Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ju] | باجو

Definisi : pakaian utk menutup badan; ~ alang baju kurung yg berlengan pendek; ~ anggerka ark baju dalam cara India; ~ antakesuma = ~ layang sl baju utk terbang; ~ antari = ~ lantari ark baju spt baju anggerka (cara Arab); ~ ayat = ~ pelias ark baju belah yg berazimat; ~ bajang = ~ bersayap ark baju belah yg menyerupai ekor burung layang-layang; ~ basterop Id baju yg tidak ada kolar dan lengan; ~ belah bakung ark baju yg berlengan pendek (berbelah di bahu); ~ belah benian = ~ bunian sj baju belah; ~ belah Bentan = ~ Bentan = ~ Mintan ark baju belah yg pergelangan lengannya berbelah; ~ besi baju drpd besi (dipakai dlm peperangan); ~ beskat = ~ weskot baju yg dipakai di bawah baju kot; ~ bidadar ark baju kot pengantin baru; ~ bakdung ark baju yg berbutang di belakang; ~ Cina baju potongan Cina; ~ dalam anak baju; ~ hujan sj baju labuh drpd bahan kalis air, mis plastik yg dipakai utk melindungi seseorang drpd dibasahi air hujan; ~ jas Id kot; ~ (kanji) perak = ~ kanji perap = ~ kain jiperak ark anak baju; ~ Johor a) baju Melayu yg tidak berkolar; b) baju kurung; ~ kebaya baju perempuan, yg pendek dan berbelah di bahagian dada; ~ kemeja baju potongan Eropah; ~ kepuk baju yg berleher tinggi; ~ kuntum sj baju potongan Melayu; ~ kurung baju yg tidak berbelah dada; ~ kutang anak baju (perempuan); ~ maskat ark baju dalam yg diikatkan di belakang; ~ Melayu baju laki-laki potongan Melayu; ~ monyet Id sj baju anak-anak (baju dan seluar bersambung); ~ panas a) = ~ sejuk b) anak baju; ~ pendapan = ~ pendepan = ~ pendipun = ~ mendipun = ~ jipun ark baju Sumatera yg dihiasi bunga drpd emas perada; ~ pesak sebelah ark baju belah yg dadanya dua lapis; ~ pokok ark baju belah yg tidak berlengan; ~ rantai sj baju besi drpd rantai kecil-kecil; ~ sejuk = ~ panas baju yg dipakai utk memanaskan badan; ~ seroja = ~ teratai ark baju Sumatera yg berbunga benang emas; ~ sikap sj baju Jawa berlengan panjang; ~ songsong barat sl baju antakesuma; ~ tapung sj baju Bugis; ~ Teluk Belanga baju Melayu; ~ toro ark baju Jawa yg dipakai oleh pelayan; ~ indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putus dan tidak boleh dibanding lagi; bagai memakai ~ sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri; mengukur ~ di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat orang lain); mencabik ~ di dada prb meceritakan aib sendiri;berbaju memakai baju;membajui mengenakan (memakai) baju kpd: ~ boneka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ju] | باجو

Definisi : pakaian utk menutup bahagian badan sebelah atas atau kadang-kadang juga utk menutup seluruh tubuh: ~ dalam; ~ hujan; ~ mandi; ~ tidur dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baju

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sleevelengan bajuPentadbiran PerniagaanTiadaLengan baju: Bahagian baju yang menutupi lengan.
kancing bajukancing bajuKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok kancing baju.
bunga butangbunga butangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok kancing baju. kancing baju
circular knittingkaitan lingkarKesenianTiadaKaitan dalam bentuk berlingkar oleh mesin dan biasanya dibentuk atau dipotong untuk menjadi baju panas, baju kait dan sebagainya.
circular knittingkaitan lingkarPentadbiran PerniagaanTiadaKaitan dalam bentuk berlingkar oleh mesin dan biasanya dibentuk atau dipotong untuk menjadi baju panas, baju kait dan sebagainya.
hoodiebaju hudFesyenTiadaSejenis baju peluh atau jaket yang mempunyai penutup kepala yang terlekat pada bahagian belakang leher baju tersebut.
sewing kitkit jahitanPentadbiran PerniagaanTiadaKit yang mengandungi benang, jarum, butang, cangkuk baju dan pin baju untuk digunakan pada masa kecemasan.
hauberkbaju zirahKesenianTiadaBaju daripada besi atau rantai yang dipakai oleh tentera semasa perang.
coat of mailbaju zirahSejarahTiadaBaju daripada besi yang digunakan untuk mempertahankan diri.
hourglass silhouettebaju ala jam pasirKesenianTiadaBentuk baju wanita yang berpayu dara penuh, pinggang ramping dan pinggul yang terbentuk. Popular pada akhir abad ke-19, awal abad ke-20 dan pada tahun 1969-an hingga 1980-an.
12345678910...

Kembali ke atas