Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa selain bahasa ibunda, yg biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahasa yg bukan bahasa ibunda sendiri, yg dipelajari secara formal atau tidak formal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa asing


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UNSUR PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

UNSUR PINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU, pinjaman, penyerapan atau pengambilan unsur-unsur bahasa asing ke dalam bahasa Melayu.  Fenomena ini merupakan kelaziman yang berlaku kepada kebanyakan bahasa di dunia.  Suatu bahasa akan menjadi kaya melalui peminjaman kata-kata daripada bahasa lain.

BAHASAKonsep
PERANCANGAN BAHASA DI INDONESIA

PERANCANGAN BAHASA DI INDONESIA, proses pemantapan bahasa. Perancangan bahasa di Indonesia, berciri multilingual kerana selain bahasa Indonesia dan bahasa daerah yang jumlahnya sampai sekarang belum diketahui secara tepat, bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga digunakan di Indonesia. Terdapat sekitar 600 bahasa daerah di Indonesia.

BAHASABahasa
KIAI HAJI ABDUL WAHID HASJIM

Kiai Haji Abdul Wahid Hasjim (1914–1953)

ialah ulama dan ahli politik terkenal Indonesia. Dia

menyertai gerakan kemerdekaan Indonesia dan

membuat perubahan radikal dalam kalangan pesantren

dengan memberi pelajaran bahasa asing seperti

bahasa Arab.

UMUM 
LINUS SURYADI AG.

LINUS SURYADI AG. (1951–     ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 3 Mac 1951 di Indonesia. Nama sebenarnya ialah Linus Suryadi Agustinus. Dia mendapat pendidikan Sekolah Dasar dan Sekolah Menengah Pertama di Sleman dan Sekolah Menengah Atas di BOPKRI I di Yogyakarta (1970). Dia pernah mengikuti latihan polis, mempelajari bahasa Inggeris di Akademi Bahasa Asing di Yogyakarta dan memasuki Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) Sanata Dharma Yogyakarta, namun semuanya tidak tamat. Pada tahun 1982, Linus mengikuti International Writing Program di Iowa, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh
GRAMMAR AND DICTIONARY OF THE MALAY LANGUAGE

GRAMMAR AND DICTIONARY OF THE MALAY LANGUAGE, kamus yang disusun oleh John Crawfurd pada tahun 1852. Kamus ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Melayu-Inggeris dan Inggeris-Melayu, dan mengandungi lebih 13 000 entri untuk kedua-dua bahasa. Liputan adalah memadai walaupun tidak komprehensif dan mengambil kira perkataan yang berasal daripada bahasa asing seperti Arab, Jawa, Belanda, Inggeris, Hindi, Portugis, dan sebagainya.

BAHASAPenerbitan
WIRATMO SOEKITOWIRATMO SOEKITO(1929-    ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 8 Februari 1929 di Solo, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Dasar Indonesia. Dia mendapat pendidikan di Sekolah dasar (SD) dan Sekolah Lanjutan Tingkatan Pertama (SLTP) di Solo (SD) dan Sekolah Lanjutan Tingkatan Pertama (SLTP)  di Solo (1947) dan Sekolah Menengah Atas (SMA) Kanisius Solo (1951).  Kemudian dia belajar ilmu filsafat di Universitas  Katolik  Nijmegen, Belanda tetapi tidak tamat.  Dia menguasai dengan baik berbagai-bagai bahasa asing seperti Inggeris, Belanda, Jerman, Perancis dan Latin.SASTERATokoh
PENGAJIAN MELAYU DI RUSIA

PENGAJIAN Melayu DI RUSIA, pusat pengajian bahasa Melayu.  Pembelajaran bahasa Melayu/Indonesia dimulai di Univesiti Soviet selepas Perang Dunia Kedua (1945) dan di Institut Ketenteraan Bahasa Asing (Moscow).  Semenjak tahun 1948, pengajaran bahasa ditempatkan di Institut Ketimuran Moscow.  Pelopor pengajaran bahasa Melayu di Moscow ialah L. Mervart yang dibantu oleh dua orang Indonesia iaitu Muso dan Semaoen, yang pernah menghasilkan sebuah novel dalam bahasa Melayu berjudul Hikayat Kadirun.  Pengajaran bahasa Melayu/Indonesia sehingga kini diteruskan di Institut Perhubungan Antarabangsa Moscow (yang merangkumi Institut Ketimuran Moscow pada tahun 1954) dan di Institut Bahasa Timur (kini Institut Negara-Negara Asia dan Afrika) di bawah Universiti Moscow.

BAHASAInstitusi/Organisasi
KAMUS PELAJAR

KAMUS PELAJAR, kamus umum yang disusun khas untuk kegunaan pelajar. ‘Pelajar’ dalam konteks perkamusan merujuk kepada orang yang belajar bahasa Melayu. Dalam  hal ini ‘kamus pelajar’ secara am dapat dianggap sebagai kamus untuk orang yang belajar bahasa Melayu tidak kira sama ada mereka masih di bangku sekolah atau tidak. Ada juga kamus pelajar yang ditujukan khas kepada orang asing yang ingin belajar bahasa Melayu atau kepada pelajar yang belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAHASAPenerbitan
ORANG GASAR

Orang gasar atau Barbarian, ialah perkataan

yang digunakan untuk menggambarkan orang

yang tidak bertamadun atau tidak berpendidikan. Ia

berasal daripada perkataan Yunani barbaros , yang

pada mulanya hanya bermaksud orang yang

bertutur dalam bahasa yang tidak difahami oleh

orang Yunani purba. Tetapi tidak lama kemudian

perkataan ini juga membawa maksud bukan-

Yunani atau orang asing.

UMUM 
KECERDASAN

Kecerdasan. Manusia mempunyai perbezaan

dalam kecepatan mereka mempelajari sesuatu

perkara dan sebaik serta selama mana mereka

mengingati sesuatu idea. Mereka juga berbeza

dalam keupayaan untuk memahami idea dan

menggunakan pengetahuan mereka untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya,

sesetengah orang boleh menyelesaikan masalah

matematik dengan cepat. Sesetengahnya pula

boleh memahami dengan cepat cara mesin
beroperasi. Ada pula orang yang dengan mudah

dapat mempelajari perkataan baru atau bahasa

asing. Kesemua keupayaan ini – dan banyak lagi –

ialah faktor yang dinamakan kecerdasan.

UMUM 
12

Kembali ke atas