Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kar] | باکر

Definisi : ; bahan ~ barang-barang yg akan dinyalakan (spt minyak tanah dsb); ikan ~ ikan panggang; kayu ~ kayu api; ~ tak berapi prb menaruh cinta tidak dgn sebenarnya; ~ tak berbau prb maksud jahat yg tersembunyi;membakar 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll);membakarkan membakar sesuatu utk: ia ~ anaknya ikan asin;terbakar 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya;kebakaran 1. kejadian sesuatu (rumah dll) yg sedang terbakar: ~ besar yg dahsyat telah berlaku pagi ini; 2. terbakar; ~ janggut Id bp bingung tidak keruan;pembakaran 1. perihal (perbuatan dsb) membakar: ~ mayat; 2. ark tempat membakar: ~ kapur;pembakar 1. orang yg kerjanya membakar sesuatu: ~ meriam; 2. yg membakar; bom ~ Id bom yg membakar; zat ~ Id oksigen; 3. (alat) yg digunakan utk membakar sesuatu: acuan ~ kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kar] | باکر

Definisi : ; bahan ~ sesuatu yg dibubuh ke dlm api (spt kayu, arang batu, minyak) utk membakar. pisang ~ pisang yg dimasak dgn cara membubuhnya ke dlm bara api; roti ~ roti yg dipanggang di api. membakar 1 memasang api pd sesuatu supaya hangus atau menyala; menyalakan sesuatu dgn api: Petang semalam, saya menolong ibu saya ~ sampah sarap di belakang rumah. 2 memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak: Kerana hujan, kami terpaksa ~ lemang di bawah rumah. 3 ki membangkitkan (perasaan marah, semangat dsb): mengorbankan: ~ hati; ~ semangat. terbakar sedang atau sudah dimakan api; habis dimakan api: Empat buah kedai telah ~ akibat api rokok. bakaran benda-benda yg dibakar, benda-benda yg terbakar: Asap dr ~ sampah itu berkepul-kepul naik ke langit. kebakaran bencana yg disebabkan oleh api; kerosakan oleh api: Satu ~ besar telah berlaku di kawasan yg padat penduduknya di bandar itu. pembakaran cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. pembakar 1 orang yg membakar: Orang pekak dijadikan ~ meriam. 2 sesuatu yg digunakan utk membakar: Usah ditarik sumbu ~ mercun itu! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakar

Puisi
 

Sapu tangan cindang berambu,
     Bakar akan cermin cinanya;
Jika sudah untung bertemu,
     Kita mendapat ia empunya.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bakar tak berbau.

Bermaksud :

Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burnoutbakar lebur; bakar habisKejuruteraanTiada1. Bakar lebur: Kerosakan teruk sesuatu bahagian bahan api akibat ketiadaan bahan dingin.,2. Bakar habis: Keadaan apabila kadar pertukaran atom gas terion melebihi kadar kemasukan atom neutral dalam radas termonuklear.
burn woundluka bakarPerubatanTiadaKecederaan akibat terkena haba, seperti api dan bahan kimia. Luka bakar darjah pertama dicirikan dengan kemerahan kulit, manakala luka bakar darjah kedua pula dicirikan dengan lecur dan lukar bakar darjah ketiga dicirikan dengan nekrosis pada keseluruhan bahagian dermis dan epidermis kulit. Luka bakar darjah pertama dan kedua disebut luka bakar separa, manakala luka bakar darjah ketiga disebut luka bakar penuh.
burnoutbakar lebur; bakar habis; rentungKomunikasiTiadaTiada
toastbakar; roti bakarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
live burningbakar basah; bakar terusPerhutananTiadaTiada
burn-in letteringhuruf bakar; penghurufan bakarGeografiTiadaTiada
anti-knock compoundsebatian antiketukKejuruteraanPetroleumSebarang bahan terutama sebatian kimia yang jika dicampurkan ke dalam bahan bakar enjin pembakaran adalah akan meningkatkan mutu antiketuk bahan bakar tersebut. Ini disebabkan dengan adanya bahan tersebut, letupan bahan bakar dapat dicegah kerana bahan tersebut akan menaikkan pengkadaran oktana bahan bakar sehingga bahan bakar berkenaan akan terbakar dengan sempurna. Contoh bahan yang umum digunakan ialah plumbum tetraetil.
octane ratingpengkadaran oktanaKejuruteraanPetroleumKaedah pengelasan gasolin atau bahan bakar berdasarkan mutu antiletupan di dalam enjin atau nombor oktana gasolin atau bahan bakar berkenaan. Jika gasolin atau bahan bakar tersebut mempunyai nombor oktana atau mutu pencegahan letupan yang tinggi maka ia akan diletakkan pada pengkadaran yang tinggi dan merupakan bahan bakar atau gasolin yang relatif kurang meletup apabila digunakan pada enjin terutama enjin pembakaran dalam.
charringpengemasan bakarKesenianTiadaPengemasan bakar: Pengemasan yang dibuat melalui proses pembakaran.
melba toastroti bakar melbaPentadbiran PerniagaanTiadaRoti bakar nipis yang berbentuk segi tiga.
12345678910...

Kembali ke atas