Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, berdiri, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cara berkomunikasi melalui gaya duduk, berjalan, mimik muka dsb, bukan melalui pertuturan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa badan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BADAN BAHASA SABAH

BADAN BAHASA SABAH, persatuan penulis. Persatuan ini ditubuhkan pada 15 Mac 1970 di Tanung Aru, Kota Kinabalu, Sabah sebagai hasil percantuman antara Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) dengan Persatuan Penulis-penulis Sabah (PERPESA). Badan Bahasa Sabah ini juga dikenal dengan singkatan BAHASA.

SASTERAKonsep
BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU

BADAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU, badan yang menyelenggarakan usaha membina bahasa, menyempurnakan bentuk dan aturannya supaya dapat bahasa itu berfungsi sebagai bahasa moden, bahasa saluran fikiran dan perasaan yang canggih dan sebagai wahana budaya tinggi sesuai dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan negara dan bahasa utama sesuatu masyarakat.

BAHASAKonsep
MAJLIS BAHASA INDONESIA-MALAYSIA

Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ialah badan bahasa peringkat serantau, yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972 hasil daripada pertemuan pertama antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) dengan Panitia Kerjasama Kebahasaan (PAKERSA) pada 26 hingga 29 Disember 1972 di Kuala Lumpur.

BAHASAInstitusi/Organisasi
MAJLIS ANTARABANGSA BAHASA MELAYU

Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) ialah badan bahasa peringkat antarabangsa yang dilancarkan penubuhannya pada  21 Ogos  2000.

BAHASAInstitusi/Organisasi
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-INDONESIA-MALAYSIA

Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) ialah badan bahasa yang asalnya ditubuhkan sebagai Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) pada 29 Disember 1972.

BAHASAInstitusi/Organisasi
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),

badan pembinaan dan pengembangan bahasa,

kesusasteraan dan penerbitan dalam bahasa

Melayu.

UMUM 
JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA

JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA, badan bahasa yang berkuasa penuh dalam hal kebahasaan yang meliputi ejaan, istilah dan tatabahasa di Malaysia. Jawatankuasa tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) ditubuhkan pada 23 Disember 1972 untuk melaksanakan penyataan bersama Malaysia-Indonesia yang ditandatangani pada 23 Mei 1972.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PENDETA BAHASA

PENDETA BAHASA, gelaran yang diberi kepada orang perseorangan yang ahli atau pakar dalam bidang bahasa Melayu serta berjasa terhadap bahasa tersebut.  Gelaran ini dianugerahkan oleh badan bahasa atau kongres bahasa Melayu.  Antara ahli bahasa Melayu yang mendapat gelaran Pendeta ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’aba).  Za’ba telah mendapat gelaran Pendeta Bahasa Melayu dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Johor Baru dan Singapura pada tahun 1956.  Tiga orang lagi yang telah dianugerahi Pendeta Bahasa oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) ialah Dato’ Abdullah bin Abdul Rahman, Richard O. Winstedt dan Mejar Dato’ Haji Muhammad Said bin Haji Suleiman.

BAHASAKonsep
KONGRES BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU

KONGRES BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU, perhimpunan penulis, peminat sastera, pencinta bahasa dan budaya serta para cendekiawan Melayu yang mewakili badan bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh negara. Kongres ini telah diadakan sebanyak empat kali, iaitu tiga kali sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dan kali terakhir pada penghujung tahun 1984.

BAHASABahasa
JAWATANKUASA BAHASA MELAYU SINGAPURA

JAWATANKUASA BAHASA MELAYU SINGAPURA, badan bahasa yang pada mulanya ditubuhkan dengan nama Jawatankuasa Ejaan pada bulan April 1981 di bawah Kementerian Kebudayaan. Antara bidang tugas Jawatankuasa Ejaan ini termasuklah membakukan ejaan bahasa Melayu di Singapura.

           

BAHASAInstitusi/Organisasi
1234

Kembali ke atas