Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bah.kan] | بهکن

Definisi : 1. malahan, tetapi juga, lebih-lebih lagi: mereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua mereka, ~ merosakkan adat istiadat Melayu; 2. sl saya, ya: sembahnya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah.kan] | بهکن

Definisi : tetapi juga; malahan: Kerana kejayaannya, dia bukan saja diberi tahniah, ~ diberi hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan. Antara ayat berikut, yang mana satukah yang paling tepat? 1. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walau dilarang oleh para sahabat. 2. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walau dilarang oleh para sahabat. 3. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. 4. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walaupun dilarang oleh para sahabat. Terima kasih saya dahulukan. Ayat yang betul ialah Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. Tatabahasa02.09.2021
Dia bukan sahaja rajin bahkan juga/malah/malahan pemurah. Ayat di atas betulkah? kata bukan sahaja... patut dipadankan dengan kata malah/malahan/bahkan juga ? yang mana satu padanannya? patutkah tanda koma diletakkan selepas kata rajin? tolong berikan contoh ayat untuk kata hubung berpasangan 'bukan sahaja... tetapi juga'. terima kasih.Lazimnya frasa "bukan sahaja" boleh diikuti oleh perkataan malah, malahan dan bahkan dalam ayat tersebut kerana ketiga-tiga perkataan membawa makna yang sama. Tidak perlu tanda koma selepas perkataan rajin dalam ayat tersebut.
Tatabahasa12.06.2012
Bolehkan 'BAHKAN' hadir di hadapan ayat?Kata hubung bahkan, malahan, malah berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih. Oleh itu, kata hubung ini perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat.Tatabahasa08.11.2015
Salam sejahtera, Dalam penulisan, kerap lagi saya temukan struktur Selain itu, pihak berkuasa juga ....; Di samping itu, pihak sekolah juga ..... Bahkan, pihak NGO juga .... Persoalannya, bolehkah penanda wacana 'selain itu' / 'di samping itu' / 'bahkan' dan penanda wacana 'juga' digunakan serentak kerana saya rasa kelewahan berlaku dalam struktur ini. Sekian. Salam hormat, KAY SEVEN

Frasa 'Selain itu, pihak berkuasa juga ...', 'Di samping itu, pihak sekolah juga ...', 'Bahkan, pihak NGO juga ...' adalah betul. 'Juga' ialah kata penegas yang memberikan penekanan pada frasa tersebut.

Tatabahasa23.12.2010
Barangan buatan Malaysia murah malahan cantik dan disukai ramai. Adakah ayat ini gramatis ? Bolehkah kata hubung "malahan " digunakan tanpa bukan sahaja?Barangan buatan Malaysia murah malahan (bahkan) cantik dan disukai ramai. Ayat ini betul kerana malahan membawa maksud bahkan.Tatabahasa19.08.2015
(a) Berpandukan Kamus Dewa, "juteru" membawa maksud (i) kebetulan, tepat, kenar benar (ii) malahan, bahkan. Persoalannya, mengapakah kata "justeru" digunakan sebagai penanda wacana untuk mengungkapkan maksud "oleh itu" dalam penulisan? (b) Frasa sendi "di kalangan pelajar" sepatutnya "dalam kalangan pelajar". Persoalannya, frasa sendi yang mana betul sama ada "di khalayak ramai" atau "dalam khalayak ramai"? Sekian, terima kasih.a)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata justeru digunakan untuk membawa maksud i. kebetulan,tepat,kena benar ii. malahan,bahkan. Kata justeru tidak digunakan sebagai penanda wacana untuk membawa maksud oleh itu.b)Frasa yang betul ialah dalam kalangan dan dalam khalayak.  Tatabahasa01.07.2008
justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, sebaliknya, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia. Tetapi mengapa ramai yang beranggapan bahawa justeru boleh ditukar ganti dengan oleh itu atau maka? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "justeru" bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" adalah salah dan tidak boleh digunakan. Anggapan bahawa "justeru" boleh ditukar ganti dengan "oleh itu" mungkin disebabkan individu yang menggunakan perkataan tersebut tidak tahu maksud sebenar perkataan tersebut.Makna07.04.2012
Selamat sejahtera. :) 1. Adakah separuh sama dengan setengah? 2. Hampir ________ daripada murid-murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis tulisan khat. A. separuh C. sebilangan B. setengah D. sesetengah 3. Adakah bahkan = malah = malahan ? 4. Beliau bukan sahaja pemurah ________ prihatin terhadap rakyat miskin. A.malah B. walaupun C. bahkan Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah.Lain-lain31.05.2017
Al-Quran bukanlah sekadar naskhah bacaan, bahkan ia merupakan Risalah Agung yang menyeru manusia kepada Allah. Bolehkah penggunaan ia di situ?Menurut Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk  benda/subjek yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, penggunaan ia yang merujuk Al-Quran tidak begitu sesuai digunakan. "ia" dalam ayat tersebut boleh digantikan dengan kitab.Tatabahasa07.11.2018
Saya agak keliru mengenai penggunaan perkataan justeru. Menurut guru Bahasa Melayu saya, perkataan 'justeru' tidak boleh digunakan dengan diikuti perkataan 'itu'. Akan tetapi mengikut DBP perkara itu boleh dilakukan. Boleh diperjelaskan"Justeru" sama makna dengan bahkan, malahan dan lazimnya kita tidak berkata malahan itu, bahkan itu. Oleh itu kata justeru telah memadai dan diikuti dengan tanda koma.Tatabahasa19.08.2009
123456789

Kembali ke atas