Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.ya] | بهاي

Definisi : sesuatu yg (dapat) mendatangkan bencana (kecelakaan, nahas, dll): dlm nahas kereta itu, ia sendiri yg terlepas drpd ~;~ api = ~ kebakaran bencana yg boleh disebabkan oleh api; ~ bencana berbagai-bagai bencana; ~ kelaparan sesuatu yg boleh menyebabkan kelaparan; ~ maut sesuatu yg menyebabkan mati; ~ rugi kemungkinan rugi; menempah ~ sengaja melakukan sesuatu yg sudah diketahui boleh mendatangkan bahaya; berbahaya boleh mendatangkan bahaya, dlm (terancam oleh) bahaya: janganlah dikerjakan pekerjaan yg ~;keberbahayaan perihal atau keadaan yg berbahaya: ~ itu tersembunyi dlm pembinaan tamadun Barat;membahayakan mendatangkan bahaya: di bandar itu ada tempat yg ~, tempat banyak orang kena rompak; merokok ~ kesihatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ha.ya] | بهاي

Definisi : apa-apa yg dpt mendatangkan kemalangan atau bencana; nahas: Moga-moga Allah melindungi engkau drpd sebarang ~. berbahaya ada bahayanya: Jangan kamu pergi mandi-manda di lombong-lombong kerana itu ~. membahayakan mendatangkan bahaya: Menghisap rokok ~ kesihatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahaya

Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam,
     tetapi balam lupa akan jerat.

Bermaksud :

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

 

Lihat selanjutnya...(40)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
horizontal dangersudut mengufuk bahaya/sudut datar bahayaMatematikTiadaSudut bahaya yang diukur di antara dua titik objek pada satah mengufuk yang sama.
hazard in HACCPbahaya dalam HACCPMakanan dan PemakananMakananAgen biologi, kimia dan fizikal dalam makanan berpotensi menyebabkan bahaya ke atas kesihatan manusia yang memakan makanan tersebut. Bahaya ini berpunca daripada sumber bahan, pengendali makanan, pencemaran premis atau perkakas memasak dan peralatan penyediaan makanan. Contoh bahaya biologi ialah bakteria yang mencemarkan makanan, contoh bahaya kimia ialah bahan pensanitasi yang mencemarkan makanan dan contoh bahaya fizikal ialah bahan plastik yang dijumpai dalam makanan.
hazard assessmenttaksiran bahayaLandskapTiadaPenilaian yang dibuat dalam landskap mengenai risiko sesuatu aktiviti yang boleh mendatangkan bahaya atau kerosakan kepada sesuatu kawasan atau orang ramai. Contohnya, taksiran bahaya pokok pinggiran jalan.
increased hazardbahaya meningkatinsuransTiadaPolisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang diinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di dalam rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer.
increased hazardbahaya meningkatPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang dinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer.
comprehensive general liability policypolisi liabiliti am komprehensifinsuransTiadaPolisi ini memberi perlindungan kepada insured bagi semua bahaya liabiliti am termasuk bahaya yang tidak diketahui, melainkan ia dikecualikan oleh polisi. Contoh: pendedahan yang dilindungi ialah premis dan operasi, keluaran dan operasi sempurna, kontraktor bebas dan kontraktor tertentu.
comprehensive general liability policypolisi liabiliti am komprehensifPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi ini memberi perlindungan kepada insured bagi semua bahaya liabiliti am termasuk bahaya yang tidak diketahui, melainkan ia dikecualikan oleh polisi. Contoh: pendedahan yang dilindungi ialah premis dan operasi, keluaran dan operasi sempurna, kontraktor bebas dan kontraktor tertentu.
radiation hazardbahaya sinaranKejuruteraanTiadaBahaya terhadap kesihatan disebabkan pendedahan kepada sinaran pengionan, sama ada disebabkan penyinaran luar atau disebabkan sinaran bahan-bahan radioaktif dalam jasad.
radiation hazardbahaya sinaranKejuruteraanTiadaBahaya terhadap kesihatan disebabkan pendedahan kepada sinaran pengionan, sama ada disebabkan penyinaran luar atau disebabkan sinaran bahan-bahan radioaktif dalam jasad.
environmental hazardbahaya persekitaranKejururawatanTiadaBahaya atau bencana yang terdapat di persekitaran yang mungkin memudaratkan manusia.
12345678910...

Kembali ke atas