Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahru

Puisi
 

Johor Bahru ibu negeri,
     Sultan Mahmud raja mulia;
Berapapun cerah matahari,
     Bulan juga membawa cahaya.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baharu-bahru ini kawan saya ada berbincang diruang facebook tentang gerabak kereata api KTM yang terpampar ayat "koc untuk wanita sahaja" . Apabila dia terjemah di google translate ianya terpampar "koc for women" Ada logiknya disitu, kenapa mengunakan ayat koc? apa salah mengunakan ayat yang tersedia ada seperti gerabak? dan kenapa "wanita" bukan mengunakan "Perempuan"? Sekian Terima Kasih Fain WahabUntuk makluman tuan, perkataan koc telah diterima pakai dalam bahasa Melayu. Perkataan wanita ialah bahasa halus bagi perempuan dan lazimnya dalam konteks rasmi/gelaran perkataan wanita yang digunakan seperti wanita pertama (first lady) dan wanita solehah.Tatabahasa09.11.2012
Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya. Jawapan a) antara Johor Bahru dengan Kuala Lumpr , b) di antara Johor Baharu dengan Kuala Lumpur.Cikgu Tan sering berulang-alik di antara Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pustat Perubatan Universiti Malaya.Tatabahasa31.07.2012
APAKAH PERBEZAAN PERKATAAN BAHARU, BARU DAN BAHRU? JELASKAN JUGA CONTOH PENGGUNAAN AYAT.Perkataan baharu atau baru sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baharu atau tahun baru, kereta baharu atau kereta baru, orang baharu atau orang baru. Perkataan bahru digunakan bagi nama bandar Johor Bahru. Walau bagaimanapun perkataan baru hanya digunakan dalam konteks baru tiba, baru selesai atau baru-baru ini. Tatabahasa31.12.2008
Ejaan yang betul bagi 'Johor Bahru'Ejaan yang betul ialah Johor Bahru.Ejaan17.07.2007
Chit Watt Ooo...maknanya kalau Johor ia Dewan Bandar Raya Johor Bahru. Oppss..silap. Majlis Bandar Raya Johor Bahru. So salah ke ejaan selama ini? 1994 Itu tahun JB jadi Bandar Raya. Sebelum itu perbandaranEjaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diwartakan sebelum tahun 1972. Selepas tahun 1972 kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya. Walau bagaimanapun terdapat juga penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama.Ejaan11.08.2014
Tuan, Saya ingin menanyakan soalan iaitu apakah perbezaan antara perkataan 'baru', 'baharu',dan 'bahru'Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaj digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. Manakala perkataan bahru hanya ditemukan dalam penamaan tempat, iaitu Johor Bahru. Dan satu lagi bentuk ejaan yang ada bagi nama tempat ialah Kota Bahru. Hal ini tidak dapat diselaraskan kerana nama-nama tempat tersebut telah diwartakan.Ejaan11.07.2012
Salam sejahtera, Maaf kerana ingin bertanya, adakah perkataan 'baru' dan 'baharu' atau 'bahru' perkataan yang sama?, Mohon penjelasan dan huraian..Perkataan baru dan baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu. Perkataan  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru sampai,  baru-baru ini. Perkataan Bharu/Bahru digunakan  dalam nama khas sahaja iaitu, Kota  Bharu dan Johor Bahru.Tatabahasa04.09.2014
Maafkan saya. Saya agak keliru dengan penggunaan perkataan 'Baru', 'Bahru' dan 'Baharu'.Boleh saudara terangkan kepada saya tentang penggunaan ketiga-tiga istilah itu?

Baru dan baharu sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks rumah baru/baharu, tahun baru/baharu, baju baru/baharu. Padanan bahasa Inggerisnya ialah new, manakala  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Perkataan bahru digunakan bagi nama bandar Johor Bahru.

Istilah14.08.2010
Salam, saya selalu keliru, dengan perkataan- perkataan berikut dan bagaimana menggunakannya dengan betul. - baru, baharu, bahru boleh pihak tuan/puan terangkan perbezaannya. terima kasih.Kamus Dewan memberi makna baharu sama dengan baru. Buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baharu ialah kata adjektif yang lazim kita temui dalam ayat rumah baharu dan pelajar baharu, manakala baru ialah kata bantu seperti dalam ayat dia baru sampai dari Terengganu. Untuk golongan pelajar, kami nasihatkan mengambil panduan yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan kerana Kamus Dewan lebih kepada mengungkapkan makna sesuatu kata bukannya panduan dalam berbahasa.

Perkataan bahru digunakan bagi nama bandar Johor Bahru.
Tatabahasa17.02.2015
Ticer Nani May 30th, 3:31pm Salam.. saya mohon maaf kerana ingin bertanya.. cawangan DBP di Larkin Johor Bahru adakah masih dibuka? Ticer Nani May 30th, 3:31pm Berapakah harga sebuah kamus dewan edisi ke4 yg berkulit merah marronnDBP Wilayah Selatan beralamat di Jalan Susur Dato' Mohd Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, Johor Bahru. Harga sebuah Kamus Dewan ialah RM60.Lain-lain30.05.2015
1234567

Kembali ke atas