Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ji] | باجي

Definisi : 1. kayu (besi) lancip utk membelah kayu; 2. pasak utk merapatkan sesuatu (yg renggang); ~ dahan membelah dahan prb membuat kebajikan kpd orang dgn perbelanjaan orang itu sendiri; bersua ~ dgn matan = tahan ~ oleh keldai prb kuat sama kuat, berani sama berani;membaji 1. membelah dgn baji; 2. merapatkan (menguatkan) dgn baji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ji] | باجي

Definisi : pasak yg runcing hujungnya dan digunakan utk merenggangkan atau utk membelah sesuatu: Kapak ialah contoh ~ yg tepat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baji

Peribahasa

Bersua baji dengan matan.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan = teras.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dutchmanlensa pemendek; baji kasut (Belanda),KesenianTiadabaji kasut: Baji segi tiga yang diletak antara bahagian dalam dengan luar tapak kasut untuk keselesaan kaki pemakai. Juga digunakan sebagai lapisan untuk meninggikan tumit kasut dan boleh diubah suai.
cuneiformpepaku; kuneiform, tulisan bajiSejarahTiada2. Tulisan baji: Tulisan berbentuk baji yang digunakan pada tamadun Mesopotamia.
cuneiformpepaku; kuneiform, tulisan bajiKesenianTiada2. Tulisan baji: Tulisan berbentuk baji yang digunakan pada tamadun Mesopotamia.
pahat baji (Baj., Sam.)pahat baji (Baj., Sam.)KesenianTiadaPahat berbentuk baji, matanya berukuran 2 cm, berbadan bulat pipih seperti baji, digunakan untuk mengukir bahagian yang besar dan membuat garis pada ukiran.
adjusting wedgebaji pelarasPelayaranTiadaBaji khusus yang digunakan dalam operasi menaikkan kapal ke gelungsur lancar. Sinonim: baji lancar.
wedgebajiKimiaTiadaMesin ringkas yang digunakan untuk menggerakkan beban berat, biasanya ke atas, dengan menggunakan daya kenaan yang kecil. Baji dibentuk daripada bongkah kayu atau logam yang dua permukaan kerjanya condong di antara satu dengan yang lain dengan sudut yang kecil [Rajah B1]. Baji bertindak berdasarkan ciri geseran. Geseran pada permukaan-permukaan yang terlibat menyebabkan baji itu tertahan pada kedudukannya setelah ditolak masuk ke bawah suatu beban yang berat dan dengan itu menyokong baban itu pada kedudukan tersesar. Analisis baji merupakan topik asas dalam kajian tentang geseran kering.
wedgebajiMekanikGunaanMesin ringkas yang digunakan untuk menggerakkan beban berat, biasanya ke atas, dengan menggunakan daya kenaan yang kecil. Baji dibentuk daripada bongkah kayu atau logam yang dua permukaan kerjanya condong di antara satu dengan yang lain dengan sudut yang kecil [Rajah B1]. Baji bertindak berdasarkan ciri geseran. Geseran pada permukaan-permukaan yang terlibat menyebabkan baji itu tertahan pada kedudukannya setelah ditolak masuk ke bawah suatu beban yang berat dan dengan itu menyokong baban itu pada kedudukan tersesar. Analisis baji merupakan topik asas dalam kajian tentang geseran kering. RAJAH B1 (rujuk ms. 7)
step wedgebaji jenjangTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBaji yang digunakan dalam kaedah radiografi industri untuk menentukan kualiti punca sinaran dan pemprosesan filem. Baji jenjang juga merupakan salah satu peralatan yang digunakan untuk membina carta dedahan dan mengawal kualiti radiograf yang terhasil.
angle beam wedgebaji alur sesudutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikBaji yang digunakan pada prob ultrasonik untuk menghasilkan pancaran ultrasonik sesudut. Baji ini boleh dibina untuk sudut 45°, 60°dan 70° dalam keluli.
wedge gate valveinjap pintu bajiKejuruteraanKejuruteraan MekanikInjap yang menggunakan penutup berbentuk baji untuk menutup dan membuka laluan aliran. Penutup baji biasanya digerakkan secara gelangsar pada dudukan dengan bantuan batang skru dan roda tangan. Penggerak berkuasa elektrik, pneumatik dan hidraulik boleh digunakan untuk membuka injap bersaiz besar. Injap ini kerap digunakan sebagai injap henti kerana sangat kedap ketika tertutup penuh.
12345678910...

Kembali ke atas