Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ragam bahasa yg diakui betul dan diterima oleh penutur aslinya yg terdidik dlm bahasa bkn (ditandai oleh bentuk kata dan ayat yg mengikut kaedah tatabahasa dan digunakan dlm perhubungan rasmi, tulisan ilmiah atau perbicaraan umum). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa baku


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHASA BAKU

Bahasa baku, ragam bahasa yang dipilih daripada beberapa ragam dalam sesuatu bahasa.

BAHASAKonsep
DAFTAR UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU

DAFTAR UMUM SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU, pedoman umum dan panduan sebutan baku. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991. Buku ini diterbitkan untuk memudahkan para pengguna bahasa Melayu merujuk dan menyebut setiap perkataan dalam bahasa Melayu dengan betul seperti yang dieja. Buku ini mengandungi transkripsi sebutan bagi sejumlah lebih kurang 20 000 kata dasar, termasuk sebutan bagi beberapa kata terbitan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap perkataan dalam ejaan Rumi disusun menurut abjad dan disertakan transkripsi sebutan baku yang dipermudah untuk keperluan semua peringkat pengguna.

 

BAHASAKarya
LARAS BAHASA

LARAS BAHASA, ciri gaya penceritaan dalam bahasa baku yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita dapat menjangka apa yang menjadi topik utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Sebagai contoh, jikalau ayat pertama berbunyi ‘Alkisah, pada suatu masa di zaman dahulu....’, kita terus dapat meneka dengan tepat bahawa apa yang akan kita baca selanjutnya ialah sebuah cerita lama. Ayat seperti itu tidak digunakan untuk teks-teks lain.

      Laras ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa laras. Sebagai contoh, topik tentang penyakit kolera boleh diterangkan dalam laras teknikal atau laras umum tanpa mengubah makna yang asal. Satu contoh lagi ialah topik agama boleh diterangkan dengan menggunakan laras agama atau laras umum.

BAHASABahasa
NEKA BAHASA

NEKA BAHASA , jenis penggunaan bahasa menurut taraf. Neka bahasa ialah jenis gaya dalam penggunaan bahasa dalam keadaan khas menurut taraf penutur dan pendengar yang terlibat. Neka bahasa serupa dengan laras sosial. Di samping itu laras bidang dikhususkan kepada penggunaan bahasa baku dalam bidang seperti ilmu, undang-undang dan sastera klasik. Tiap-tiap penutur bahasa Melayu menguasai semua atau kebanyakan neka bahasa Melayu. Mereka tahun memilih neka yang sesuai dalam keadaan yang berbeza.

BAHASABahasa
BAHASA MELAYU BAKU ASAS PEMBINAAN TAMADUN BAHASAKonsep
SUNTING MALARKapsyen          :           Sunting malar

 

SUNTING MALAR, hiasan telinga yang dipakai oleh gadis istana semenjak zaman dahulu.  Perkataan sunting malar itu berasal daripada kegunaan sekuntum bunga melur yang diselitkan di antara kelopak telinga dengan kepala.  Oleh sebab sebutan bahasa baku di negeri Kelantan tidak tepat, maka ianya tetap dipanggil sunting malar sehingga kini.  Sunting malar juga digunakan di Patani, selatan Thailand, yang kebanyakan penduduknya berketurunan Melayu dan beragama Islam.

BUDAYAAlat/Alatan
BAHASA MELAYU SRI LANKABAHASA MELAYU SRI LANKA, bahasa yang dituturkan oleh orang keturunan Melayu di Sri Lanka. Walaupun disebut bahasa Melayu, bahasa ini sebenarnya tidak sama seperti bahasa Melayu baku yang digunakan di Malaysia atau di IndonesiaBAHASAKonsep
ASRAF

Asraf (1927–1999), ahli bahasa dan penulis. Nama

sebenarnya ialah Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul

Wahab. Dia ialah tokoh yang banyak memberi

sumbangan dalam pembinaan dan pengembangan

bahasa Melayu, khususnya dari aspek tatabahasa.

Memorandum yang dikemukakan oleh Asraf dalam

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga

pada tahun 1956 yang bertajuk “Penyatuan Bahasa

Melayu dan Bahasa Indonesia” dan dua buah kertas

kerjanya yang bertajuk “Ejaan Bahasa Melayu

dengan Huruf Rumi” dan

“Bunyi Bahasa Melayu

dalam Ucapan“, telah

dijadikan pegangan

dalam mengasaskan

ejaan baru dan sebutan

baku bahasa Melayu.

UMUM 
KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA

KAMUS BAHASA BESAR INDONESIA, kamus baku dan terkini bagi tahap bahasa Indonesia. Kamus ini memuatkan sebanyak 62 100 kata masukan, mengandungi 19 halaman awalan dan 1090 halaman teks yang disusun oleh para pakar dan pengumpul data dari Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Indonesia, dan diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1988. Kamus ini dilancarkan penerbitannya ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Indonesia ke-5 dalam suasana peringatan Hari Sumpah Pemuda ke-60.

BAHASAPenerbitan
DIALEK MELAYU DI KALIMANTANDIALEK MELAYU DI KALIMANTAN, dialek yang dituturkan oleh penduduk Pulau Borneo yang luas dan terbahagi atas tiga negara: Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Di kawasan negara-negara itu, bahasa Melayu sudah dinyatakan sebagai bahasa kebangsaan. Selain sebagai bahasa rasmi dan baku oleh seluruh masyarakat, baik Melayu mahupun Modang, Melanau atau Cina, terdapat banyak dialek Melayu yang dituturkan di Pulau Borneo. Penutur-penutur pelbagai dialek ini berbahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Di samping bahasa Melayu yang baku, mereka bertutur sehari-hari dalam dialek Melayu daerah masing-masing.BAHASABahasa
12

Kembali ke atas