Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baju yg dipakai utk memanaskan badan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) = baju sejuk b) anak baju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,

Puisi
 

Bunga apa di dalam baju,
     Bunga nanas kelopak padi;
Jangan diharap kekasih aku,
     Dirasa panas hilang sekali.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Lama sudah merendam baju, Panas terik baru dijemur; Lama sudah kupendam rindu, Sayang adik tak mahu menegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tengah hari orang bertudung, Hari panas baju terbuka; Patahlah hati orang sekampung, Menteri ganas penghulu celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hari panas memakai payung, Pakai baju sutera putih; Walau bukan anak kandung, Ibu hanya menumpang kasih.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hari panas mencucuk benang, Benang menjahit baju kebaya; Air jernih lubuknya tenang, Jangan disangka tiada buaya.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Bunga apa di dalam baju, Bunga nanas kelopak padi; Jangan diharap kekasih aku, Dirasa panas hilang sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas