tusut Ib | salasilah, susur galur. | Sementara ‘tusut’ pula berbentuk separuh puisi, menjelaskan tentang asal usul keturunan keluarga, binatang-binatang dan tanaman. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kalang sama Bj Sm | sejenis puisi klasik yg disampaikan sambil menari dlm bentuk bulatan bergerak dgn pihak lelaki dan perempuan saling berbalas rangkap. | Majlis betitik dan kalang sama dilangsungkan di pekarangan rumah Embo Bani. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
papan turai Ib | papan kayu yang lembut sebagai tempat mencatat (dengan melukis) urutan peristiwa dalam nyanyian suci (pengap dll). | Puisi ini berbentuk tetap dan untuk mengingatinya disediakan tempat mencatat yang disebut ‘papan turai’ yang ditanda dan dapat difahami oleh pencatatnya sendiri sahaja. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
daling-daling Bj, Sl | sejenis tarian tradisi suku kaum Bajau dan Suluk. | Mata Omar terus melotot menatap bibir Saire yang lincah berhujah seperti mengucapkan bait-bait puisi. Tahi lalat di bibir bawahnya cukup membuktikan kefasihannya berbicara. Melihat gerakan tangannya seperti terbayangkan Saire menari daling-daling di hadapannya. | Sejambak Bunga Emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |