Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa sapaan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
inan Kd, Mrsapaan hormat untuk makcik.Inan Lihu kelihatan duduk membelakanginya, di atas anak tangga pertama. Kedua-dua belah kakinya terjuntai-juntai.BungkauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wai Ibkata sapaan mesra.Baru saja kedua beranak itu bersiap-siap hendak beradu tenaga menghulurkan perahu ke gigi air, tiba-tiba kedengaran suara yang menegur:“Hoi wai! Hendak ke mana tu?”Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
aman Kd, Mrsapaan hormat untuk lelaki yang lebih tua.Ya, sahut Mogan bangga "Jangan resah Aman, saya selalu pandu Land Cruiser ke Nabawan, Dalit, Kelampun dan Batu Lunguyan," kata Mogan cuba meyakini Encik Safuan.Pelangi Selepas HujanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
endu Ibsapaan untuk anak gadis atau perempuan yang lebih muda atau menantu perempuan.Oh... endu, Dara Tekom Emperaja, hantarkan rokok, panggil Bujang Pangka Lelang. "Oh. di sini rupanya gadis yang bernama Dara Tekom Emperaja," kata Baring dalam hatinya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
unggal Ibkata sapaan bagi mereka yang setaraf (kawan, sahabat), biasanya untuk lelaki.Mereka pun naik ke rumah semasa penghuni rumah panjang sedang sibuk mengadakan gawai. "Oh.... lalu unggal, nasib baik awak datang, bertuah aku bergawai ini, ramai pengunjung," kata Apai Sabit Bekait.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
igat Ibsapaan merujuk kepada menantu lelaki atau orang lelaki muda.Nanti dululah igat, masih awal ini, kata Raja Remaung, yang sebentar kemudian keluar dari rumah itu dengan alasan hendak membuang air besar, tetapi sebenarnya dia mengambil dua helai daun pisang yang diletakkannya di bawah tempat tidur isterinya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas