Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kau] | باکاو

Definisi : sj tumbuhan (pokok di pantai), berus, berus mata buaya, mata buaya, lenggadai, tumu, tengar, lenggadai putut, beus, bangkita, Rhizophora spp., Ceriops spp., Bruguiera spp.; jenis-jenisnya: ~ akik = ~ akit; ~ bakap = ~ belukap = ~ gelukap = ~ hitam = ~ jangkar = ~ kurap = ~ minyak dll; ~ bukit sj tumbuhan (pokok) di kawasan yg bergunung-gunung, Illicium cambodianum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kau] | باکاو

Definisi : nama sj pokok yg tumbuh di tepi-tepi pantai, Rhizophora spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakau

Puisi
 

Pokok berembang pokok bidara,
     Tumbang berpaut di dahan bakau;
Kalau tuah memang ada,
     Jatuh ke laut menjadi pulau.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bakaumangrovePokok yang tumbuh dalam air masin berlumpur di muara sungai. Ia mempunyai akar udara atau pneumatofor untuk pertukaran gas.Menengah Atas
paya bakaumangrove swampKawasan air tawar yang bertemu dengan kawasan air masin. Ia mempunyai tanah yang lembut dengan kepekatan garam yang tinggi dan kandungan oksigen yang rendah. Lihat RajahMenengah Atas
akar jangkangstilt rootAkar yang keluar mengunjur daripada pangkal pokok untuk menambah luas permukaan dasar sokongan. Contohnya, akar pokok bakau. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas