Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ju] | باجو

Definisi : pakaian utk menutup badan; ~ alang baju kurung yg berlengan pendek; ~ anggerka ark baju dalam cara India; ~ antakesuma = ~ layang sl baju utk terbang; ~ antari = ~ lantari ark baju spt baju anggerka (cara Arab); ~ ayat = ~ pelias ark baju belah yg berazimat; ~ bajang = ~ bersayap ark baju belah yg menyerupai ekor burung layang-layang; ~ basterop Id baju yg tidak ada kolar dan lengan; ~ belah bakung ark baju yg berlengan pendek (berbelah di bahu); ~ belah benian = ~ bunian sj baju belah; ~ belah Bentan = ~ Bentan = ~ Mintan ark baju belah yg pergelangan lengannya berbelah; ~ besi baju drpd besi (dipakai dlm peperangan); ~ beskat = ~ weskot baju yg dipakai di bawah baju kot; ~ bidadar ark baju kot pengantin baru; ~ bakdung ark baju yg berbutang di belakang; ~ Cina baju potongan Cina; ~ dalam anak baju; ~ hujan sj baju labuh drpd bahan kalis air, mis plastik yg dipakai utk melindungi seseorang drpd dibasahi air hujan; ~ jas Id kot; ~ (kanji) perak = ~ kanji perap = ~ kain jiperak ark anak baju; ~ Johor a) baju Melayu yg tidak berkolar; b) baju kurung; ~ kebaya baju perempuan, yg pendek dan berbelah di bahagian dada; ~ kemeja baju potongan Eropah; ~ kepuk baju yg berleher tinggi; ~ kuntum sj baju potongan Melayu; ~ kurung baju yg tidak berbelah dada; ~ kutang anak baju (perempuan); ~ maskat ark baju dalam yg diikatkan di belakang; ~ Melayu baju laki-laki potongan Melayu; ~ monyet Id sj baju anak-anak (baju dan seluar bersambung); ~ panas a) = ~ sejuk b) anak baju; ~ pendapan = ~ pendepan = ~ pendipun = ~ mendipun = ~ jipun ark baju Sumatera yg dihiasi bunga drpd emas perada; ~ pesak sebelah ark baju belah yg dadanya dua lapis; ~ pokok ark baju belah yg tidak berlengan; ~ rantai sj baju besi drpd rantai kecil-kecil; ~ sejuk = ~ panas baju yg dipakai utk memanaskan badan; ~ seroja = ~ teratai ark baju Sumatera yg berbunga benang emas; ~ sikap sj baju Jawa berlengan panjang; ~ songsong barat sl baju antakesuma; ~ tapung sj baju Bugis; ~ Teluk Belanga baju Melayu; ~ toro ark baju Jawa yg dipakai oleh pelayan; ~ indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putus dan tidak boleh dibanding lagi; bagai memakai ~ sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri; mengukur ~ di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat orang lain); mencabik ~ di dada prb meceritakan aib sendiri;berbaju memakai baju;membajui mengenakan (memakai) baju kpd: ~ boneka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ju] | باجو

Definisi : pakaian utk menutup bahagian badan sebelah atas atau kadang-kadang juga utk menutup seluruh tubuh: ~ dalam; ~ hujan; ~ mandi; ~ tidur dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baju

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
brassieren coli, anak baju, baju dalam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
superfluous 2. unnecessary, tdk diperlukan: remove those ~ clothes from the suitcase, keluarkan baju-baju yg tdk diperlukan drpd beg pakaian itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bodicen 1. upper part of woman’s dress, badan baju; 2. (woman’s undergarment) anak baju, baju dalam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bargainn 1. good buy, murah (harganya): these shirts are a ~, baju-baju ini murah harganya; it’s certainly a ~ at that price, barang tersebut memanglah murah dgn harga itu; 2. agreement, perjanjian, persetujuan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tubn 1. wide circular container, besen: she soaked the clothes in the ~, dia merendam baju-baju itu dlm besen;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dressvt 1. put clothes on, mengenakan /baju, pakaian/, memakaikan baju pd, memakaikan [sso] baju: her four-year old daughter was busy ~ing her doll, anak perempuannya yg berumur empat tahun itu sedang asyik mengenakan pakaian pd anak patungnya or memakaikan anak patungnya baju; ~ os, (act.), /memakai baju, mengenakan pakaian/ sendiri; (pass.) memakai baju, mengenakan /baju, pakaian/, berpakaian : she is not old enough to ~ herself, dia masih kecil lagi dan belum pandai mengenakan pakaiannya sendiri; why aren’t you ~ed yet?, kenapa kamu belum mengenakan pakaian lagi?; 2. a. provide (os, so.) with clothes, memberikan pakaian: they could not afford to ~ the children in expensive clothes, mereka tdk mampu memberikan pakaian yg mahal utk anak-anak mereka; b. choose clothes for, memakaikan: she ~es the twins alike, dia memakaikan anak kembarnya pakaianKamus Inggeris-Melayu Dewan
freeze4. cause to become fixed because of frost, (act.) menyebabkan melekat [pd sst] krn ais; (pass.) terlekat [pd sst] disebabkan ais: the clothes were frozen to the line, baju-baju itu terlekat pd tali penyidai disebabkan ais; 5. preserve by process of freezing, mendinginbekukan; 6. cause to feel cold, (act.) menyebabkan kesejukan; (pass.) kesejukan: we were hungry and frozen when we arrived, kami kelaparan dan kesejukan apabila kami sampai di situ;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
offer~ of marriage, lamaran; on ~, a. available for sale etc, ditawarkan: the house is still on ~, rumah itu masih ditawarkan; b. be put up for sale at a reduced price, ditawarkan dgn harga murah: only these dresses are on ~, cuma baju-baju ini sahaja yg ditawarkan dgn harga murah; open to ~s, sedia menerima tawaran yg berpatutan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dressvi 1. choose, provide os with clothes, berpakaian: she ~es elegantly, dia sentiasa berpakaian anggun; 2. put on clothes, mengenakan /pakaian, baju/, memakai baju: he ~ed quickly and ran outside to the waiting car, dia mengenakan pakaian dgn cepat dan berlari keluar ke arah kereta yg sedang menunggu; 3. put on formal or evening dress, memakai pakaian malam: are we required to ~ for dinner?, adakah kami dikehendaki memakai pakaian malam utk makan malam?; 4. (mil.) form straight line, berbaris;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
suit 2. set of clothing for a particular activity, baju: she was in her bathing ~, dia memakai baju mandi; a small boy in a sailor ~, seorang budak lelaki yg memakai baju kelasi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas