Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ju] | باجو

Definisi : pakaian utk menutup badan; ~ alang baju kurung yg berlengan pendek; ~ anggerka ark baju dalam cara India; ~ antakesuma = ~ layang sl baju utk terbang; ~ antari = ~ lantari ark baju spt baju anggerka (cara Arab); ~ ayat = ~ pelias ark baju belah yg berazimat; ~ bajang = ~ bersayap ark baju belah yg menyerupai ekor burung layang-layang; ~ basterop Id baju yg tidak ada kolar dan lengan; ~ belah bakung ark baju yg berlengan pendek (berbelah di bahu); ~ belah benian = ~ bunian sj baju belah; ~ belah Bentan = ~ Bentan = ~ Mintan ark baju belah yg pergelangan lengannya berbelah; ~ besi baju drpd besi (dipakai dlm peperangan); ~ beskat = ~ weskot baju yg dipakai di bawah baju kot; ~ bidadar ark baju kot pengantin baru; ~ bakdung ark baju yg berbutang di belakang; ~ Cina baju potongan Cina; ~ dalam anak baju; ~ hujan sj baju labuh drpd bahan kalis air, mis plastik yg dipakai utk melindungi seseorang drpd dibasahi air hujan; ~ jas Id kot; ~ (kanji) perak = ~ kanji perap = ~ kain jiperak ark anak baju; ~ Johor a) baju Melayu yg tidak berkolar; b) baju kurung; ~ kebaya baju perempuan, yg pendek dan berbelah di bahagian dada; ~ kemeja baju potongan Eropah; ~ kepuk baju yg berleher tinggi; ~ kuntum sj baju potongan Melayu; ~ kurung baju yg tidak berbelah dada; ~ kutang anak baju (perempuan); ~ maskat ark baju dalam yg diikatkan di belakang; ~ Melayu baju laki-laki potongan Melayu; ~ monyet Id sj baju anak-anak (baju dan seluar bersambung); ~ panas a) = ~ sejuk b) anak baju; ~ pendapan = ~ pendepan = ~ pendipun = ~ mendipun = ~ jipun ark baju Sumatera yg dihiasi bunga drpd emas perada; ~ pesak sebelah ark baju belah yg dadanya dua lapis; ~ pokok ark baju belah yg tidak berlengan; ~ rantai sj baju besi drpd rantai kecil-kecil; ~ sejuk = ~ panas baju yg dipakai utk memanaskan badan; ~ seroja = ~ teratai ark baju Sumatera yg berbunga benang emas; ~ sikap sj baju Jawa berlengan panjang; ~ songsong barat sl baju antakesuma; ~ tapung sj baju Bugis; ~ Teluk Belanga baju Melayu; ~ toro ark baju Jawa yg dipakai oleh pelayan; ~ indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putus dan tidak boleh dibanding lagi; bagai memakai ~ sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri; mengukur ~ di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat orang lain); mencabik ~ di dada prb meceritakan aib sendiri;berbaju memakai baju;membajui mengenakan (memakai) baju kpd: ~ boneka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ju] | باجو

Definisi : pakaian utk menutup bahagian badan sebelah atas atau kadang-kadang juga utk menutup seluruh tubuh: ~ dalam; ~ hujan; ~ mandi; ~ tidur dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baju

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
celobe[tS«.l.bE]kata adjektifberkenaan baju atau kain yang koyak rabak.Ore tuo tu paka baju celobe jah.[.ÄE tu.w tu pA.kA bA.dZu tS«.l.bE dZAh]Orang tua itu memakai baju yang koyak rabak sahaja.
glu-gleh[glu.glE)h]kata adjektifberkenaan baju, seluar dan lain-lain yang terlalu longgar.Baju ambo longga glu-gleh doh, jok kuruh ni.[bA.dZu Am.b lN.gA glu.glEh dh dZ/ ku.Äuh ni]Baju saya ni dah terlalu longgar, sejak kurus ni.
ko’uh[k/.uh]kata adjektifberkenaan makanan, baju dan lain-lain yang berbau hapak.Baju mung ni bau ko’uh, tok rajeng basoh ko?[gi bA.soh gA/ mu.k tu nA.p/ klA.ÄiN dZAh]Pergi basuh muka tu, nampak kotor sahaja.
ija pekok[i.dZA p:«.k/] terlalu hijau.Kala baju mung ija pekok.[kA.lA bA.dZu muN i.dZA p:«.k/]Warna baju kamu hijau pekat.
toksong[t/.soN]kata adjektifberkenaan sesuatu yang tidak sesuai langsung.Baju tu toksong lasong denge mung.[bA.dZu tu t/.soN lA.soN d«.NE muN]Baju tu tak sesuai langsung dengan kamu.
sejulong[s«.dZu.loN]kata namasuatu masa.Baju peseng ni, soho bena sejulong ari tu.[bA.dZu pE.sEN ni s:.h b«.nA s«.dZu.loN A.Äi tu]Baju fesyen ini sangat terkenal suatu masa dahulu.
cema celoteng[tS«.mA tS«.l.tEN] terlampau kotor.Baju budok tu cema celoteng pasa maeng seluk.[bA.dZu bu.d/ tu tS«.mA tS«.l.tEN pA.sA m:AeN s«.lu/]Baju budak tu terlampau kotor kerana bermain lumpur.
petik sawo[p:«.ti/ sA.w] bintik-bintik hitam pada pakaian.Baju mung napok petik sawo, tok basoh koh?[bA.dZu muN nA.p/ p:«.ti/ sA.w t/ bA.sh kh]Baju kamu nampak berbintik-bintik hitam, tak basuhkah?
samo sendak[sA.m s«n.dA/] berkenaan dengan pakaian yang bersesuaian, berpadanan.Baju ni samo sendak doh denge mung.[bA.dZu ni sA.m s«n.dA/ dh d«.NE muN]Baju ni dah sesuai dengan kamu.
pecakp«.tSA/]kata kerjamenanggalkan (pakaian, kasut dan lain-lain), membuka.Tulong gi pecak baju tu, busuk kohong.[tu.loN gi p«.tSA/ bA.dZu tu bu.su/ k:.hoN]Tolong pergi tanggalkan baju tu, baunya terlalu busuk.
12

Kembali ke atas