Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
selesemafluPenyakit yang menjangkiti bahagian atas salur pernafasan disebabkan oleh virus. Selesema biasanya diiringi oleh mata dan hidung berair.Sekolah Rendah
hatiliverOrgan berwarna merah gelap yang terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen. Hati berfungsi menghasilkan hempedu dan menyingkirkan bahan-bahan toksik dari badan.Menengah Rendah
bisepsbicepsOtot rangka pada bahagian atas lengan. Lihat RajahMenengah Atas
kelenjar adrenaladrenal glandKelenjar endokrin yang terdapat di bahagian atas permukaan ginjal yang merembeskan hormon adrenalina.Menengah Atas
dorsaldorsalKedudukan yang merujuk permukaan bahagian atas badan haiwan. Bagi manusia, dorsal merujuk bahagian belakang badan. Lihat RajahMenengah Atas
aerofoilaerofoilStruktur berbentuk khas yang menyebabkan udara bergerak lebih laju di bahagian atasnya berbanding di bahagian bawah, menyebabkan tekanan pada bahagian atas lebih rendah daripada tekanan pada bahagian bawah. Contohnya, aerofoil sayap kapal terbang.Menengah Atas
sistem tatanama binomialbinomial system of nomenclatureSistem tatanama organisma dalam bahasa Latin yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama merujuk kepada nama genus, manakala bahagian kedua merujuk kepada nama spesies.Menengah Atas
tekanan akarroot pressureTekanan yang terbentuk di dalam akar sesetengah tumbuhan akibat pengangkutan aktif zat terlarut ke dalam xilem dan pergerakan air dari tanah ke dalam akar rambut melalui osmosis. Tekanan ini menyebabkan air bergerak naik ke atas bahagian tumbuhan.Menengah Atas
medulamedulla1. Bahagian tengah atau empulur batang tumbuhan. 2. Bahagian tengah sesuatu organ atau tisu. Contohnya, bahagian tengah ginjal, dan sumsum tulang.Menengah Atas
jejunumjejunumBahagian usus kecil mamalia yang terletak di antara duodenum dengan ileum. Penyerapan hasil pencernaan banyak berlaku di bahagian ini.Menengah Atas
123456

Kembali ke atas