Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baja yg diperbuat dgn cara kimia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : baja yg dibuat drpd atau yg menggunakan bahan-bahan kimia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baja kimia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Chemical fertilizerBaja kimiaPertanianAgronomi

Baja yang berasaskan bahan kimia dan biasanya dihasilkan oleh kilang baja melalui proses kimia. Contohnya baja urea untuk membekal unsur nitrogen dihasilkan dengan kombinasi ammonia dengan karbon dioksida yang dilakukan di kilang urea. Baja kimia biasanya mengandungi lebih tinggi kandungan nutrien, contohnya urea mengandungi 46% nitrogen berbanding dengan baja asli seperti tahi lembu yang mengandungi hanya 2% nitrogen.

concentrated fertilizerbaja kimia pekatPertanianTiadaTiada
chemical fertilizerbaja kimiaPertanianTiadaTiada
chemical fertilizerbaja kimiaPertanianTiadaTiada
complete chemical fertilizerbaja kimia lengkapPertanianTiadaTiada
mixed fertilizerbaja campuranBiologiEkologiBaja yang terdiri daripada dua unsur baja atau lebih, misalnya baja organik dan baja kimia. Umumnya penggunaan baja campuran yang tidak terkawal boleh menimbulkan masalah persekitran, seperti pencemaran tali air.
nutrient balancekeseimbangan nutrienPertanianAgroteknologiPerbezaan antara nutrien (termasuk baja asli atau baja kimia) yang memasuki sesuatu ladang dengan nutrien yang dikeluarkan dari ladang itu melalui hasil tanaman yang dituai. Keadaan yang terbaik ialah apabila tidak ada perbezaan antara nutrien yang masuk dengan nutrien yang keluar. Sekiranya nutrien yang dikeluarkan lebih banyak daripada nutrien yang masuk, keadaan tanah akan mengalami kemerosotan nutrien dan hasil tanaman akan berkurangan. Sebaliknya, sekiranya nutrien yang masuk lebih banyak daripada yang ke luar, maka pembaziran nutrien akan berlaku, serta boleh menyebabkan terjadinya pencemaran tanah dan pencemaran air akibat nutrien yang berlebihan.
fertilizer industryindustri bajaEkonomiTiadaIndustri dalam pengeluaran baja kimia dan sebagainya untuk kegunaan tanaman.
salt accumulationpenimbunan garamPertanianAgroteknologiProses yang berlaku apabila garam galian terkumpul pada bahagian atas tanah disebabkan oleh penggunaan baja kimia yang berlebihan atau pengairan tanaman yang membawa garam dari bawah tanah ke lapisan atas. Proses ini menyebabkan tanah menjadi masin dan menjejaskan pertumbuhan tanaman.
controlled release fertilizerbaja pelepasan terkawalPertanianAgronomi

Baja kimia yang diolah supaya nutrien yang terkandung dalam baja dibebaskan secara perlahan-lahan agar kesan baja berpanjangan. Baja jenis ini biasanya disalut dengan bahan polimer seperti gelatin, supaya mineral seperti nitrogen, fosforus dan kalium yang terkandung dalam baja tersebut tidak mudah larut. Apabila gelatin mula hancur, mineral akan beransur-ansur dibebaskan dan larut dalam air tanah untuk diserap oleh akar tumbuhan. Selain gelatin, bahan yang digunakan dengan berkesan untuk melewatkan pelepasan nutrien ialah zeolit, sejenis batuan yang mengandungi banyak ruang udara. Tujuan penggunaan baja pelepasan terkawal adalah untuk mengelakkan pembaziran baja dengan menghalang pembebasan terlalu cepat yang menyebabkan nutrien berlebihan dilepaskan dan mencemar keadaan persekitaran.

12345

Kembali ke atas