Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagian depan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin menggunakan Praktis Optometris di bahagian depan signboard saya ,jadi saya ingin bertanya soalan dari segi tata bahasanya betul atau salah. kerana optometris merupakan jawatan atau mewakili individu tersebut seperti saya yang merupakan seorang optometris. saya perlukan jawapan yang pasti sekiranya tidak boleh ada cadangan lain tak?

Untuk permohonan iklan, terdapat perbezaan antara papan premis, kain rentang, papan iklan luar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kesemua ketegori iklan tersebut perlu dimasukkan teks bahasa Melayu kerana pihak kami tidak menyemak dan mengesahkan jenama, nama syarikat, logo, slogan, iklan bahasa asing dan yang seumpama dengannya.

Berkenaan nama Praktis Optometris, jika telah berdaftar dengan SSM sebagai nama kedai, nama tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, keterangan perniagaan dalam bahasa Melayu tetap perlu dimasukkan di penjuru atas, sebelah kiri iklan. Contohnya, Kedai Cermin Mata. Jika masih belum berdaftar, dicadangkan supaya menggunakan nama yang sama dengan nama perniagaan atau syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul kerana nama Praktis Optometris tidak sesuai.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan format papan iklan, tuan perlu berhubung dengan  Pihak Berkuasa  Tempatan (PBT) yang terlibat. Jika ingin tahu dengan lebih lajut berkenaan bahasa dalam iklan dan cara permohonan iklan, sila layari portal https://dbpsahbahasa.my/manual/01-Panduan-Pelanggan-Akaun.pdf.

Lain-lain27.07.2021
Salam sejahtera. 1. Manakah lebah berada di bawah bunga? 2. Lebah manakah berada di bawah bunga? Manakah satu bentuk soalan yang mengguna hukum bahasa dengan betul? Adakah "Manakah" mesti diletak di bahagian depan sekali ?Ayat yang betul, Manakah lebah yang berada di bawah bunga?
Tatabahasa05.12.2017
(1) Bilakah perkataan 'kami' dan 'kita' digunakan? ( (2) Bolehkah kedua-duanya digunakan dalam sesebuah cerita? Contoh di bahagian depan cerita: "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini." (Ayah dan dua orang anaknya berada di dalam bas. Mereka mahu turun di pantai.) Di bahagian akhir cerita pula: "Ini perhentian kami," kata Ayah. "Kami turun di sini." (3) Bolehkah 'kami' digunakan di dalam satu ayat dan 'kita' digunakan di dalam ayat yang terletak di bawah ayat yang pertama dalam sesebuah cerita seperti berikut: "Lihat, kami bermain air," kata Paul. "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini," kata Paul. (Di dalam kedua-dua ayat di atas, Paul sedang bercakap dengan adiknya.) Harap tuan/puan boleh menjawab hari ini. Terima kasih

(1) Kami - kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala kita bermaksud saya dan kamu semua.

(2) Penggunaan kedua-dua kata ganti nama diri kami dan kita mestilahmerujuk makna bagi kedua-dua perkataan tersebut seperti di atas.  "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini". "Ini perhentian kita, kata Ayah". "Kita turun di sini".

(3) "Lihat, kami bermain air, kata Paul". "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini, kata Paul".

Tatabahasa20.05.2011
Salam, saya ingin bertanyakan istilah bahagian kereta. Apakah nama bahagian kereta yang di belakang (tempat meletak barang)? Perkataan bonet digunakan untuk bahagian depan (yg menutupi enjin). Jadi, apakah nama bahagian belakangnya?Adakah but kereta? Tetapi istilah but kereta tiada dalam kamus dewan edisi keempat. Boleh tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Istilah yang betul ialah but. Rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boot boot diterjemahkan kepada but dalam bahasa Melayu yang merujuk ruang mengisi barang di dalam kereta, selain bermaksud kasut.Istilah27.03.2014
Apakah terjemahan yang paling bersesuain untuk perkataan 'customise talent management', 'work-life balance', botom-up approach' dan 'front-end and back-end processes' Terima kasihPertanyaan yang dikemukakan tidak pula menyatakan penggunaan khusus istilah tersebut dalam bidang tertentu. Maka cadangan kami:
1. Membina Pengurusan Bakat
2. Keseimbangan Budaya Kerja
3. Kaedah Bawah-Atas
4. Proses Bahagian Depan dan Belakang atau Proses Pemisahan Lapisan Depan dan Belakang
Penyemakan dan penterjemahan28.04.2015
Salam tuan di talian, Apakah perkataan terlentang dalam ayat contoh di bawah betul penggunaannya. 1. Pak Pandir jatuh terlentang kerana terpijak kulit pisang. 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, 3. Pak Pandir jatuh tertelentang kerana terpijak kulit pisang. Semoga mendapat jawapan yang segera daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah: 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, telentang bermaksud terbaring dengan bahagian depan atau bahagian cekung ke atas.

Tatabahasa15.09.2011
Salam sejahtera, apakah padanan kata yg sesuai bagi kata "balcony"? Adakah "balkoni" atau "beranda"? Mohon jawapannya. Terima kasih.Terdapat perbezaan makna bagi perkataan "balkoni" dan "beranda". Berikut merupakan definisi untuk perkataan-perkataan tersebut:

BALKONIDefinisi : 1. anjung kecil pd tingkat atas rumah bertingkat (sbg tempat berangin); 2. tempat duduk di tingkat atas pd panggung wayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

BERANDA: Definisi : 1. ruang terbuka yg berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah: kerusi dan meja telah teratur di ~ muka utk menerima tetamu; 2. ark sj bilik dlm perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Oleh itu, tuan boleh menggunakan perkataan-perkataan ini mengikut kesesuaian.
Penyemakan dan penterjemahan13.10.2019
"front office division" boleh diterjemahkan kepada "bahagian pejabat hadapan"? Atau "bahagian penerimaan tetamu"? Nota: Fungsi bahagian ini adalah membuat pendaftaran keluar masuk (check-in & check-out) hotel dan tempahan bilik hotel.Pihak kami mencadangkan terjemahan bagi perkataan Front Office Division ialah "Bahagian Meja Depan."Lain-lain18.02.2022
1. Mohon penjelasan penggunaan tiga tanda noktah di sebelah satu-satu ayat di dalam surat. Cth: ...5. Bersama-sama ini dilampirkan kronologi etc etc. 2. Adakah ini wajib? Terima kasihTiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya:
a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis.b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu.
Lain-lain10.06.2013
ya ingin bertanya, saya lihat banyak media yg menulis kata ayat-ayat seperti "di muka hadapan", "di bahagian hadapan" dan sebagainya. Apakah kata hadapan untuk ayat-ayat seperti itu digunakan dengab betul? Setahu saya, kata hadapan berasal dari kata dasar "hadap" bermaksud facing (dlm bhs inggeris) yang ditambah akhiran "an". Sama seperti kata "hadapi" yang mendapat akhiran "i". Bagaimana menurut DBP? Adakah ayat sebetulnya patut menjadi "di muka depan" atau "di ahagian depan" dan sebagainya?Untuk makluman puan, hadapan bermaksud bahagian di sebelah muka depan dan frasa di muka hadapan adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hadapan dan lihat di halaman 2.Tatabahasa12.06.2012
123

Kembali ke atas