Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ji] | باجي

Definisi : 1. kayu (besi) lancip utk membelah kayu; 2. pasak utk merapatkan sesuatu (yg renggang); ~ dahan membelah dahan prb membuat kebajikan kpd orang dgn perbelanjaan orang itu sendiri; bersua ~ dgn matan = tahan ~ oleh keldai prb kuat sama kuat, berani sama berani;membaji 1. membelah dgn baji; 2. merapatkan (menguatkan) dgn baji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ji] | باجي

Definisi : pasak yg runcing hujungnya dan digunakan utk merenggangkan atau utk membelah sesuatu: Kapak ialah contoh ~ yg tepat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baji

Peribahasa

Bersua baji dengan matan.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan = teras.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berkenaan terjemahan nota kaki; 1. e.g. Abu Walid al-Baji al-Maliki (d. 474 A.H./1081 A.C.), apakah terjemahan untuk: i. 'd.' (meninggal) ii. 'A.H' (After Hijrah) iii. 'A.C' / 'A.D' (After Christ/Anno Domini) iv. 'p.' (page) v. 'B.C' (Before Christ) Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang betul ialah i. m. (mati) ii. TH (Tahun Hijrah) ii. TM (Tahun Masihi) iv. SM (Sebelum Masihi)Lain-lain29.12.2013
Selamat sejahtera. Apakah terdapat padanan untuk burung Budgerigar dalam bahasa Melayu? Bolehkah diterjemahkan sebagai Burung Baji atau Budgie? Terima kasih.Padanan istilah untuk nama burung tersebut dalam bahasa Melayu ialah "burung budgerigar". Tidak ada nama lain dalam bahasa Melayu selain itu.Istilah22.05.2020
Apakah terjemahan bagi perkataan "keystone"? Contoh penggunaan ayat: "The country is a leader in marine protection and has zero loss of keystone species."1. Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud keystone ialah 1. baji batu; 2. (fig.) asas, teras. Jika lihat kepada contoh ayat yang diberikan, terjemahan yang sesuai bagi keystone species ialah spesies asas.

Makna02.10.2017
1.tertarik dengan keindahan atau tertarik oleh keindahan? 2.menaikkan takhta atau menaiki takhta? 3.Saya ingin memohon 100 kesalahan tatabahasa,ejaan dan imbuhan 4.apakah maksud pembaji,saya tidak dapat mencari maksud perkataan ini di carian kata dbp.Untuk soalan 1.:
Kedua-duanya boleh digunakan

Untuk soalan 2.:
Yang betul ialah menaiki tahta

Untuk soalan 3.:
Pihak kami tidak memberikan perkhidmatan sebegini

Untuk soalan 4.:
Pembaji  -->  baji

baji pasak yg runcing hujungnya dan digunakan utk merenggangkan atau utk membelah sesuatu: Kapak ialah contoh ~ yg tepat sekali.
Tatabahasa06.10.2014
Apakah maksud perkataan 'melecut' ? sertakan ayat contoh sekali.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna dan contoh ayat/frasa adalah seperti yang berikut:

bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk;

  • melecut

    1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan;
  • melecutkan

    1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan;
  • lecutan

    pukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat;
  • pelecut

    alat utk melecut, cambuk, cemeti.
Makna02.10.2009

Kembali ke atas