Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.sa] | بهاس

Definisi : 1 sistem lambang bunyi suara yg digunakan sbg alat perhubungan dlm sesuatu kelompok manusia utk melahirkan perasaan dan fikiran: ~ Melayu; ~ Jawa. 2 kata-kata yg disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dlm percakapan atau tulisan: Orang-orang drpd pelbagai kaum di Malaysia menggunakan ~ Melayu. 3 kelakuan yg baik: tak tahu ~ kurang ajar; tidak sopan. ~ asing bahasa yg bukan bahasa ibunda sendiri, yg dipelajari secara formal atau tidak formal. ~ badan cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan. ~ baku ragam bahasa yg diakui betul dan diterima oleh penutur aslinya yg terdidik dlm bahasa bkn (ditandai oleh bentuk kata dan ayat yg mengikut kaedah tatabahasa dan digunakan dlm perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum). ~ basahan bahasa yg digunakan sehari-hari dlm keadaan tidak rasmi. ~ dalam kata-kata atau bahasa yg biasa digunakan di kalangan raja-raja (spt santap, gering, dan mangkat). ~ halus kata-kata atau bahasa yg sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt bersalin, hamil, dan meninggal dunia). ~ ibu (ibunda) bahasa yg pertama sekali dikuasai oleh seseorang dan digunakan utk berhubungan dgn keluarga dan lingkungannya. ~ kasar kata-kata atau bahasa yg tidak sopan yg digunakan dlm pertuturan atau tulisan (spt mampus dan melahap). ~ kebangsaan bahasa yg diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sbg alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan negara. ~ lisan ragam bahasa yg digunakan dlm pertuturan, iaitu sewaktu bercakap. ~ moden bahasa yg masih hidup dan berkembang serta digunakan hingga kini, mis bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. ~ pasar ragam bahasa Melayu yg tidak betul jalan bahasanya (terutamanya spt yg dituturkan oleh orang asing yg tidak tahu akan kaedah bahasa Melayu). ~ pengantar bahasa yg digunakan utk berhubung dlm mesyuarat, dlm pemberian pelajaran di sekolah dsb. ~ penyatu bahasa yg memainkan peranan penting dlm menyatukan masyarakat, terutamanya masyarakat yg berbilang kaum, budaya, agama dsb. ~ persuratan bahasa yg digunakan dlm penulisan dan dlm karya kesusasteraan. ~ rasmi bahasa yg digunakan dlm perhubungan rasmi kerajaan sesebuah negara. ~ tulis (tulisan, surat) ragam bahasa spt yg digunakan dlm karangan-karangan bertulis (sbg lw bahasa lisan). berbahasa 1 menggunakan bahasa: Orang Melayu ~ Melayu. 2 mempunyai budi bahasa yg baik; bersopan santun: Orang berbudi kita ~. membahasakan 1 menyebut atau memanggil seseorang dgn panggilan tertentu: Orang-orang di negeri Perak ~ saudara lelaki mereka yg tertua, yop. 2 menyatakan dgn kata-kata; menuturkan: Dia tidak sanggup ~ kesedihan yg ditanggungnya. kebahasaan hal mengenai bahasa atau yg berkaitan dgn bahasa. perbahasaan perihal berbahasa; pertuturan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hilang bahasa lenyap bangsa.

Bermaksud :

Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
POLIKLINIK PERDANA18835/2017POLIKLINIK PERDANA TU ADA DWI BAHASA. BAHASA MANDRIN/ BAHASA CINA ITU ADALAH MAKSUD KEPADA POLIKLINIK PERDANAMajlis Perbandaran MuarUbat-ubatanTiadaDBP/KPB/201704/13917Lulus04/04/201704/04/201716:13:56
BAHASA INGGERIS CAMBRIDGE65651/2016BAHASA INGGERIS CAMBRIDGE UNTUK MASA DEPAN YANG BAIK! BAHASA INGGERIS CAMBRIDGE PERINGKAT MUDA BAHASA INGGERIS PERINGKAT MENENGAH BAHASA INGGERIS PERINGKAT TINGGI BAHASA INGGERIS CAMBRIDGE UNTUK BAHASA INGGERIS YANG LEBIH BAIK! IGCSE (TUISYEN BAHASMajlis Bandaraya Shah AlamPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201701/11400Lulus03/01/201704/01/201715:44:33
PUSAT BAHASA TITIAN JAYA BATU PAHAT34445/2016Kursus Bahasa Program bahasa inggeris Umur 7 - 12 Tahun Mendengar Bercakap Membaca Menulis Pelajar Dewasa Daftar sekarang.Percuma kursus tambahan secara dalam talian. Bahasa Jepun Bahasa Cina Hubungi sekarang 016 721 9985Majlis Perbandaran Batu PahatPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201607/10682Lulus18/07/201619/07/201608:32:41
Restaurant Pumpkin Garden Steamboat kitchen12504/2017Akan Dibuka , Stimbot Bahasa English ,Bahasa Cina & Jepun Disyorkan oleh Cef, Bubur Labu Bahasa English ,Bahasa Cina & Jepun LogoPumpkin GardenDewan Bandaraya Kuala LumpurMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201703/15316Lulus09/03/201710/03/201708:42:52
Pesta Amal Antarabangsa12997/2015Pesta Amal Antarabangsa (dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris & Bahasa Cina) akan diadakan pada 5-9-2015 (Sabtu), dari 8 pagi hingga 2 petang di Taman Jaya, PJ. Untuk maklumat lanjut, sila lawat Facebook (MagnumCares) atau laman web (http://www.magnumcMajlis Bandaraya Petaling JayaMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201504/06466Lulus13/04/201513/04/201516:08:32
subjek sekolah rendah17644/2014subjek sekolah rendah, subjek, bahasa mandarin, bahasa inggeris, bahasa malaysia, matematik, sains, aktiviti tahunan, konsert, pertandingan, sukan, lawatan sambil belajar, aktiviti luar, taekwando, sesi:1.00 ptg- 6.00 ptgMajlis Perbandaran KuantanPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201408/03112Lulus07/08/201408/08/201408:31:51
SMART LITTLE BEAN READING CENTER24394/2016kemasukkan 3-9 tahun bahasa malaysia bahasa ingris bahasa cina percuma kelas percubaanMajlis Daerah Kuala SelangorPendidikan/TuisyenTiadaDBP/KPB/201605/12441Lulus24/05/201624/05/201614:06:35
RESTORAN NANYANG KITCHEN6070/2017BAHASA MALAYSIA, BAHASA ENGLISH DAN BAHASA CINAMajlis Perbandaran Port DicksonMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201702/10177Lulus03/02/201706/02/201709:16:08
RESTORAN NANYANG KITCHEN6069/2017BAHASA MALAYSIA, BAHASA ENGLISH DAN BAHASA CINAMajlis Perbandaran Port DicksonMakanan dan MinumanTiadaDBP/KPB/201702/10175Lulus03/02/201706/02/201709:15:07
Pendaftaran Dibuka untuk Kelas Tuisyen Tahun 20172997/2017Pusat Tuisyen Holistik Sekolah Rendah SK Darjah 1 - 6 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik PT3 / SPM Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains SPM / STPM Ekonomi Asas Pendaftaran Terhad Bandar Utama Segamat Baru 012705 2025Majlis Daerah SegamatHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201701/13352Lulus16/01/201717/01/201709:44:07
12345678910...

Kembali ke atas