Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ja] | باج

Definisi : bahan utk menyuburkan tanaman, yg mengandungi zat spt nitrogen, fosforus dan kalium yg dihasilkan secara semula jadi atau buatan; ~ buatan Id = ~ tiruan baja yg dibuat drpd bahan kimia; ~ campuran baja yg terdiri drpd dua atau lebih zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dicampurkan secara fizikal utk memperoleh gabungan zat yg dikehendaki; ~ cecair baja dlm bentuk cecair; ~ dagang = ~ dagangan baja yg dibuat di kilang drpd bahan mentah bukan organik; ~ fosfat baja yg mengandungi fosfat, biasanya digunakan utk meningkatkan kandungan fosfat dlm tanah; ~ hijau (Tani) a) tumbuh-tumbuhan hijau yg dibajak supaya bercampur dgn tanah (tempat ditanami sesuatu jenis tanaman) dan dijadikan baja; b) baja yg belum mengalami sebarang kerosakan; ~ kandang Id baja drpd tahi lembu (kerbau, kuda, dll); ~ kimia baja yg dibuat drpd atau yg menggunakan bahan-bahan kimia; ~ kompos baja drpd sisa organik yg terurai; ~ sebatian baja yg mengandungi dua atau tiga zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dihasilkan melalui proses kimia; ~ tunggal baja yg mengandungi salah satu zat, sama ada nitrogen, fosforus atau kalium;membaja, membajai membubuh baja, memberi baja: ~ tanah;pembajaan perbuatan (kerja, proses) membaja(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ja] | باج

Definisi : sj besi yg keras;berbaja berlapis baja, dikeraskan dgn baja; jika pisau tidak ~, makin dikikir bertambah tumpul prb jika anak tidak berpembawaan, makin diajar bertambah bodoh;membaja 1. = membajai mengeraskan besi dgn cara memanaskan dan menyejukkannya kembali: besi ini telah dibaja dan dikeraskan mengikut patutnya; 2. ki sangat keras (spt besi baja): hatinya telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ja] | باج

Definisi : bahan penghitam gigi (drpd campuran minyak dan arang tempurung);berbaja telah dihitamkan dgn baja (bkn gigi): giginya baru wilis ~, pucat manis warnanya durja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ja] | باج

Definisi : bahan yg digunakan utk menyuburkan tanam-tanaman atau tanah; pupuk. ~ asli (alam, organik) baja yg dibuat drpd tahi binatang atau tumbuh-tumbuhan yg sudah reput. ~ buatan (kimia) baja yg dibuat drpd bahan-bahan kimia. ~ campuran baja yg terdiri drpd dua unsur baja atau lebih, mis baja organik dan baja kimia. ~ fosfat baja buatan yg di dlmnya terdapat berbagai-bagai jenis garam drpd asid fosforik. ~ hijau baja yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan. ~ kandang baja yg dibuat drpd tahi binatang. ~ kompos baja yg dibuat drpd campuran tumbuh-tumbuhan dan tahi binatang yg diperam dan dibiarkan reput. ~ urea baja buatan yg di dlmnya banyak terdapat ammonia dan karbon dioksida. membaja 1 menjadikan subur dgn membubuh baja; memupuk: Bapa saya sedang ~ sayur-sayuran di kebun. 2 membubuh baja pd; memupuk: ~ tanah. pembajaan perbuatan atau hal membaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ja] | باج

Definisi : 1 = besi ~ besi yg keras; waja; keluli. 2 ki sesuatu yg kuat dan keras (spt semangat, kemahuan). berbaja berlapis baja: Jika pisau tidak ~, makin dikilir bertambah tumpul. membaja menjadi keras sekali (spt baja). membajai mengeraskan besi (pisau dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baja

Puisi
 

Bunga kalas dibubuh baja,
     Dipetik oleh mem Serani;
Tidak terbalas budi kakanda,
     Berapa jauh datang ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Kaduk kena baja.

Bermaksud :

Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, kata sendi nama "terhadap", "di atas" atau "ke atas" patut digunakan dalam ayat di bawah? 1. (a) Saya menyembur baja terhadap tanah. (b) Saya menyembur baja di atas tanah. (c) Saya menyembur baja ke atas tanah. Tuan, jangan terus salahkan penggunaan kata sendi nama "terhadap", kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan, "terhadap" boleh digunakan untuk benda konkrit. "Tanah" ialah sejenis benda konkrit, tetapi "tanah" ialah sejenis tempat", jadi "di atas" dan "ke atas" lebih sesuai pada pandangan saya. Apakah pandangan tuan? Minta sertakan penerangan tuan juga. Terima kasih.Kami berpandangan frasa yang betul ialah "ke atas" dan "di atas". Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata arah yang didahului kata sendi nama digunakan apabila menunjukkan hala atau jurusan.Tatabahasa04.12.2014
1. Emak saya membubuh baja kepada/ke/pada pokok bunga. Apakah kata sendi yang sesuai? Terima kasih!Yang betul - Emak saya membubuh baja pada pokok bunga.Tatabahasa30.03.2009
Salam sejahtera tuan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1) Petani itu menaburkan baja untuk anak-anak pokok yang baru ditanamnya itu. 2) Abang Man menarik tali belati itu sehingga putus. 3) Lembu peliharaan Pak Mail itu dikirakan banyaknya. 4) Datuknya amat kuat beramal. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah seperti yang berikut:

 

1) Petani itu menaburkan baja untuk anak-anak pokok yang baru ditanamnya itu.

2) Abang Man menarik tali belati itu sehingga putus.

3) Lembu peliharaan Pak Mail itu dikira banyaknya atau Pak Mail mengira lembu peliharaannya supaya dapat diketahui jumlahnya.

4) Datuknya amat kuat beramal.

Tatabahasa05.12.2021
SILA TERJEMAH KEPADA BAHASA JAWI PEMBEKAL RACUN PERTANIAN PENJUAL PEMBEKAL RACUN DAN BAJA PERTANIANEJAAN JAWI BAGI PEMBEKAL RACUN PERTANIAN:

ڤمبکل راچون ڤرتانين




Lain-lain17.02.2020
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah.Tuan,

Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna06.07.2017
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "Truck Mounted Fertilizer Spreaders"? Sekian, terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "truck mounted fertiliser spreader" ialah penabur baja cagak trak.Istilah29.01.2016
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat di bawah ini ? Terima kasih 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. atau Encik Jali membeli keledek goreng daripada warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir atau Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan atau Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan peratusan kelulusan PMR pada tahun depan 4 Pokok dokong itu besar dengan subur sekali setelah dibubuh baja atau Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan beliau rasmikan atau Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu.

2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir .

3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan.

4 Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja.

5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

Tatabahasa23.07.2011
Salam tuan, Mohon diperjelaskan cara menggunakan angka/huruf yang betul bagi pasangan ayat di bawah. 1.Saya membeli dua buah buku untuk bapa. 2.Saya membeli 2 buah buku untuk bapa. 3.Sudah dua kali saya pergi meminang dia. 4.Sudah 2 kali saya pergi meminang dia. 5.Anaknya belajar di kelas tahun 1. 6.Anaknya belajar di kelas Tahun 1. 7.Dia berjalan 3 kilometer setiap hari. 8.Dia berjalan tiga kilometer setiap hari. 9.Emak membeli 6 kilogram baja asli. 10.Emak membeli enam kilogram baja asli.

Huruf 1-9 hendaklah dieja dalam ayat, melainkan huruf tersebut diikuti dengan ukuran tertentu atau singkatan misalnya 1 kg atau 2 km.  Walau bagaimanapun, ukuran tersebut boleh juga ditulis penuh seperti enam kilogram. Bagi kata nama khas, huruf boleh digunakan, contohnya pelajar murid Tahun 1 Cekal.

Tatabahasa18.10.2009
Perbezaan makna makanan organik dan bahan kimia organik.
kimia organik = cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon);

Bahan Organik = a) berkanaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) berkenaan  bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) berkenaan  tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;

 organik =; bahan ~ a) berkenaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;
 kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn se­batian karbon;
penyakit ~ penyakit yg me­libatkan perubahan struktur tubuh.

Makanan organik = makanan yang terhasil daripada  proses organik.
Tatabahasa06.12.2012
1) Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 adalah dirujuk atau Surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk -Adakah penggunaan perkataan adalah di atas betul?Mana satu ayat yang betul?Ayat yang pertama atau kedua? 2)Buah rambutan itu masuh mentah/muda. -Yang mana satu perkataan yang sesuai digunakan dalam ayat di atas?mentah/muda? 3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu __________kerana kekurangan baja. -Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di atas?renek/kerdil?Berikut merupakan ayat yang telah dipinda menggunakan tatabahasa yang betul.

1) Dengan hormatnya, surat permohonan tuan yang bertarikh 20 Mei 2013 dirujuk.

2) Buah rambutan itu masih muda.
 
3) Pokok jambu madu yang ditanam oleh Pak Taha itu kerdil kerana kekurangan baja.
Tatabahasa05.03.2013
12

Kembali ke atas