunakan untuk mengukur ketepatan ramalan.
stopwaylaluan hentianKejuruteraan AutomotifTiadaBahagian akhir luncuran yang disediakan untuk pesawat berhenti sekiranya penerbangan dibatalkan.
bitter endekor rantai sauhPelayaranTiadaBahagian akhir rantai hubung sauh.
turningpusingSukanTiadaMembuat pusingan di bahagian akhir perlumbaan di velodrome, pada sukan lumba basikal.
appendiceslampiranPerpustakaanTiadaPerkara yang dimuatkan pada bahagian akhir teks sebuah buku yang mengandungi nota-nota yang panjang untuk nota kaki, statistik atau butiran lain yang tidak mencukupi ruang untuk dimuatkan di dalam badan buku.
epimythiummoral akhiranKesusasteraanTiadaSenarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral.
12345678910...

Kembali ke atas