Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ja] | باج

Definisi : bahan utk menyuburkan tanaman, yg mengandungi zat spt nitrogen, fosforus dan kalium yg dihasilkan secara semula jadi atau buatan; ~ buatan Id = ~ tiruan baja yg dibuat drpd bahan kimia; ~ campuran baja yg terdiri drpd dua atau lebih zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dicampurkan secara fizikal utk memperoleh gabungan zat yg dikehendaki; ~ cecair baja dlm bentuk cecair; ~ dagang = ~ dagangan baja yg dibuat di kilang drpd bahan mentah bukan organik; ~ fosfat baja yg mengandungi fosfat, biasanya digunakan utk meningkatkan kandungan fosfat dlm tanah; ~ hijau (Tani) a) tumbuh-tumbuhan hijau yg dibajak supaya bercampur dgn tanah (tempat ditanami sesuatu jenis tanaman) dan dijadikan baja; b) baja yg belum mengalami sebarang kerosakan; ~ kandang Id baja drpd tahi lembu (kerbau, kuda, dll); ~ kimia baja yg dibuat drpd atau yg menggunakan bahan-bahan kimia; ~ kompos baja drpd sisa organik yg terurai; ~ sebatian baja yg mengandungi dua atau tiga zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dihasilkan melalui proses kimia; ~ tunggal baja yg mengandungi salah satu zat, sama ada nitrogen, fosforus atau kalium;membaja, membajai membubuh baja, memberi baja: ~ tanah;pembajaan perbuatan (kerja, proses) membaja(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ja] | باج

Definisi : sj besi yg keras;berbaja berlapis baja, dikeraskan dgn baja; jika pisau tidak ~, makin dikikir bertambah tumpul prb jika anak tidak berpembawaan, makin diajar bertambah bodoh;membaja 1. = membajai mengeraskan besi dgn cara memanaskan dan menyejukkannya kembali: besi ini telah dibaja dan dikeraskan mengikut patutnya; 2. ki sangat keras (spt besi baja): hatinya telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ja] | باج

Definisi : bahan penghitam gigi (drpd campuran minyak dan arang tempurung);berbaja telah dihitamkan dgn baja (bkn gigi): giginya baru wilis ~, pucat manis warnanya durja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ja] | باج

Definisi : bahan yg digunakan utk menyuburkan tanam-tanaman atau tanah; pupuk. ~ asli (alam, organik) baja yg dibuat drpd tahi binatang atau tumbuh-tumbuhan yg sudah reput. ~ buatan (kimia) baja yg dibuat drpd bahan-bahan kimia. ~ campuran baja yg terdiri drpd dua unsur baja atau lebih, mis baja organik dan baja kimia. ~ fosfat baja buatan yg di dlmnya terdapat berbagai-bagai jenis garam drpd asid fosforik. ~ hijau baja yg dibuat drpd tumbuh-tumbuhan. ~ kandang baja yg dibuat drpd tahi binatang. ~ kompos baja yg dibuat drpd campuran tumbuh-tumbuhan dan tahi binatang yg diperam dan dibiarkan reput. ~ urea baja buatan yg di dlmnya banyak terdapat ammonia dan karbon dioksida. membaja 1 menjadikan subur dgn membubuh baja; memupuk: Bapa saya sedang ~ sayur-sayuran di kebun. 2 membubuh baja pd; memupuk: ~ tanah. pembajaan perbuatan atau hal membaja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ja] | باج

Definisi : 1 = besi ~ besi yg keras; waja; keluli. 2 ki sesuatu yg kuat dan keras (spt semangat, kemahuan). berbaja berlapis baja: Jika pisau tidak ~, makin dikilir bertambah tumpul. membaja menjadi keras sekali (spt baja). membajai mengeraskan besi (pisau dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baja

Puisi
 

Bunga kalas dibubuh baja,
     Dipetik oleh mem Serani;
Tidak terbalas budi kakanda,
     Berapa jauh datang ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Kaduk kena baja.

Bermaksud :

Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mixed fertilizerbaja campuranBiologiEkologiBaja yang terdiri daripada dua unsur baja atau lebih, misalnya baja organik dan baja kimia. Umumnya penggunaan baja campuran yang tidak terkawal boleh menimbulkan masalah persekitran, seperti pencemaran tali air.
banding fertilizerbaja jalurPertanianAgronomi

Baja yang digunakan dalam kaedah pembajaan jalur. Baja yang sesuai digunakan ialah baja berbentuk butiran. Baja foliar dan baja cecair tidak sesuai sebagai baja jalur. Lihat juga pembajaan jalur.

commercial fertilizerbaja daganganBiologiEkologiBaja yang dibuat di kilang dengan menggunakan bahan-bahan mentah bukan organik. Baja dagangan utama ialah baja nitrogen, fosforus, dan kalium. Baja daganganan di pasaran dijual sebagai baja campuran dan baja sebatian.
controlled release fertilizerbaja pelepasan terkawalPertanianAgronomi

Baja kimia yang diolah supaya nutrien yang terkandung dalam baja dibebaskan secara perlahan-lahan agar kesan baja berpanjangan. Baja jenis ini biasanya disalut dengan bahan polimer seperti gelatin, supaya mineral seperti nitrogen, fosforus dan kalium yang terkandung dalam baja tersebut tidak mudah larut. Apabila gelatin mula hancur, mineral akan beransur-ansur dibebaskan dan larut dalam air tanah untuk diserap oleh akar tumbuhan. Selain gelatin, bahan yang digunakan dengan berkesan untuk melewatkan pelepasan nutrien ialah zeolit, sejenis batuan yang mengandungi banyak ruang udara. Tujuan penggunaan baja pelepasan terkawal adalah untuk mengelakkan pembaziran baja dengan menghalang pembebasan terlalu cepat yang menyebabkan nutrien berlebihan dilepaskan dan mencemar keadaan persekitaran.

basal fertilizerbaja asasPertanianAgroteknologiBaja yang dibekalkan kepada tanaman semasa penyediaan tanah atau semasa biji benih ditanam sebagai baja permulaan. Biasanya, baja asas terdiri daripada baja yang membekalkan makronutrien seperti nitrogen, fosforus dan kalium. Tujuan pemberian baja ini adalah untuk mempercepat pertumbuhan anak benih dan pengeluaran akar yang sempurna.
Chemical fertilizerBaja kimiaPertanianAgronomi

Baja yang berasaskan bahan kimia dan biasanya dihasilkan oleh kilang baja melalui proses kimia. Contohnya baja urea untuk membekal unsur nitrogen dihasilkan dengan kombinasi ammonia dengan karbon dioksida yang dilakukan di kilang urea. Baja kimia biasanya mengandungi lebih tinggi kandungan nutrien, contohnya urea mengandungi 46% nitrogen berbanding dengan baja asli seperti tahi lembu yang mengandungi hanya 2% nitrogen.

manurebaja asli; bajaPerhutananTiadaTiada
manurebaja asli; bajaKejuruteraanTiadaTiada
manurebaja asli; bajaPertanianTiadaTiada
manurebaja asli; bajaPertanianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas