Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
komunikasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan perhubungan: perantaraan, penyebaran maklumat, penyampaian maklumat, penerbitan, kenyataan,

2. Dalam konteks alat
bersinonim dengan radio, televisyen, telefon, telefaks, surat, akhbar, majalah, komputer, internet, CD ROM,

Kata Terbitan : berkomunikasi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam..apakah pengertian bahawa bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi dan ingin pengertian penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda pengguguran yang terdapat dalam penanda wacana.

Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk komunikasi, iaitu komunikasi lisan dan komunikasi tulisan. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa komunikasi juga berperanan sebagai bahasa perpaduan yang digunakan oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. 

Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat dikategorikan kepada empat jenis,iaitu penghubung tambahan, penghubung tentangan, penghubung musabab dan penghubung tempoh.

Penanda penggantian ialah perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama.penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, atau klausa.

Penanda pengguguran atau elipsis ialah pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyayakan dalam ayat sebelumnya.

Sebagai bacaan dan rujukan tambahan sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.        

Tatabahasa28.04.2008
Maklumat tentang : fungsi bahasa malaysia?Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan/bahasa rasmi, bahasa pengantar sistem persekolahan, bahasa komunikasi sosial, bahasa ilmu, bahasa teknologi maklumat, dan bahasa perpaduan.Lain-lain24.01.2008
bahasa melayu komunikasi-komunikasi bertulisBahasa Melayu telah menjadi bahasa persuratan sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. Banyak kitab agama dan hikayat tersohor telah ditulis oleh pembesar Melayu. Selain, dalam persuratan, bahasa Melayu pada zaman itu juga telah dijadikan bahasa pentadbiran, perniagaan  dan bahasa komunikasi sosial. Hingga sekarang, bahasa Melayu tetap menjadi media komunikasi dalam semua aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Dalam konteks bahasa Melayu komunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan, penggunaan bahasa Melayu adalah berkaitan dengan aspek tatabahasa yang betul, laras yang sesuai, santun, dan mudah difahami. Dalam bidang penulisan, penulis mestilah seseorang yang mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang tinggi dan menguasai bidangnya apabila menggunakan bahasa Melayu terutama dari segi istilah dan laras. Lain-lain09.02.2008
HURAIAN TENTANG FUNGSI BAHASA MELAYU.Fungsi bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan/bahasa rasmi, bahasa pengantar sistem persekolahan, bahasa komunikasi sosial, bahasa ilmu dalam pelbagai bidang, dan bahasa perpaduan.Lain-lain17.03.2007
Apakah fungsi-fungsi Bahasa Melayu di Malaysia?Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti, bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial, dan bahasa dalam urusan rasmi kerajaan.Lain-lain03.01.2007
Huraian bagi bahasa ilmu, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi, dan bahasa rasmi.Bahasa ilmu ialah bahasa yang berperanan sebagai wahana untuk menyebarluaskan ilmu, pengetahuan dan maklumat kepada pengguna. Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam komunikasi antara masyarakat pelbagai kaum dan berperanan sebagai alat perpaduan dalam usaha menyatukan rakyat pelbagai kaum. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk urusan rasmi dan menjadi bahasa kebangsaan kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini. Dalam hal ini bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita.Makna08.07.2007
sejauh manakah penggunaan bahasa melayu di negara malaysiaBahasa Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bahasa rasmi. Selain itu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa pengantar persekolahan, bahasa komunikasi sosial, bahasa ilmu, bahasa dalam bidang ekonomi dan undang-undang, bahasa dalam teknologi maklumat.Lain-lain13.03.2007
Apakah definisi bahasa istana? Apakah ciri-cirinya dan fungsi-fungsinya ?Bahasa istana atau bahasa dalam merupakan bahasa komunikasi keluarga diraja, ketua negeri dan ketua negara yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut saudara bolehlah mendapatkan buku berkaitan bahasa istana yang berada dalam pasaran atau hubungi bahagian Adat Istiadat, Istana Negara.Makna05.09.2006
apa peranan bahasa melayu di dalam perniagaanBahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar sistem persekolahan, kemudian diangkat sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial dan bahasa teknologi maklumat. Dalam sektor perniagaan, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perniagaan (pemasaran, iklan, promosi,dll) kerana bergantung pada bidang yang diniagakan, pelanggannya terdiri daripada penduduk majoriti.Lain-lain17.02.2008
maksud komunikasi non verbal dan komunikasi verbal?

Komunikasi verbal : komunikasi secara lisan (bercakap, berdialog, berbual, dsb.)

Komunikasi non-verbal: komunikasi bukan secara lisan, bukan ujaran (bahasa isyarat, bahasa tubuh, kontak mata, penggunaan objek, dsb.)

Makna20.08.2009
12345678910...

Kembali ke atas