Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ibunda
Rujuk :ibu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum dalam bilik darjah. 2. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah. Sekian, wassalam.Ayat yang betul ialah "Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah." - kerana di dalam menunjukkan tempat yang ada ruang. Tatabahasa02.02.2010
bahasa melayu menjadi bahasa ibunda kepada sebahagian besar penduduk di empat buah negara, yakni Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura.Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula.Lain-lain24.01.2011
adakah 'native language' diterjemahkan sebagai 'bahasa natif' dalam bahasa melayu?Padanan ‘native language’ dalam bahasa Melayu ialah ‘bahasa bumiputera’; ‘bahasa ibunda’; ‘bahasa asli’; dan ‘bahasa natif’.Istilah20.07.2014
Penggunaan istilah Ibunda, adakah hanya untuk disandarkan kepada sesuatu perkara seperti bahasa ibunda? atau ia boleh digunakan untuk membawa maksud orang, seperti Ibunda (nama sekian) telah kembali ke rahmatullah pada (sekian-sekian).Ibunda boleh digunakan untuk manusia yang bermaksud bonda atau ibu.Makna02.08.2017
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih.Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat  dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis.Lain-lain10.11.2011
senaraikan ciri-ciri bahasa pasar?Bahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing.Lain-lain07.10.2006
tuan/puan saya ingin bertanya pendapat tuan/puan mengenai 'memendekkan perkataan dalam penggunaan sms akan merosakkan bahasa ibunda?' terima kasih

Puan,

Dalam kiriman sms pengguna memendekkan perkataan hanya untuk tujuan meringkaskan teks pesanan yang hendak disampaikan. Ini tidak bermakna bahasa tersebut dirosakkan kerana bentuk bahasa yang digunakan hanyalah dalam sms tersebut yang melibatkan dua pihak.     

 

Lain-lain14.06.2010
Adakah macam mana dikatogarikan sebagai bahasa pasar sekian terima kasihBahasa pasar ialah bahasa yang tidak baku yang ditutur tidak mengikut tatabahasa yang betul, biasanya ditutur oleh penutur bukan Melayu dan mereka terpengaruh dengan gaya bahasa ibunda masing-masing.Tatabahasa25.10.2013
AlhamduLILLAH, Berbanyak terima kasih ... maafkan saya menggunakan Bahasa Melayu yang longgar ... begitulah kiranya saya menhayati bahasa ibunda ini online ... Bertanya lagi ... apakah boleh kita terjemahkan LEADING sebagai MERAJU Jadinya LEADING LEARNING - MERAJU PEMBELAJARAN Apa pula bunyinya jikalau saya terjemahkan begini: Learning engagement - Keterlibatan pembelajaran Learning disengagement - Ketidakterlibatan pembelajaran Sekali lagi memohon maklumbalas dan berbanyak terima kasih hjhmisna * saya telah kemukakan persoalan di atas melalui emel ... mungkin di sini sepatutnya saya panjangkan ... terima kasihUntuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Perkataan "meraju" tidak ada dalam bahasa Melayu. Perkataan meneraju pembelajaran, keterlibatan pembelajaran dan ketidakterlibatan/ketakterlibatan pembelajaran adalah betul dan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep dan konteks penggunaan.Istilah30.11.2012
saya ingin bertanya tentang maklumat lanjut tiga bahasa utama yang digunakan oleh tiga kaum terbesar di malaysia.saya inginkan penghuraian yang jelasSaudara pertanyaan saudara ini memerlukan satu pembacaan yang meluas namun untuk pengetahuan saudara 3 bahasa utama di Malaysia ialah bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara ini, bahasa Inggeris yang digunakan untuk tujuan sosial dan hubungan antarabangsa dan bahasa ibunda bagi masyarakat Cina dan bahasa ibunda bagi masyarakat India.Lain-lain15.02.2007
1234

Kembali ke atas