Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baru;membaharui 1. membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dll) supaya sesuatu itu menjadi baharu: jalan itu sudah dibaharui; 2. mengulangi lagi: dia tidak ~ pertanyaannya; 3. memulakan sesuatu semula: rakyat membuka kampung utk ~ hidup masing-masing; 4. menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dgn yg baru atau yg mempunyai tempoh kuat kuasa dsb yg baru: pokok ini tidak payah ~ daunnya; ~ lesen memandu;memperbaharu menjadikan sesuatu lebih baharu;kebaharuan sifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia; pembaharuan perihal (perbuatan dll) membaharui: mereka ini hendak membawa satu ~ dlm agama Islam; mereka hanya cenderung kpd isi sehingga yg dimaksudkan oleh mereka sbg ~ ialah ~ isi belaka;pembaharu orang yg membawa pembaharuan: A. Latiff Mohidin merupakan ~ dlm perpuisian Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baharu

Puisi
 

Kelat mata malam berjaga,
     Baharu nak tidur kelambu baru;
Berbau harum bunga cempaka,
     Belum kusolek sudah berbau.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
retargetingpenyasaran semulaTeknologi MaklumatPerisianProses kejuruteraan yang menukarkan hos dan port sistem yang sedia ada kepada konfigurasi yang baharu. Konfigurasi ini termasuk platform perkakasan baharu, sistem pengendalian baharu atau platform CASE baharu.
product innovationinovasi produkPengurusanPerancanganProses pencetusan idea baharu untuk menghasilkan produk baharu atau menambah baik produk sedia ada bagi memenuhi kehendak pelanggan. Contohnya, sebuah syarikat pengeluar peralatan rumah telah berjaya menghasilkan kipas tanpa bilah yang lebih mesra pelanggan dan baik untuk kesihatan.
informative advertistingiklan maklumatPentadbiranTiadaPengiklanan yang memberi maklumat kepada pengguna tentang keluaran baharu atau ciri baharu sesuatu keluaran.
diversificationpempelbagaianPengurusanPerancanganSuatu pendekatan strategik yang melibatkan keputusan untuk mempelbagaikan aktiviti syarikat, sama ada dengan menambah kategori produk lini, mewujudkan entiti perniagaan yang baharu atau memasuki pasaran baharu. Tujuan pempelbagaian dilakukan adalah untuk mengurangkan risiko dengan menambah aktiviti perniagaan yang mempunyai potensi yang berbeza, termasuk dengan membeli beberapa entiti yang berlainan (saham syarikat atau entiti perniagaan). Melalui pendekatan pempelbagaian ini, sekiranya berlaku kegagalan sesuatu produk atau entiti perniagaan, ia tidak akan memusnahkan keseluruhan portfolio yang dimiliki oleh sesebuah syarikat. Contohnya, pembuat kereta yang mengeluarkan pelbagai jenis model akan mengurangkan risiko kegagalan syarikat sekiranya salah satu model keretanya tidak berjaya dalam pasaran.
neofunctionalisationpemfungsian baharuBioinformatikBioinformatik MolekulPerolehan fungsi baharu sesuatu gen selepas melalui aktiviti penduaan gen.
new townbandar baharuPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu kawasan baharu bertaraf bandar yang dirancang, lengkap dengan kemudahan perumahan dan peluang pekerjaan yang biasanya diwujudkan untuk mengatasi limpahan pembangunan atau sebagai pusat pertumbuhan.
new productkeluaran baharuPentadbiranTiadaBarangan, perkhidmatan atau idea yang ditanggap sebagai baharu oleh bakal pelanggan.
new product developmentpembangunan keluaran baharuPentadbiranTiadaTatacara pemasaran yang membangunkan idea baharu supaya menjadi keluaran atau meningkatkan kualiti keluaran yang sedia ada.
new product strategystrategi keluaran baharuPentadbiranTiadaStrategi yang mengaitkan proses pembangunan idea baharu untuk mendapatkan sesuatu keluaran dengan objektif pemasaran dan objektif syarikat.
process innovationinovasi prosesPengurusanPerancanganProses pencetusan idea baharu untuk menghasilkan kaedah operasi yang baharu atau lebih baik. Inovasi proses dapat menjimatkan kos operasi, meningkatkan kecekapan operasi dan kepuasan pelanggan serta warga kerja organisasi. Contohnya, sebuah perpustakaan yang melakukan penambahbaikan dalam proses peminjaman buku daripada kaedah manual (melalui kaunter) kepada kaedah automasi (menggunakan mesin layan diri).
12345678910...

Kembali ke atas