Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
puisi (kata nama)
Bersinonim dengan sajak, bait, balada, haiku, syair, pantun, gurindam, seloka, satira, lirik, madah, kelong, talibun, tembang, kakawin;,
Kata Terbitan : berpuisi, pemuisi,

Puisi
 

Apa dijual apa dibeli,
     Mari sukat gantang Ali;
Bahasa tak boleh dijual beli,
     Dari hidup sampai mati.


Lihat selanjutnya...(33)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
prosakarangan yg bertulis dgn bahasa yg biasa (tidak berbentuk sajak dll), lwn puisi; memprosakan menukarkan puisi (sajak dsb) kpd prosa: mereka juga diberi bimbingan tentang teknik ~ puisi, sajak dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
sastera1. bahasa yg digunakan dlm kitab-kitab (bukan bahasa basahan); 2. = kesusasteraan hasil seni (karya tulisan) dlm bentuk prosa atau puisi yg mempunyai ciri-ciri ke­istimewa-an yg tertentu; ahli ~ (orang yg) pakar dlm hal kesusasteraan; seni ~ seni karang-mengarang (prosa, puisi, dll); 3. ark kitab suci Hindu; 4. sl kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yg mengandungi ramalan (perhitungan dll); 5. sl tulisan, huruf; ~ bandingan kajian dan huraian tentang pertalian antara pelbagai sastera dr berbagai-bagai negara dan bangsa; ~ hiburan bentuk sastera yg bertujuan memberikan ke­seronokan atau hiburan, mis yg bertemakan percintaan dsb; ~ lisan sastera rakyat; ~ rakyat sastera yg berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui pertuturan drpd satu generasi kpd satu generasi yg lain, mis mitos, legenda dan mantera.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertua1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin;Kamus Dewan Edisi Keempat
sajak I1. persamaan bunyi pd suku kata (dlm syair, pantun, dll): ~nya janggal, banyak yg tidak kena; 2. = sanjak ark puisi moden (ber-beza drpd pantun atau syair) yg digubah dlm bahasa yg indah utk menyatakan fikiran (perasaan, pengalaman, dsb); ~ kabur sajak yg tidak jelas maksud atau maknanya; 3. ark irama (lagu): ~ tarinya; bersajak 1. bersesuaian bunyi suku kata (dlm pantun, syair, dll): kata lengang ~ dgn kata awang; 2. berbentuk sajak (pantun, syair, dll): cerita ~; 3. menyajak: sejak mula ~ dulu, sajaknya panjang-panjang; 4. meng­ungkap-kan atau mendeklamasikan sajak: dlm majlis itu, ada yg berpantun, ~ atau bersyair; menyajak mengarang (menggubah) sajak: pengalaman ~; menyajakkan 1. menjadikan bersajak (karang-an), menyesuaikan bunyi: kedua-dua rangkap itu dipilih utk ~ bunyi pepatah itu; 2. mengarang dlm bentuk sajak; persajakan perihal bersajak (menyajak), hal-hal yg berkaitan dgn sajak: dia juga ter-kenal dlm bidang ~; ia membicarakan ~ Islam benar-benar secara teoretis; persajakan perihal bersajak (menyajak), hal-hal yg berkaitan dgn sajak: dia juga ter-kenal dlm bidang ~; ia membicarakan ~ Islam benar-benar secara teoretis; penyajak orang yg mengarang sajak, pengarang sajak, penyair: seorang ~ menggunakan bunga-bunga bahasa utk mengindahkan sajaknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
seni II1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yg dicipta dgn bakat (kecekapan), hasil drpd sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan ~ tidak akan menarik perhatian orang yg paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yg indah-indah; ~ bahasa keindahan (susunan kata-kata) bahasa; ~ bina = ~ bangunan Id seni mengenai bangunan (penyediaan reka bentuk dan pe-nyeliaan pembinaan bangunan dsb); ~ drama seni mengenai lakonan pentas (sandiwara); ~ foto seni tentang pengambilan gambar dgn kamera dan penghasilan gambar; ~ halus cabang dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran; ~ jarum kecekapan atau seni tekat-menekat (sulam-menyulam, jahit-men-jahit); ~ kata susunan kata-kata yg indah (utk lagu dll); ~ khat seni (kemahiran) menulis tulisan Arab atau tulisan Jawi dgn gaya yg khas atau unik sehingga menghasilkan tulisan yg indah-indah; ~ kraf tangan seni kemahiran pekerjaan tangan (spt ukir-mengukir, mem-buat barang-barang dgn kemahiran tangan, dsb); ~ kreatif apa sahaja seni yg dapat men-cipta sesuatu; ~ lakon seni drama; ~ lukis seni mengenai lukis-melukis; ~ murni seni mengenai penciptaan barang yg indah-indah (seni lukis, seni pahat, dll); ~ muzik seni mengenai muzik termasuk lagu; ~ pahat (ukir) seni mengenai pahat-memahat (spt membuat patung dll), kemahiran menghasilkan (mencipta) sesuatu dgn pahat; ~ rupa seni pahat dan seni lukis; ~ sastera seni mengenai karang-mengarang (prosa dan puisi); ~ silat seni mengenai bersilat atau berpencak; ~ suara seni mengenai suara atau bunyi (nyanyian, muzik, dll); ~ tari seni mengenai tari-menari; ~ ukir(an) seni atau kemahiran ukir-mengukir; berseni mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~; kesenian perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seni-man yg tahu menikmati ~ alam.Kamus Dewan Edisi Keempat
himpun(Komp) 1. proses mengumpulkan data, subrutin, dll yg diperlukan oleh atur cara utk pemprosesan; 2. proses menterjemah kod bahasa berlambang kpd kod mesin yg setara; berhimpun berkumpul: dgn seketika itu juga segala anak cucunya pun ~lah; menghimpunkan mengumpulkan (orang, benda, maklumat, dll): maka baginda me­nyuruh ~ segala orang besar-besar di dlm negeri Samudera; JPM berusaha menyam­paikan ilmu yg telah dihimpunkan oleh sarjana bidang tersebut secara sistematik; terhimpun telah dikumpulkan, terkumpul; himpunan kumpulan: sebuah ~ puisi; anali­sis yg menghuraikan sekumpulan ayat mela­lui satu ~ data; perhimpunan 1. perihal berhimpun bera­mai-ramai utk sesuatu tujuan tertentu: se­kalian penghulu dan ahli bijak pandai mengadakan satu ~ besar di Padang Asam; 2. tempat berhimpun (terhimpunnya barang-barang dll): maka oleh segala orang Arab dinamainya malakat, ertinya ~ segala da­gangan, kerana banyak jenis dagangan ada di sana; penghimpunan perihal atau perbuatan meng­­­­himpunkan, pengumpulan; penghimpun; ~ elektrik Id bateri.Kamus Dewan Edisi Keempat
isi1. sesuatu yg termuat dlm sesuatu benda, kandungan: apakah ~ bakul itu?; berapa gelen ~ tong itu?; ~ surat; 2. inti sari, pati: dlm puisi ~ atau erti itu sama pentingnya dgn keindahan luar; ia cuba mengingat-ingat ~ bualan tadi; 3. bahagian (pd buah dll) yg bukan biji (yg dikandung oleh kulit): ~ durian ini tebal dan manis pula rasanya; ~ dada (hati, perut) perasaan atau fikiran; ~ kahwin mas kahwin (pemberian drpd bakal suami); ~ kampung (negeri dsb) penduduk kampung (negeri dsb); ~ perut a) kandungan dlm perut (badan manusia dll); b) segala yg tersimpan dlm hati (perasaan, fikiran, dsb); ~ rumah seluruh penghuni rumah; ~ lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita prb orang lain mendapat senangnya, kita mendapat susahnya; bagai ~ dgn kuku prb perihal persahabatan yg sangat karib; seisi seluruh isi; ~ negeri seluruh isi negeri; ~ rumah seluruh isi rumah; berisi 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; mengisi menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; ~ adat a) menjalankan segala peraturan adat; b) memenuhi (kewajiban dll): budaya tidak lagi ~ keperluan individu dan utk kebahagian individu; tanggungjawab mereka utk ~ Dasar Bahasa Kebangsaan; ~ jawatan menempatkan pegawai pd (atau melantik seseorang memegang) jawatan yg kosong; ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh dgn kemerdekaan; ~ waktu melakukan sesuatu supaya jangan terbuang waktu; mengisikan memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg kosong; terisi sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan muda itu dgn hajat yg ~; isian 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang; perisian = ~ komputer program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; pengisian perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan; pengisi 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut.Kamus Dewan Edisi Keempat
lahir1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata, jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin; pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu diperanakkan; ~ mati (kanak­-kanak yg) mati ketika lahir; di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~ menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya; melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (per­kataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~ dr mulut ibunya; 2. lahir (anak); kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memung­kinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita; pelahiran perihal atau perbuatan melahir­kan: ~ golongan-golongan tertentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
masyarakat1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; bermasyarakat merupakan (hidup sbg satu) masyarakat, menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~; memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm ma­syarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan penge­tahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat lang-sung dlm usaha ~ bahasa melalui pener-bitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini; kemasyarakatan keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; pemasyarakatan proses (usaha dsb) mema­syarakatkan: tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dgn penerbitan kamus ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
faham1 tahu benar (akan sesuatu): Rahman tidak ~ akan ajaran gurunya itu. 2 = fahaman fikiran atau anggapan mengenai sesuatu; pendapat. berfahaman 1 mempunyai fahaman (pendapat dsb): Walaupun negara telah maju, mereka masih ~ kolot. 2 mempunyai akal budi; berfikiran dan bijaksana: Pak Ali sangat ~ orangnya, oleh sebab itu beliau disegani oleh masyarakat kampung. memahami 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. memahamkan 1 mempelajari atau meneliti sungguh-sungguh supaya faham: Utk ~ puisi itu, ia terpaksa membacanya beberapa kali. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt difahami: Demikianlah kita difahamkan. 3 mengertikan: Ayat itu disusun dgn baik supaya tidak salah ~nya. kefahaman 1 hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2 sesuatu yg difahamkan: ujian ~. pemahaman hal memahami atau memahamkan. sefahaman sama fahamannya; sependapat: Mereka sehaluan dan ~. bersefahaman bersetuju antara satu dgn yg lain; mempunyai fahaman yg sama: Mereka ~ dan hidup dlm aman dan damai. persefahaman hal bersefahaman; persetujuan: Dgn cara berunding, ~ dpt dicapai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas