Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
komunikasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan perhubungan: perantaraan, penyebaran maklumat, penyampaian maklumat, penerbitan, kenyataan,

2. Dalam konteks alat
bersinonim dengan radio, televisyen, telefon, telefaks, surat, akhbar, majalah, komputer, internet, CD ROM,

Kata Terbitan : berkomunikasi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non-verbal communicationkomunikasi bukan lisanPsikologiPsikologi UmumKomunikasi yang tidak melibatkan pengucapan bahasa. Komunikasi berisyarat ini termasuklah bahasa gerak-geri, gerak isyarat, sentuhan, ekspresi muka atau vokalisasi bukan lisan seperti berdehem. Komunikasi jenis ini juga sama penting dan efektif seperti komunikasi lisan. Sinonim komunikasi nonverbal.
verbal communicationkomunikasi lisanKomunikasiKorporatKomunikasi atau perutusan yang menggunakan kaedah pertuturan sebagai alat untuk memindahkan mesej daripada sumber kepada penerima. Bahasa merupakan alat asas yang berfungsi untuk membentuk makna dalam komunikasi lisan. Keberkesanan penggunaan komunikasi lisan banyak bergantung pada kesesuaian pertuturan dengan suasana dan budaya khalayak penerima. Dalam keadaan tertentu, kemahiran menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif diperlukan. Dalam keadaan lain, kemahiran menggunakan bahasa harian atau dialek tempatan boleh meninggalkan kesan mendalam dalam proses komunikasi lisan. Selain itu, kejayaan penggunaan komunikasi lisan juga banyak bergantung pada kemahiran dan kecekapan bertutur, kemampuan menguasai tahap intonasi, dan keupayaan menggabungkan komunikasi lisan dengan bahasa gerak-geri atau tubuh bahasa. Dalam bidang komunikasi korporat, salah satu faktor yang membantu menjayakan proses atau aktivitinya ialah kesedaran yang berterusan tentang kepentingan penggunaan komunikasi lisan yang bersesuaian dengan keperluan masa dan tempat. Hal ini kerana melalui komunikasi lisan, penerima mesej boleh membentuk dan menggambarkan citra tentang sesebuah organisasi diwakili oleh penutur komunikasi lisan berkenaan. Selain itu, komunikasi lisan juga penting bagi membantu mengurangkan atau mengelakkan konflik komunikasi yang berlaku dalam organisasi atau antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain.
language stylegaya bahasaKomunikasiTiadaCara menggunakan bahasa dalam proses komunikasi.
non-verbal communicatonkomunikasi bukan lisanKomunikasiKorporatKomunikasi atau perutusan yang tidak menggunakan kaedah pertuturan sebagai alat untuk memindahkan mesej daripada sumber kepada penerima. Komunikasi ini digunakan secara meluas dalam setiap budaya dan aktiviti komunikasi semasa. Dalam proses perhubungan manusia, kira-kira 80% proses komunikasi yang berlaku adalah dengan menggunakan saluran komunikasi bukan lisan. Terdapat beberapa jenis komunikasi bukan lisan, iaitu penggunaan bahasa gerak-geri atau bahasa badan, simbol, artifak, peribahasa, warna, dan bunyi. Isyarat yang dihasilkan oleh seseorang yang menggunakan jenis komunikasi tersebut merupakan alat yang paling asas untuk membentuk makna mesej yang hendak disampaikan. Keberkesanan komunikasi bukan lisan sangat bergantung pada tiga faktor penting, iaitu kedudukan minda penyampai mesej semasa proses komunikasi, tindakan yang dirancang, dan keadaan yang tidak dirancang sama sekali atau di luar kawalan.
fifth-generation languagebahasa generasi kelimaTeknologi MaklumatTiadaBahasa komputer yang membolehkan perhubungan dan komunikasi dalam bahasa tabii.
conversational languagebahasa perbualanKejuruteraanTiadaBahasa komputer yang menggunakan set aksara yang menghampiri bahasa biasa, yang memudahkan komunikasi di antara komputer dengan pengguna, contohnya BASIC.
body languagebahasa badanKomunikasiTiadaKomunikasi tanpa lisan yang mesejnya disampaikan melalui gerak-geri bahagian-bahagian badan tertentu seperti cara berdiri, melihat, berjalan dan sebagainya.
noisehingarKomunikasiKorporatSebarang unsur yang boleh mengganggu proses komunikasi yang sedang berlangsung. Gangguan boleh wujud dalam bentuk elektronik, komunikasi antara manusia, atau komunikasi bertulis. Jenis gangguan dalam komunikasi elektronik wujud dalam bentuk gangguan elektrik, mekanik, atau persekitaran seperti bunyi jentera dan kenderaan yang boleh menjejaskan kelancaran penyampaian maklumat secara elektronik terutama proses komunikasi yang menggunakan frekuensi elektromagnetik. Gangguan dalam komunikasi antara manusia boleh wujud dalam persekitaran semasa proses komunikasi berlaku. Contoh gangguan adalah seperti salakan anjing yang bertalu-talu, pergerakan di persekitaran yang tidak dijangka sema sesi ceramah berlangsung, atau penggunaan bahasa badan yang keterlaluan. Gangguan dalam komunikasi bertulis pula, boleh wujud seperti penggunaan ayat yang tidak lancar atau ayat yang bersambung-sambung yang dicetak pada halaman yang berbeza dan kelancaran ayat yang diganggu oleh kewujudan reka letak visual yang tidak sesuai. Secara umumnya, hingar boleh wujud dalam bentuk fizikal dan mental. Hingar mental boleh wujud dalam bentuk gangguan minda seperti memikirkan sesuatu yang tidak berkaitan dengan komunikasi yang sedang berlangsung atau berkhayal. Hingar boleh mewujudkan halangan atau berkomunikasi. Sekiranya paras hingar meningkat, maka paras keberkesanan komunikasi akan menurun.
interlanguagebahasa perantaraSosiolinguistikTiadaBahasa sampingan yang digunakan bagi membolehkan komunikasi harian berlangsung antara kumpulan manusia yang bertutur bahasa natif yang berbeza.
diglotdua bahasaKomunikasiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas