Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ragam bahasa yg diakui betul dan diterima oleh penutur aslinya yg terdidik dlm bahasa bkn (ditandai oleh bentuk kata dan ayat yg mengikut kaedah tatabahasa dan digunakan dlm perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa baku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan diantara bahasa baku dengan bahasa Johor -Riau apakah kebaikan dan keburukan penggunaan bahasa baku

Sdr. Sumayah

Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.

Manakala bahasa johor riau pula ialah bahasa yang kita gunakan pada masa ini yang tidak menyebut sesuatu perkataan mengikut sebutannya. Contohnya sebutan perkataan  saya disebut saya  bagi sebutan bahasa baku manakala dalam bahasa Johor Riau disebut saye.

Tatabahasa31.05.2010
Maksud bahasa baku.Bahasa baku ialah bahasa yg (sudah) diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), dgn kata lain bahasa baku ialah bahasa standardMakna18.08.2007
Selamat Pagi. Soalan saya, sedikit masa lalu kita diperkenalkan dengan penggunaan bahasa baku. pada hari ini saya dapati tiada lagi penggunaan bahasa baku. Namun penggunaan bahasa baku masih diamalkan di Singapura. Apa status bahasa baku di Malaysia. Masihkah lagi diamalkan? Jika tidak, mengapa? Mohon penjelasan pihak tuan.Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata.  Komponen yang terdapat dalam bahasa baku termasuklah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.  Walau bagaimanapun sebutan baku dihentikan pada tahun 2000 (bermula pada 1998) tanpa ada alasan yang kukuh. Proses pengukuhan sedang diusahakan dan DBP tetap berpegang pada sebutan baku kerana salah satu fungsi DBP ialah membakukan sebutan, ejaan dan istilah. Jika semua bahasa ada sebutan baku, maka bahasa Melayu juga harus ada sebutan baku.Lain-lain03.10.2012
1.apakah kebaikan bahasa baku? 2.Apakah keburukan bahasa baku

Saudara,

Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan dan sebagai rakyat Malaysia kita semua menggunakan satu bentuk sebutan dan melalui penggunaan bahasa yang seragam dapat menyatupadukan rakyat.  Apabila sesuatu bahasa itu dibakukan dan disempurnakan tujuannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, rasanya  tidak timbul masalah keburukan tentang perkara ini. 

Lain-lain01.07.2010
Apakah perbezaan ketara antara Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah dengan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia yang ditulis oleh Hassan Alwi? Umum mengetahui Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik untuk menghuraikan konsep tatabahasa, apakah pula pendekatan yang digunakan dalam Tata bahasa bahasa Baku Indonesia?Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kertas kerja seminar bahasa atau makalah yang ada membincangkan ciri-ciri dan perbandingan antara dua buku tatabahasa tersebut.Lain-lain01.06.2013
apakah bahasa baku?Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.Makna04.07.2006
Salam...saya ingin bertanya berkenaan dengan sebutan baku. Adakah sebutan baku boleh disama ertikan dengan bahasa baku? Maksud saya, adakah ciri-ciri bahasa baku dan sebutan baku adalah sama? Apakah perkaitan antara bahasa baku dengan sebutn baku? Terima KasihSebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Bahasa baku ialah bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, disebut juga bahasa standard. Untuk maklumat lanjut saudari boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.Tatabahasa29.10.2008
Apakah difinasi bahasa baku?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.Makna20.06.2010
apakah pergertian bahasa baku dan huraian mengenainya? serta apakah yang di maksudkan mengenai komuniti bahasaBahasa baku ialah bahasa yang telah diterima umum sbg betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yang lain (standard). Komuniti bahasa pula ialah kumpulan-kumpulan bahasa seperti bahasa baku, dialek, idiolek,slanga, bahasa isyarat dsbnya. Terima kasih.Makna08.01.2007
konsep / difinisi penstandardan dan kebakuan bahasaDalam bidang ilmu bahasa variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa baku ialah bahasa yang telah mengalami proses pengekodan,yang diterima oleh rakyat dan menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat.  Lain-lain04.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas