Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ki] | باقي

Definisi : Ar kekal: Tuhan yg ~;®baqa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ki] | باقي

Definisi : 1. lebihan drpd sesuatu yg telah digunakan: ~ santan itu dicampurkan kemudian;2. jumlah yg tinggal (setelah ditolak); saki-~ yg masih ada lagi;berbaki mempunyai baki, berlebih: gajinya yg tiga puluh ringgit akan ~ lima belas kalau ia mengansur hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ki] | باقي

Definisi : IB dulang, talam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ki] | باقي

Definisi : apa-apa yg tinggal setelah dibahagikan; lebih: Wang yg diberikan oleh ayah semalam masih ada ~nya 15 sen. berbaki ada bakinya; berlebih: Wang saya ~ RM20.00 sesudah membayar hutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baki


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. 1. Wang baki atau baki wang betul? 2. Jika kedua-duanya betul maka apakah perbezaannya? Bolehkah tuan memberikan contoh untuk menerangkan perbezaan antara kedua-dua frasa nama tersebut. Sekian terima kasih.

Wang baki dan baki wang, kedua-duanya adalah betul dan mengikut konteks ayat yang digunakan. Sebagai satu frasa/istilah wang baki sama dengan wang kembali, iaitu lebihan yang dipulangkan setelah dibuat bayaran. Baki bermaksud lebihan dan boleh disandarkan pada kata nama yang lain termasuklah wang seperti baki wang membeli majalah diberikannya kepada budak itu. 

Tatabahasa02.08.2011
Dalam peruntukan di bawah ini, perkataan “opening balance” dan “closing balance” telah dipadankan dengan perkataan "baki permulaan" dan "baki penutup". Carian PRPM bagi perkataan "closing balance" adalah "baki penutup". Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "opening balance"? Dalam khidmat nasihat menunjukkan padanan "baki pembukaan". Namun, adakah ianya sesuai dalam konteks peruntukan ini atau terdapat padanan lain yang sesuai. (3) Jawatankuasa hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas 31 Disember setiap tahun, tetapi dalam mana-mana hal tidak lewat daripada 31 Mac tahun kewangan yang berikutnya, mengemukakan kepada Ketua Audit Negara penyata akaun yang menunjukkan baki permulaan, penerimaan ke dalam, pembayaran daripada dan baki penutup, akaun Kumpulan Wang bagi tahun itu. (3) The Committee shall as soon as possible after 31 December of each year, but in any case not later than 31 March of the following financial year, forward to the Auditor General the statement of accounts showing the opening balance of, receipts of, payments from and the closing balance of, the Fund for that year.Kami mencadangkan istilah "opening balance" diterjemahkan sebagai "baki permulaan", "baki bawa ke hadapan" atau "baki bawa ke depan". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah16.08.2021
Adakah sesuai terjemahan "Total Relationship Balance" (Perbankan) kepada "Jumlah Baki Hubungan"? Atau lebih sesuai diguna pakai "Jumlah Baki Minima"?Cadangan kami bagi Total Relationship Balance ialah Jumlah Baki Hubungan jika bersesuaian dengan konteks.Penyemakan dan penterjemahan25.12.2019
1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang 2) Opening Balance = Baki Pembukaan 3) Earned This Period = Memperoleh Tempoh Ini 4) Redeemed this Period = Menebus Tempoh ini 5) Available Balance=Baki Tersedia Mohon khidmat nasihat DBP untuk terjemahan berikut. Ini adalah untuk sektor perbankan. Terima Kasih1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang
2) Opening Balance = Baki Pembukaan
3) Earned This Period = Perolehan dalam tempoh ini.
4) Redeemed this Period = Penebusan dalam tempoh ini. 
5) Available Balance = Baki Tersedia
Cadangan terjemahan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
Penyemakan dan penterjemahan01.09.2015
Baki wang yang mereka punyai selepas membeli sebuah peti sejuk ialah RM40. Adakah "mereka punyai" betul dari segi tatabahasa?Semua golongan kata utama iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran_i untuk membentuk kata kerja. Akhiran -i membentuk kata kerja transitif. Jadi ayat "Baki wang yang mereka punyai selepas membeli sebuah peti sejuk ialah RM40" betul dari segi tatabahasa. Harap maklum.Tatabahasa29.09.2006
Salam sejahtera Tuan, Macam mana untuk merujuk kepada lagu atau bunyi yang seolah-olah masih kedengaran sungguhpun nyanyi itu sudah habis? Adakah 'baki lagu' itu sesuai digunakan untuk merujuk kepada keadaan sedemikian? Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, dalam data kami tiada maklumat mengenai baki lagu. Frasa yang boleh digunakan ialah penghujung lagu.Tatabahasa24.09.2013
Salam. Diharap pihak DBP dapat menegur pihak Institut Aminudin Baki (IAB) yang memaksa kami para pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia menggunakan istilah "Sistem Star Rating" dalam menyediakan dokumen rasmi. Ini berlawanan dengan dasar MBMMBI. Istilah ini adalah salah dalam BM dan BI.Hal ini kami ambil maklum untuk melaksanakan pemantauan dan disusul dengan nasihat dan teguran. Untuk makluman saudara, kami telah bertanyakan perkara ini kepada pihak Institut Aminudin Baki dan pihak tersebut mengakui penggunaan istilah Sistem Star Rating dalam organisasi tersebut.  Lain-lain05.04.2012
Saya telah memohon untuk menjadi Munsyi Sastera bagi mewakili institusi saya (Institut Aminuddin Baki) yang kini bertambah luas cawangannya iaitu di Sabah, Sarawak, Kedah, Genting dan Enstek Nilai. Kami di IAB ada menerbitkan majalah bercorak sastera seperti cerpen dan puisi. Oleh itu Munsyi Sastera amat diperlukan di institusi saya bagi memberikan apa juga bentuk nasihat yang diperlukan. Namun begitu sehingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang maklum balas.Saya telah memohon untuk menjadi Munsyi Sastera bagi mewakili institusi saya (Institut Aminuddin Baki) yang kini bertambah luas cawangannya iaitu di Sabah, Sarawak, Kedah, Genting dan Enstek Nilai. Kami di IAB ada menerbitkan majalah bercorak sastera seperti cerpen dan puisi. Oleh itu Munsyi Sastera amat diperlukan di institusi saya bagi memberikan apa juga bentuk nasihat yang diperlukan. Namun begitu sehingga kini saya masih lagi belum menerima sebarang maklum balas.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, mohon Puan Saadian menghubungi terus Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran iaitu Puan Siti Aisah Murad melalui talian 03-21479222, e-mel aisah@dbp.gov.my atau pegawainya Encik Mohd Jusoh Majid 03-2147 9216, e-mel jusoh@dbp.gov.my.
Lain-lain23.01.2014
“(Nah, Cis) ambil balik duit baki daripada membeli jajan tadi!” kata Fiza kepada abangnya. Adakah betul penggunaan kata seru nah di dalam ayat? Adakah ayat yang dibina betul? Mohon penjelasan.Terima kasih.Untuk makluman puan, Nah sekiranya digunakan dalam ayat ini membawa maksud kata utk mem­pelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah. Manakala, Cis pula ialah kata seru yang membawa maksud untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll).

Puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan ini, bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan.



Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Lain-lain21.05.2020
Saya berhasrat ingin memohon menjadi Munsyi Dewan bagi mewakili Institut Aminuddin Baki bagi membantu mereka dalam penambahbaikan penggunaan Bahasa Melayu dalam apa juga urusan. Dengan perlantikan saya sebagai Munsyi Dewan, dapatlah saya bertindak untuk membantu mereka dari segi ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Sebagai contoh, baru-baru ini, penggunaan aluan pengacara majlis dan ucapan aluan pengarah IAB telah digunakan agak kerap di Institusi kami. Oleh itu, saya ingin memperbetulkan apa yang telah menjadi kebiasaan. Walau bagaimanapun, saya bukan Munsyi Dewan dan saya tiada kuasa untuk memperbetulkannya. Sekian. Terima kasih.Iklan pengambilan Munsyi Dewan akan dikeluarkan sekiranya DBP berhasrat mengambil Munsyi Dewan bagi fasa seterusnya. Pengambilan Munsyi dewan akan diiklankan dalam akhbar utama berbahasa Melayu serta laman web DBP. Untuk maklumat lanjut, sila hubingi Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur melalui talian 03-21479000/01/02.Lain-lain03.12.2015
1234

Kembali ke atas