Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagian depan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUKA

Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia

terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan

dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi

daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu

mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri

daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai

kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu

halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam

udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut

termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi

membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya

bahagian tulang pada muka yang bergerak.

UMUM 
MOHOR BESAR

Mohor Besar, di United Kingdom, digunakan

untuk menandakan pengesahan raja terhadap

kebanyakan dokumen negara. Setiap raja memiliki

Mohor Besar khas, sebagai tambahan kepada

mohor privi dan meterai. Mohor diraja yang

pertama ialah Mohor Edward the Confessor. Mohor

William Si Penakluk menggambarkan raja

menunggang kuda dan bersenjata. Selepas

penaklukan England, dia menambah sebuah ‘mohor

balas’ dengan gambar penabalannya. Kemudian,

gambar raja ditabal menjadi bahagian depan mohor

dan raja di atas kuda di bahagian belakang. Lord

chancellor ialah penyimpan Mohor Besar. Apabila

seseorang raja meninggal dunia, mohor itu

dipecahkan, dan dibuat yang baru.

UMUM 
TANGAN

Tangan ialah bahagian hujung anggota depan , atau

lengan. Tangan digunakan untuk memegang objek.

Tangan sebenar mempunyai ibu jari boleh

bersetentang , atau ibu jari yang boleh digerakkan

pada jari-jari lain. Tindakan ini membolehkan tangan

menggenggam benda dan melakukan banyak

pergerakan yang rumit. Kemajuan manusia mungkin

tergalang tanpa penggunaan ibu jari boleh

bersetentang. Untuk membantu memahami kerja

yang dilakukan oleh ibu jari, cuba angkat pen tanpa

menggerakkan ibu jari anda.

UMUM 
KELENJAR TIROID

Kelenjar tiroid ialah kelenjar endokrin

(pengeluaran hormon) yang terletak di depan

leher. Ia mempunyai dua lobus (bahagian) di setiap

sisi trakea (salur udara). Kedua-dua lobus ini

disambungkan oleh satu jalur nipis tisu. Rangkaian

pembuluh darah menyelaputi kelenjar ini. Tiroid

mengambil iodin dari darah dan menggunakannya

untuk membuat hormon aktif, tiroksina yang juga

dikenali sebagai tetraiodotironina dan

triiodotironina . Hormon tiroid tidak aktif tersimpan

di dalam lobus dalam ruang yang dikenali sebagai

folikel .

UMUM 
MOTOSIKAL

Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah

kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa

enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah

antara roda depan dan roda belakang. Motosikal

mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat

daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas

penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia

menggunakan motosikal sebagai pengangkutan

atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan

rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan

motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal

trafik kerana kenderaan tersebut boleh

dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu

lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan

bomba menggunakan motosikal untuk membawa

kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di

bandar-bandar besar di United Kingdom dan di

tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk

menghantar dokumen dan bungkusan kecil.

UMUM 
PINGGUL

Pinggul ialah bahagian badan di antara badan

dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang

pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang

bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan

pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur

dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada

tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi

bebola dan rongga yang memberikan kekuatan

dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam

semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi

sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar,

bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan

rektus femoris yang panjang bak pengikat di

depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya

seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan

kaki untuk berjalan dan berlari.

UMUM 
KELAWAR PENGHISAP DARAH

Kelawar penghisap darah ialah nama

beberapa jenis kelawar. Nama ini diberi

terutamanya kepada kelawar tertentu di Amerika

Tengah dan bahagian tropika Amerika yang

menyerang kuda, lembu, unggas dan lain-lain

haiwan berdarah panas, dan menghisap darah

mangsanya. Yang paling terkenal ialah kelawar

penghisap darah biasa , iaitu haiwan kecil berwarna

perang kemerah-merahan kira-kira lapan sentimeter

panjangnya. Gigi depan kelawar ini berbentuk segi

tiga dan sangat tajam, yang memotong seperti pisau

cukur. Esofogusnya pendek dan sempit dan tidak

membolehkan apa pun lalu kecuali bendalir.

UMUM 
SALOMA

Saloma, (1935–1983), penyanyi, pelakon dan

Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah

Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang

seni bermula semenjak zaman persekolahan.

Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil

bahagian dalam drama berjudul “Gadis Moden”

dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka

depan akhbar Utusan Melayu . Pada masa itu

usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya

dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di

bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek,

kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan

ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan

persekolahannya.

UMUM 
TIKUS KANGGARU

Tikus kanggaru ialah rodensia yang melompat

seperti kanggaru dengan menggunakan kaki

belakangnya yang panjang dan kuat. Tikus

kanggaru membesar hanya kira-kira 38 sentimeter

panjangnya termasuk ekornya sepanjang lebih

daripada 20 sentimeter. Ia mempunyai kaki depan

yang pendek, kepala dan mata yang besar.

Bulunya yang lembut berkilat berwarna kuning

atau perang di bahagian atas dan putih di bahagian

bawah.

UMUM 

Kembali ke atas