Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
runcing (adjektif)
Bersinonim dengan rancung, lancip, tirus, cerucup, gonjong, loncos, merunjung, mengerucut, luncung, rancap;,
Kata Terbitan : meruncing, meruncingkan, keruncingan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peakpuncakGeografiTiada1. Bahagian runcing atau kemuncak sebuah gunung.,2. Masa kekerapan maksimum pada sebuah laluan kitaran yang bertukar ganti seperti aliran puncak banjir atau sungai.
mata kekisimata kekisiKesenianTiadaBahagian runcing kekisi untuk menempatkan peleting.
cutaway coatkot bajang berpinggulKesenianTiadaJaket rasmi berbutang tunggal dan berlapel runcing. Bahagian pinggulnya menyerong dari garis pinggang tengah hadapan ke paras paha tengah belakang. Biasanya dipadankan bersama-sama weskot dan seluar jalur. Ia juga dikenali sebagai kot pagi.
hand axekapak genggamArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang diperbuat daripada batu bersaiz sederhana dan boleh digenggam. Kapak ini mempunyai dua bahagian, iaitu runcing pada bahagian mata dan leper pada bahagian pemegang. Kapak ini diperbuat daripada batu jenis pebel, kuarzit dan batu api. Kapak ini digunakan untuk merepih, melapah kulit binatang, memecah tulang dan menebang pokok. Kapak ini digunakan oleh masyarakat pada Zaman Paleolitik hingga ke Zaman Neolitik.
levalois pointed toolsalatan runcing levaloisArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat batu berbentuk runcing yang dihasilkan melalui tiga tahap. Tahap pertama, repihan dilakukan di sekeliling bantuan inti. Tahap kedua, repihan dilakukan secara mendatar pada bahagian kiri dan kanan batu sehingga terdapat lurah dan tajam pada bahagian tepi. Tahap ketiga, batu akan dipangkas pada bahagian atas dan mengeluarkan repihan kecil yang berbentuk runcing, kemudiannya, dipangkas sekali lagi di tempat yang sama sehingga menghasilkan repihan berbentuk runcing yang lebih besar dan berlekuk. Bahagian lekuk ini diikat dengan kayu dan dijadikan sebagai pemegang.
ice pedestaltonggak aisGeografiTiadaTonggak ais yang berbentuk runcing di bahagian glasier di mana dua buah krevas bersilang, biasanya bila glasier bertemu dengan cerum curam.
peplum dolmandolman peplumKesenianTiadaMantel labuh longgar berpeplum, runcing ke bahagian sisi dan berlengan lebar, pakaian wanita awal tahun 1870-an.
fibregentianBotaniTiadaSel sklerenkima yang memanjang dan biasanya berbentuk runcing di bahagian hujung. Dinding selnya tebal dan mengandungi mendapan lignin, lumen sel yang kecil, liang-liang ringkas, kecil dan hampir tidak kelihatan pada dinding sel. Sesetengah gentian mengekalkan protoplasnya. Tetapi bagi kebanyakan gentian, protoplasnya lenyap apabila sel cukup matang. Gentian banyak terdapat dalam korteks, perisikel, floem dan xilem sama ada dalam bentuk tunggal atau kumpulan kecil. Fungsi utama gentian ialah sebagai tisu penguat.
batangbatangKerisTiadaBahagian sarung yang terletak di antara sampir dengan buntut. Bahagian ini berbentuk panjang,lurus, dan separuh runcing pada bahagian hujungnya.
keyhole sawgergaji lubang kunciPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGergaji yang bilahnya runcing pada bahagian hujung dan digunakan untuk membuat lubang yang telah digerudi daripada bahagian tengah benda kerja. Gergaji ini boleh juga digunakan untuk memotong bucu atau penjuru bulatan yng kecil
123

Kembali ke atas