Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kau] | باکاو

Definisi : sj tumbuhan (pokok di pantai), berus, berus mata buaya, mata buaya, lenggadai, tumu, tengar, lenggadai putut, beus, bangkita, Rhizophora spp., Ceriops spp., Bruguiera spp.; jenis-jenisnya: ~ akik = ~ akit; ~ bakap = ~ belukap = ~ gelukap = ~ hitam = ~ jangkar = ~ kurap = ~ minyak dll; ~ bukit sj tumbuhan (pokok) di kawasan yg bergunung-gunung, Illicium cambodianum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kau] | باکاو

Definisi : nama sj pokok yg tumbuh di tepi-tepi pantai, Rhizophora spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakau

Puisi
 

Pokok berembang pokok bidara,
     Tumbang berpaut di dahan bakau;
Kalau tuah memang ada,
     Jatuh ke laut menjadi pulau.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bakaubakauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Bruguiera spp., Ceriops spp., dan Rhizophora spp. daripada famili Rhizophoraceae yang terdapat di hutan paya. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk berus, berus mata buaya, mata buaya, lenggadai, tumu, dan tengar dan di Sabah termasuk lenggadai putut, beus, dan bangkita. Gubal kayunya mempunyai pelbagai peringkat warna coklat, iaitu pada peringkat kekuningan hingga kepada peringkat keunguan, dan teras kayunya berwarna coklat kelabu dan coklat merah, tetapi menjadi lebih gelap apabila terdedah. Kayu bakau mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 835 hingga 1170 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras dan berat. Kayu ini sukar digergaji, diketam, dan dikeringkan. Kayu bakau biasanya berukuran kecil dengan garis pusat yang kurang daripada 15 cm. Kayu ini biasanya digunakan sebagai pancang, kayu jaras, kayu cerucuk, kayu api dan menghasilkan arang kayu, pulpa dan kertas.
sumping bakau(Ir.)sumping bakau(Ir.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk bunga bakau.
meranti bakaumeranti bakauPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea uliginosa daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah meranti paya dan meranti tenggelam, dan di Sabah ialah seraya buaya hantu. Gubal kayu meranti bakau berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan, tetapi tidak tahan dan sukar diawet. Kayu meranti bakau digunakan dalan kerja binaan ringan, pembuatan perabot, venir, dan papan lapis.
bakau pilecerucuk bakauKejuruteraanTiadaTiada
coastal mangrovehutan bakau pinggir lautGeografiTiadaHutan bakau yang dipengaruhi oleh kesan pasang surut laut.
mangrove swamppaya bakauGeologiTiadaPaya laut tropika atau subtropika yang dicirikan oleh pokok bakau yang amat banyak.
mangrovebakauBiologiEkologiTumbuhan yang hidup di dalam paya berlumpur di muara sungai atau di teluk pantai misalnya bakau kurap, Rhizophora spp.
mangrove foresthutan bakauPerhutananPengurusan HutanHutan paya laut yang lazimnya ditumbuhi oleh kayu daripada jenis kaum bakau.
stilt rootakar jangkangBiologiEkologiAkar yang menyokong pokok yang tumbuh dalam kawasan berpaya, misalnya bakau kurap, Rhizophora mucronata dalam paya bakau.
RhizophoraceaeRhizophoraceaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan penting yang terdapat di dalam hutan bakau. Beberapa spesies dalam famili ini terdapat juga di hutan pamah dan hutan bukit. Antara spesies kayu dagangan yang utama termasuk kayu bakau, meransi, membuluh, dan keruntum.
12345678

Kembali ke atas