Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bah.kan] | بهکن

Definisi : 1. malahan, tetapi juga, lebih-lebih lagi: mereka bukan sahaja melanggar kemahuan orang tua mereka, ~ merosakkan adat istiadat Melayu; 2. sl saya, ya: sembahnya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah.kan] | بهکن

Definisi : tetapi juga; malahan: Kerana kejayaannya, dia bukan saja diberi tahniah, ~ diberi hadiah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curtain walldinding tiraiKesenianHiasan DalamanDinding nipis di bahagian luar bangunan yang tidak menyokong beban bangunan, bahkan beratnya disokong terus oleh kerangka struktur bangunan. Dinding ini biasanya dibina menggunakan panel kaca, panel aluminium dan panel batuan; dan terdapat pada bangunan bertingkat.
expressionekspresiKesenianDrama dan TeaterDaya penyampaian yang memberikan kualiti kepada sesuatu persembahan seperti dalam persembahan permainan muzik, lakonan, bahkan tarian. Kualiti yang dimaksudkan itu perlulah menepati nada dan emosi yang dikehendaki.
palimpsestpalimpsesGeologiTiada1. Berkaitan dengan struktur atau tekstur pada batuan metamorf yang sisa sesetengah struktur atau teksturnya yang wujud terlebih dahulu, bahkan mungkin struktur atau tekstur asalnya, dikekalkan. 2. Berkaitan dengan sedimen jandaan pentas benua yang terkerja semula oleh proses biologi atau fizikal.
picture description language (PDL)bahasa pemerihalan gambarTeknologi MaklumatTiadaBahasa aras-tinggi untuk pemerihalan gambar yang tak bersandar kepada resolusi peranti output. Bahkan, fon aksara dilayan seperti elemen grafik lain. Contohnya operasi seperti putaran, pemaparan boleh diguna pada teks sama seperti yang boleh dilakukan pada elemen grafik lain. Ia merupakan ciri penting dalam pendekatan Adobe supaya bahasa pemerihalan gambar yang akan menukar gambar menjadi lebih padat. Lihat PostScript dan bahasa pemerihalan halaman.
artificial super intelligence (ASI)kecerdasan super buatan (ASI)Teknologi MaklumatTiadaTeknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang mampu melakukan semua perkara termasuklah secara fizikal, bahkan dapat mengatasi kemampuan manusia termasuklah membuat keputusan dan memilih tindakan rasional seperti robot mengambil alih mesin pembuatan.
grammatologygramatologiKesusasteraanTiadaSains tentang lambang tulisan atau teori umum tentang tulisan. Lambang dan makna tidak semestinya sama, khususnya dalam penulisan sastera. Lambang tidak semestinya membawa makna yang muktamad bahkan berbeza dan bertunda. Konsep ini diperkenalkan oleh Jacques Derrida melalui bukunya, Of Grammatology (1967), Writing and Difference (1967), dan Speech and Phenomena (1967). Lihat juga fonosentrisme.
ground-water dividelegih air tanahHidrogeologiTiadaRabung di muka air tanah atau di permukaan potensiometri lain yang darinya air tanah, yang diwakili oleh permukaan itu, bergerak menjauhinya ke kedua-dua arah. Air di dalam akuifer lain, di atas atau di bawah, bahkan juga di bahagian terbawah akuifer yang sama, mungkin mempunyai permukaan potensiometri tanpa rabung, dan airnya boleh mengalir melewati legih itu. Legih air tanah biasanya terdapat hampir di bawah legih permukaan, tetapi di kebanyakan kawasan tidak terdapat hubungan di antara kedua-dua legih itu. Ruj.: Meinzer 1923
connectivismkonektivismeTeknologi Maklumate-PembelajaranTeori pembelajaran era digital yang berasaskan idea bahawa pengetahuan adalah terangkai. Pembelajaran berlaku semasa individu saling berhubung antara satu sama lain dan berkongsi maklumat untuk mengembangkan dan mencipta pengetahuan yang bersepadu. Pembelajaran bukan sahaja berlaku dalam diri individu bahkan dalam keseluruhan rangkaian. Pembelajaran boleh berpunca daripada pelbagai sumber komuniti termasuklah sumber bukan manusia seperti rangkaian pangkalan data. Teori ini bermodelkan pembelajaran terangkai dan menjadi signifikan akibat daripada kemajuan teknologi Web 2.0.
poor geometrygeometri burukFizikAtom dan NuklearSusunan kedudukan antara sumber fluks zarah nukleus atau sinaran dengan alat pengesan yang dapat mengesan hampir semua zarah yang keluar dari sumber. Susunan ini memberikan sudut bukaan yang besar antara sumber dengan pengesan, kerana kedudukannya amat dekat. Istilah buruk tidak bermaksud menghasilkan pengukuran yang kurang baik, bahkan sengaja disusun sedemikian bagi mendapatkan maklumat tertentu. Banding geometri baik. Lihat juga geometri.
hardnesskesadahanHidrogeologiTiadaSifat air yang menyebabkan pembentukan sisa tak larut seperti dadih apabila digunakan dengan sabun, dan menyebabkan pembentukan kepingan sisa tak larut di dalam bekas apabila air dipanaskan. Sifat ini disebabkan, terutamanya, oleh ion kalsium dan ion magnesium, tetapi juga oleh ion logam alkali lain dan ion logam lain seperti besi; bahkan ion hidrogen pun boleh menyebabkan pembentukan ini. Secara am, kesadahan dinyatakan dalam miligram per liter Ca-CO3 (40 mg/l Ca menghasilkan kesadahan 100 mg/I CaCO3 atau dalam unit biasa seperti darjah).
12

Kembali ke atas