Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bak.té.ria] | بکتيريا

Definisi : (baktéria) organisma seni yg hidup dlm tanah, air, bahan organik atau badan tumbuh-tumbuhan dan haiwan, dan sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit; ~ denitrifikasi (Bio) bakteria tanah yg menukarkan nitrat kpd nitrit dan akhirnya kpd nitrogen dlm keadaan tanpa oksigen; ~ nitrifikasi (Bio) bakteria tanah yg mengoksidakan garam ammonium kpd nitrit, dan nitrit kpd nitrat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bak.té.ria] | بکتيريا

Definisi : /baktéria/ bermacam-macam jenis hidupan seni atau sel yg terdapat di mana-mana dan membiak dgn cepat (ada yg mendatangkan mudarat dan ada yg bermanfaat kpd manusia). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakteria


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bakteriofajbacteriophageVirus yang menyerang bakteria dan menjadikan bakteria sebagai perumah. Lihat RajahMenengah Atas
bakteriabacteriaHidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan boleh hidup di udara, air, tanah dan di dalam tumbuhan, haiwan dan manusia.Sekolah Rendah
bakteriabacteriaMikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria ialah organisma unisel, mempunyai dinding sel dan boleh hidup sebagai parasit atau saprofit.Menengah Rendah
bakteriabacteriaMikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria bersifat unisel, mempunyai dinding sel dan boleh bersifat autotrof parasit atau saprofit terhadap tumbuhan dan haiwan.Menengah Atas
basilusbacillusBakteria daripada genus Bacillus, yang berbentuk rod, biasanya boleh bergerak sendiri menggunakan flagelum. Lihat RajahMenengah Atas
lisislysisPemusnahan sel atau bakteria oleh lisin.Menengah Atas
penguraidecomposerOrganisma seperti kulat dan bakteria yang dapat menguraikan bahan organik daripada organisma yang telah mati atau bahan kumuh daripada organisma lain menjadi bahan tak organik ringkas.Menengah Rendah
toksintoxinBahan beracun yang terhasil daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit.Menengah Rendah
koleracholeraPenyakit cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria melalui air atau makanan tercemar. Penyakit ini dicirikan oleh muntah-muntah, kekejangan otot dan lesu.Menengah Rendah
antibiotikantibioticBahan kimia yang dihasilkan oleh kulat dan bakteria, yang dapat memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma lain. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan penyakit. Contohnya, penisilin, streptomisin dan kloromisin.Menengah Rendah
1234

Kembali ke atas