Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud Bidin duduk di pintu umahnya menggigit-gigit pangkal cerut ? Apakah maksud bagi pangkal dalam ayat ini? Terima kasih.

Pangkal merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bahagian permulaan.

Makna02.02.2010
Salam, apakah terjemahan yang paling tepat untuk 'prologue'? Melalui carian internet, terjemahannya prolog dan permulaan. 'Prologue' ini biasanya terdapat dalam buku genre fiksyen.Perkataan yang digunakan ialah prolog. Prolog ialah kata-kata atau bahagian pendahuluan/permulaan terhadap sesebuah karya seperti novel ataupun persembahan seperti sandiwara, pidato dan yang seumpamanya.Lain-lain07.03.2012
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan tanda baca (;). Adakah ianya sesuai digunakan pada contoh ayat berikut. Objektif kualiti hendaklah: 1. tekal dengan dasar kualiti; 2. boleh diukur; 3. dipantau. Soalan kedua, sepatutnya pada permulaan ayat bernombor wajib menggunkan huruf besar atau boleh sahaja huruf kecil dalam urusan rasmi. Contoh seperti di atas. Terima kasih.Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan,  terbitan DBP, tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.  ";"Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.

Tatabahasa27.01.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya, untuk bahagian tajuk bila permulaan semua huruf besar, adakah perkataan r.a. akan bertukar menjadi huruf besar juga ke? Sebagai contoh: Sayidina Umar bin Al-Khattab R.A. Pentadbir yang Ulung Sekian, Terima kasihSalam,

Untuk tajuk, r.a perlu dieja dengan huruf besar seperti contoh yang diberikan, "Sayidina Umar bin Al-Khattab R.A. Pentadbir yang Ulung".
Lain-lain19.08.2015
Bagaimanakan cara yang betul untuk penggunaan frasa Tuan/Puan di dalam surat rasmi samada huruf besar atau huruf kecil (tuan/puan)Dalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil.Ejaan20.04.2022
Ingin tahu sama ada permulaan perkataan pada tajuk minit mesyuarat ditulis dalam huruf besar atau kecil? Cth: "Pembentangan Laporan Program/Projek Bahagian Pembangunan"Kebiasaannya tajuk minit mesyuarat perlu huruf besar. Maka contoh yang diberikan ini adalah betul "Pembentangan Laporan Program/Projek Bahagian Pembangunan"Tatabahasa13.05.2016
Assalamualaikum. 1. Tetapi 2. Dan Kedua-dua perkataan di atas merupakan kata hubung tetapi banyak juga digunakan dalam permulaan ayat. Adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan pada permulaan ayat? Sekian, terima kasih atas jawapan yang akan berikan.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa kata sendi dan kata hubung boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap, ada subjek dan predikatnya. Kata sendi dan kata hubung itu biasanya digunakan dalam bahagian yang disebut adjung atau keterangan ayat sahaja, iaitu sebagai unsur tambahan kepada ayat utama atau ayat induk. Contohnya "Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa ...". Walau bagaimanapun pada kelazimannya, kata hubung "dan" dan "tetapi" diletakkan pada pertengahan ayat kerana fungsinya sebagai penyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.

 

Tatabahasa25.05.2011
Assalamualaikum tuan. Saya perlukan kepastian, dalam surat menyurat/surat rasmi 'tuan/puan' di letak huruf kecil ke atau huruf besar? tuan/puan ke atau Tuan/Puan. sekian terima kasihDalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil.Tatabahasa22.11.2019
Assalamualaikum. Persoalan saya, dalam dokumen persuratan rasmi, perkataan "tuan" atau "puan" yang berada di dalam isi surat adakah perlu dieja dengan huruf besar pada huruf 't' dan 'p'? Terima kasih.Waalaikumussalam. Dalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil.Ejaan04.10.2022
Tuan, Terima kasih di atas respon yang diberi terhadap pertanyaan saya sebleum ini. Bagaimanapun, saya menghadapi kesukaran menerangkan kepada ahli mesyuarat saya tentang penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii). Mereka bertanya saya, "Kenapa perlu mulakan dengan huruf besar sedangkan sebenarnya setiap ayat tersebut adalah sambungan atau lanjutan daripada 'Murid akan dapat:'?". Harap tuan dapat membantu saya memberi penjelasan tentang perkara di atas. Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai. Terima kasih. Yang benar, (Susilawati Ehsan) Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) yang menggunakan tanda titik bertindih (:) adalah untuk menunjukkan keterangan yang boleh berdiri sendiri. Jika saudara menggunakan tanda koma bertitik (;) perlulah menggunakan huruf kecil pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) kerana ayat tersebut merupakan satu kesatuan. Ringkasnya, penggunaan huruf besar atau huruf kecil pada permulaaan ayat yang menggunakan (i), (ii) dan (iii) bergantung pada penggunaan tanda titik bertindih (:) ataupun tanda koma bertitik (;). Jika saudara menggunakan tanda titik bertindih (:), maka permulaan ayat perlu menggunakan huruf besar. Jika menggunakan tanda koma bertitik (;) perlu menggunakan huruf kecil pada permulaaan ayat.  

Contoh 1: (Ayat yang menggunakan tanda titik bertindih)

Murid akan mendapat:  

i) Mengenal pasti ungkapan kuadratik

(ii) Membentuk ungkapan kuadratik

(iii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik

 

Contoh 2: (Ayat yang menggunakan tanda koma bertitik)

Murid akan mendapat;

  i) mengenal pasti ungkapan kuadratik,

(ii) membentuk ungkapan kuadratik, dan 

(iii) menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik.

Tatabahasa04.02.2010
12

Kembali ke atas