Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengangkanumeratorNombor yang berada di bahagian atas garis dalam sesuatu pecahan. Lihat ContohSekolah Rendah
pengangkanumeratorAngka atau sebutan yang terletak di bahagian atas suatu pecahan. Lihat ContohMenengah Rendah
pengangkanumeratorNombor atau sebutan yang terletak di bahagian atas pecahan.Menengah Atas
sebutantermBahagian dalam sesuatu ungkapan atau siri yang dipisahkan oleh tanda + atau -, atau bahagian-bahagian dalam satu jujukan yang dipisahkan oleh tanda koma. Contohnya, dalam ungkapan 5a³ - 2xy + 3, sebutannya terdiri daripada 5a³, -2xy, dan 3, dalam jujukan 2, 5, 8, sebutannya terdiri daripada 2, 5 dan 8.Menengah Atas
piramid tegakright pyramidPiramid yang puncaknya tegak di atas bahagian tengah tapaknya. Lihat rajahMenengah Atas
titik perpuluhandecimal pointTanda titik ( . ) yang memisahkan bahagian nombor bulat dengan bahagian nombor pecahan.Menengah Atas
sukuanquadrantBahagian pada satah yang dibahagikan kepada empat bahagian oleh paksi-x dan paksi-y serta dilabelkan mengikut arah lawan jam.Menengah Atas
sukuan pertamafirst quadrantSuku bahagian yang terletak di sebelah kanan atas dalam lingkungan paksi koordinat. Lihat ContohSekolah Rendah
sinarrayBahagian garis yang bermula dari satu titik dan memanjang tak terhingga pada satu arah.Menengah Atas
penyebutdenominatorNombor atau sebutan yang terletak di bahagian bawah pecahan.Menengah Atas
12

Kembali ke atas