Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahan (spt kayu, arang batu, minyak, dsb) yg digunakan utk menghasilkan haba atau tenaga (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : benda spt arang batu, minyak, kayu dsb yg dibakar utk mendapatkan tenaga haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan api


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bahan api fosilfossil fuelBahan api daripada fosil, iaitu sisa-sisa haiwan dan tumbuhan purba yang tertimbus beribu-ribu tahun yang lalu. Contoh bahan api fosil ialah petroleum, arang batu dan gas asli.Menengah Rendah
arangcharcoalBahan hitam yang biasanya terhasil daripada kayu yang terbakar, yang digunakan sebagai bahan api. Bahan ini tergolong dalam kumpulan karbon amorfus.Menengah Rendah
arang batucoalBahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan akibat tindakan bakteria, diikuti dengan proses kimia yang berlaku di bawah pengaruh suhu dan tekanan yang tinggi, dan dalam tempoh masa yang lama.Menengah Rendah
arang batucoalBahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan dan berlaku di bawah pengaruh suhu dalam tempoh masa yang lama. Lihat RajahSekolah Rendah
bahan apifuelBahan yang digunakan untuk menghasilkan tenaga haba secara pembakaran.Menengah Rendah
bahan apifuelBahan yang boleh dibakar untuk mendapatkan tenaga dan wujud sama ada dalam bentuk pepejal seperti arang batu, cecair seperti petroleum, atau gas seperti gas asli.Sekolah Rendah
pencemaran udaraair pollutionPencemaran terhadap kualiti udara yang disebabkan oleh bahan api industri, domestik dan kenderaan bermotor.Menengah Rendah
nilai kaloricalorific valueJumlah haba yang dibebaskan semasa pembakaran sejumlah bahan api atau makanan tertentu. Nilai ini diukur dengan menggunakan kalorimeter bom, dan dinyatakan dalam unit joule per kilogram atau kalori per gram.Menengah Rendah
tenaga habaheat energyTenaga yang diperoleh daripada pembakaran bahan api fosil, geseran serta bahan atau objek yang panas. Tenaga haba dikenali juga sebagai tenaga terma.Menengah Rendah
karboncarbonUnsur bukan logam yang terdapat dalam semua sebatian organik. Karbon wujud dalam bentuk karbon dioksida dalam udara dan juga dalam bahan api fosil.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas