Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baju yg dipakai utk memanaskan badan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) = baju sejuk b) anak baju; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,

Puisi
 

Bunga apa di dalam baju,
     Bunga nanas kelopak padi;
Jangan diharap kekasih aku,
     Dirasa panas hilang sekali.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
baju panasbaju yg dipakai utk memanaskan badan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kardiganbaju panas yg dibuat drpd benang bulu yg dikait, biasanya tanpa kolar dan ber­butang di depan.Kamus Dewan Edisi Keempat
baju panasa) = baju sejuk b) anak baju;Kamus Dewan Edisi Keempat
singlet/singlét/ baju dalam utk lelaki; baju panas. bersinglet memakai sing­let: Dia cuma ~ semasa saya tiba.Kamus Pelajar Edisi Kedua
singlet /singlét/baju dalam utk lelaki; baju panas.Kamus Pelajar
melintang1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru mem­balut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);Kamus Dewan Edisi Keempat
bajupakaian utk menutup badan; ~ alang baju kurung yg berlengan pendek; ~ anggerka ark baju dalam cara India; ~ antakesuma = ~ layang sl baju utk terbang; ~ antari = ~ lantari ark baju spt baju anggerka (cara Arab); ~ ayat = ~ pelias ark baju belah yg berazimat; ~ bajang = ~ bersayap ark baju belah yg menyerupai ekor burung layang-layang; ~ basterop Id baju yg tidak ada kolar dan lengan; ~ belah bakung ark baju yg berlengan pendek (berbelah di bahu); ~ belah benian = ~ bunian sj baju belah; ~ belah Bentan = ~ Bentan = ~ Mintan ark baju belah yg pergelangan lengannya berbelah; ~ besi baju drpd besi (dipakai dlm peperangan); ~ beskat = ~ weskot baju yg dipakai di bawah baju kot; ~ bidadar ark baju kot pengantin baru; ~ bakdung ark baju yg berbutang di belakang; ~ Cina baju potongan Cina; ~ dalam anak baju; ~ hujan sj baju labuh drpd bahan kalis air, mis plastik yg dipakai utk melindungi seseorang drpd dibasahi air hujan; ~ jas Id kot; ~ (kanji) perak = ~ kanji perap = ~ kain jiperak ark anak baju; ~ Johor a) baju Melayu yg tidak berkolar; b) baju kurung; ~ kebaya baju perempuan, yg pendek dan berbelah di bahagian dada; ~ kemeja baju potongan Eropah; ~ kepuk baju yg berleher tinggi; ~ kuntum sj baju potongan Melayu; ~ kurung baju yg tidak berbelah dada; ~ kutang anak baju (perempuan); ~ maskat ark baju dalam yg diikatkan di belakang; ~ Melayu baju laki-laki potongan Melayu; ~ monyet Id sj baju anak-anak (baju dan seluar bersambung); ~ panas a) = ~ sejuk b) anak baju; ~ pendapan = ~ pendepan = ~ pendipun = ~ mendipun = ~ jipun ark baju Sumatera yg dihiasi bunga drpd emas perada; ~ pesak sebelah ark baju belah yg dadanya dua lapis; ~ pokok ark baju belah yg tidak berlengan; ~ rantai sj baju besi drpd rantai kecil-kecil; ~ sejuk = ~ panas baju yg dipakai utk memanaskan badan; ~ seroja = ~ teratai ark baju Sumatera yg berbunga benang emas; ~ sikap sj baju Jawa berlengan panjang; ~ songsong barat sl baju antakesuma; ~ tapung sj baju Bugis; ~ Teluk Belanga baju Melayu; ~ toro ark baju Jawa yg dipakai oleh pelayan; ~ indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putus dan tidak boleh dibanding lagi; bagai memakai ~ sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri; mengukur ~ di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat orang lain); mencabik ~ di dada prb meceritakan aib sendiri;berbaju memakai baju;membajui mengenakan (memakai) baju kpd: ~ boneka.Kamus Dewan Edisi Keempat
lintang1. lebar (sesuatu kawasan), lwn panjang atau bujur: kawasan itu luasnya 10 meter persegi, panjangnya 5 meter, berapakah jarak ~nya? 2. mengikut lebar sesuatu benda (garisan, potongan, dll), malang: keratan ~; kayu ~; 3. ark pemidang yg mengikut lebar sesuatu benda (daun pintu, tingkap, dll); ~ bujur a) garisan dr sudut ke sudut; b) pergi atau berlari ke segenap arah; ~-kedak tidak teratur (letak sesuatu dll); ~-pukang a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang; melintang 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru mem­balut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); melintangi 1. menghalangi, menyekat, merintangi; 2. memberi tentangan (kpd pendapat, fikiran orang, dll), membantah, menyangkal; melintangkan meletakkan (supaya) me­lintang, meletakkan mengikut lintang sesuatu benda: tegakkan sebatang silinder dan kemudian lintangkan pembaris di tepi silinder itu; terlintang 1. terletak melintang, dlm keadaan melintang: terbujur lalu, ~ patah; 2. terhalang, terintang, tertahan: siapa engkau yg ~ dihadapanku ini? lintangan sesuatu yg melintang, galangan, halangan; pelintangan perihal (perbuatan dsb) melin­tang atau melintangkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
merabakmengoyakkan, mencabik-cabik­kan: oleh terlalu panas hatinya, maka di­rabak­nya baju orang itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
rabakkoyak panjang atau besar, cabik-cabik; koyak ~ = rabik ~ banyak koyaknya; merabak mengoyakkan, mencabik-cabik­kan: oleh terlalu panas hatinya, maka di­rabak­nya baju orang itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas