Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ju] | باجو

Definisi : pakaian utk menutup badan; ~ alang baju kurung yg berlengan pendek; ~ anggerka ark baju dalam cara India; ~ antakesuma = ~ layang sl baju utk terbang; ~ antari = ~ lantari ark baju spt baju anggerka (cara Arab); ~ ayat = ~ pelias ark baju belah yg berazimat; ~ bajang = ~ bersayap ark baju belah yg menyerupai ekor burung layang-layang; ~ basterop Id baju yg tidak ada kolar dan lengan; ~ belah bakung ark baju yg berlengan pendek (berbelah di bahu); ~ belah benian = ~ bunian sj baju belah; ~ belah Bentan = ~ Bentan = ~ Mintan ark baju belah yg pergelangan lengannya berbelah; ~ besi baju drpd besi (dipakai dlm peperangan); ~ beskat = ~ weskot baju yg dipakai di bawah baju kot; ~ bidadar ark baju kot pengantin baru; ~ bakdung ark baju yg berbutang di belakang; ~ Cina baju potongan Cina; ~ dalam anak baju; ~ hujan sj baju labuh drpd bahan kalis air, mis plastik yg dipakai utk melindungi seseorang drpd dibasahi air hujan; ~ jas Id kot; ~ (kanji) perak = ~ kanji perap = ~ kain jiperak ark anak baju; ~ Johor a) baju Melayu yg tidak berkolar; b) baju kurung; ~ kebaya baju perempuan, yg pendek dan berbelah di bahagian dada; ~ kemeja baju potongan Eropah; ~ kepuk baju yg berleher tinggi; ~ kuntum sj baju potongan Melayu; ~ kurung baju yg tidak berbelah dada; ~ kutang anak baju (perempuan); ~ maskat ark baju dalam yg diikatkan di belakang; ~ Melayu baju laki-laki potongan Melayu; ~ monyet Id sj baju anak-anak (baju dan seluar bersambung); ~ panas a) = ~ sejuk b) anak baju; ~ pendapan = ~ pendepan = ~ pendipun = ~ mendipun = ~ jipun ark baju Sumatera yg dihiasi bunga drpd emas perada; ~ pesak sebelah ark baju belah yg dadanya dua lapis; ~ pokok ark baju belah yg tidak berlengan; ~ rantai sj baju besi drpd rantai kecil-kecil; ~ sejuk = ~ panas baju yg dipakai utk memanaskan badan; ~ seroja = ~ teratai ark baju Sumatera yg berbunga benang emas; ~ sikap sj baju Jawa berlengan panjang; ~ songsong barat sl baju antakesuma; ~ tapung sj baju Bugis; ~ Teluk Belanga baju Melayu; ~ toro ark baju Jawa yg dipakai oleh pelayan; ~ indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putus dan tidak boleh dibanding lagi; bagai memakai ~ sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri; mengukur ~ di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat orang lain); mencabik ~ di dada prb meceritakan aib sendiri;berbaju memakai baju;membajui mengenakan (memakai) baju kpd: ~ boneka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ju] | باجو

Definisi : pakaian utk menutup bahagian badan sebelah atas atau kadang-kadang juga utk menutup seluruh tubuh: ~ dalam; ~ hujan; ~ mandi; ~ tidur dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baju

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
baju praq[bA.dZu pÒA)Ö] baju T tanpa kolar, berwarna putih, nipis dan diperbuat daripada kain kapas.Aku bawak tiga lai saja baju praq masa pi Mekah.[A.ku bA.wA/ ti.gA lAj sA.dZA bA.dZu pÒA)Ö mA.sA pi m«.kAh]Saya bawa tiga helai sahaja baju praq semasa pergi ke Mekah.
memeri[m«.m«.Òi]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang menganjalLepaih basoh baju ni dia mola memeri.[l«.pAC bA.soh bA.dZu ni di.jA m.lA m«.m«.Òi]Selepas dibasuh baju ini, baju ini mula menganjal.
kancin praq[kAn.tSin pÒA)Ö] baju T berbutang tiga tanpa kolar berwarna putih, nipis dan diperbuat daripada kain kapas.Tok wan pakai baju kancin praq dengan kot cendoi.[to/ wAn pA.kAj bA.dZu kAn.tSin pÒA)Ö d«.NAn kot tSEn.doj]Datuk pakai baju kancin praq dan kot lusuh.
serelom[s«.Ò«.lom]kata kerja1. menyarung sesuatu daripada atas kepala (seperti baju, kain, songkok dan sebagainya)Orang pakai baju melayu kena serelom pasai dia tak dak butang.[o.ÒAN pA.kAj bA.dZu m«.lA.ju k«.nA s«.Ò«.lom pA.sAj di.jA tA dA bu.tAN]Orang memakai baju Melayu perlu menyarungnya daripada atas kepala sebab tidak berbutang.
kata adjektif[m«.Ò«.lit.m«.Ò«.lAp]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang bersinar-sinar, seperti lampu, baju dan lain-lain yang terkena cahaya.Penyanyi-penyanyi suka pakai baju merelit-merelap.[p«.øA.øi. p«.øA.øi su.kA pA.kAj bA.dZu m«.Ò«.lit.m«.Ò«.lAp]Penyanyi-penyanyi suka memakai baju yang bersinar-sinar.
   3. terlalu buruk.Baju ni dah laeh sangat, baek buat kaen burok[bA.dZu ni dAh lA.eh sA.NAt bAe/ bu.wAt kAen bu.Òo/]Baju ini sangat buruk, elok dibuat kain buruk.
biru[bi.Òu]kata namaalmari pakaian.Orang boh baju dalam biru.[0o.ÒAN boh bA.dZu dA.lAm bi.Òu]Orang menyimpan baju dalam almari.
tokai[to.kAj]kata kerjacubaHang tokai dulu baju ni baru beli.[hAN to.kAj du.lu bA.dZu ni bA.Òu b«.li]Awak cuba dulu baju ini baru beli.
sat[sAt]kata tugassebentarTunggu sat aku nak tukaq baju.[tuN.gu sAt A.ku nA tu.kA)Ö bA.dZu]Tunggu sebentar saya hendak menukar baju.
co[tS]kata tugascubaCo terai, tah-tah baju ni celuih lagi.[tS t«.ÒAj tAh.tAh bA.dZu ni tS«.luC lA.gi]Cuba awak pakai, entah-entah baju ini muat lagi.
123

Kembali ke atas