Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa melayu

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Sebab bahasa menunjukkan bangsa.

Bermaksud :

Budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

PantunSumberTema
Buah jagung dibuat bubur, Tambah gula lebih perisa, Tidak sombong tidak takbur, Tambah elok berbudi bahasa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Lihat tingginya terbang merpati, Terbang bebas di angkasa; Niat tersimpan di dalam hati, Menjual madu dimanis bahasa.Pantun Melayu SarawakNasihat
Ini bulan bahasa, Kembara seluruh negara, Anak jadi mangsa, Ibu kena dera.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bukan pilih sebarang pilih, Pilihan mengganti guru bahasa; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih bersemai antara bangsa.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Fakir datang dihidang halwa, Manis senyuman budi bahasa; Berzikir bertaubat mententeram jiwa; Sesal badan berbuat dosa.Pantun Melayu SarawakAgama
Pergi menjenguk orang Pekasa, Pergi mengambil buah gajah; Hati baik selembut bahasa, Hati busuk serupa wajah.Pantun Melayu SarawakKasih

Kembali ke atas