Aristides (530?–468? S.M.) yang dikenali sebagai
“Just” ialah negarawan dan pemimpin tentera
Athens. Dia adalah pesaing kepada Themistocles,
yang ingin menjadikan Athens sebagai satu kuasa
tentera laut. Aristides berpendapat bahawa
memang baik sekali Athens mengekalkan tentera
darat yang berkuasa berbanding dengan tentera
laut, kerana tentera darat mengalahkan tentera
Parsi dalam pertempuran Marathon pada tahun
490 S.M. Isu antara mereka berdua telah
diputuskan oleh orang ramai pada tahun 482 S.M.
Mengikut adat, orang Athens mengundi sama ada
Aristides atau Themistocles harus dinyahkan
(dibuang negeri). Setiap pengundi menulis salah
satu nama di atas ostrakan (sekeping tembikar).
Aristides kalah undi dan dibuang negeri.