Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.hang] | باهڠ

Definisi : hawa panas, kehangatan (yg terbit drpd api, panas tubuh, dll): tidak tertahan ~ api;berbahang menjadi panas (hangat): kabus tebal sudah nipis dan beransur-ansur lesap kerana hawa sang suria telah mula ~;membahang 1. menerbitkan kepanasan, (menjadi) sangat panas: debu di jalan berterbangan apabila dihembus angin yg bertiup ~ bara; 2. ki memerahkan (muka) kerana panas: marahnya ~ muka;membahangi mengenakan (menimpakan) hawa panas pd, membawa bahang pd: cahaya matahari boleh masuk tetapi tidak ~ ruang di dlm rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.hang] | باهڠ

Definisi : Pr bahagian, hak, kepunyaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.hang] | باهڠ

Definisi : hawa panas yg dikeluarkan oleh sesuatu benda hangat: ~ unggun api itu terasa sampai ke sini. berbahang ada bahangnya; terasa hangat. membahang menjadi hangat (panas): Matahari mula ~. membahangi mengenakan bahang pd: Ketika itu, matahari ~ seluruh alam. membahangkan mengeluarkan bahang (bkn sesuatu benda hangat) dgn memancarkannya: Matahari ~ haba dan cahaya ke muka bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahang


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bahang pilihan raya dalam Baca Puisi PenaAbd. Aziz ItarUtusan Malaysia17.03.2008
Bahang pilihan rayaNazmi YaakubBerita Harian14.02.2008
Bahang LA BouvertFauziah Abd. RalipMingguan Wanita26.10.2001
Bahang Panas Selat BosphorusSyed Mahadzir Syed IbrahimBerita Minggu12.01.1997
Bahang Perang Teluk KeduaMohd. Kasim MahmudMingguan Malaysia26.04.1998
BahangJihaty AbadiMingguan Malaysia23.09.1973
Bahang CintamuIbrahim YusofHarian Express18.04.1991
BahangZahari HasibUtusan Zaman19.06.1989
Bahang CabaranMuhammad Hashim OsmanUtusan Melayu18.07.2004
Di Bahang Mentari WawasanAmmi AbadiBorneo Mail28.08.1993
12

Kembali ke atas