Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bak.té.ria] | بکتيريا

Definisi : (baktéria) organisma seni yg hidup dlm tanah, air, bahan organik atau badan tumbuh-tumbuhan dan haiwan, dan sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit; ~ denitrifikasi (Bio) bakteria tanah yg menukarkan nitrat kpd nitrit dan akhirnya kpd nitrogen dlm keadaan tanpa oksigen; ~ nitrifikasi (Bio) bakteria tanah yg mengoksidakan garam ammonium kpd nitrit, dan nitrit kpd nitrat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bak.té.ria] | بکتيريا

Definisi : /baktéria/ bermacam-macam jenis hidupan seni atau sel yg terdapat di mana-mana dan membiak dgn cepat (ada yg mendatangkan mudarat dan ada yg bermanfaat kpd manusia). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakteria


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bactericideracun bakteriaKimiaBiokimiaAgen pembunuh bakteria, terutamanya bakteria penyakit. Kemampuan agen ini bergantung pada jenisnya dan jenis bakteria itu sendiri. Kebanyakan racun bakteria membunuh bakteria biasa dan tidak membunuh bakteria berspora atau bakteria tetanus.
broad spectrum antibioticantibiotik spektrum luasPerubatanFarmakologi

Antibiotik yang mempunyai kemampuan membunuh atau menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria seperti bakteria gram positif, bakteria gram negatif dan bakteria atipikal. Kumpulan antibiotik ini berguna untuk rawatan empirikal sebelum agen penyebab dikenal pasti. Antibiotik kumpulan ini boleh menyebabkan kematian bakteria yang membentuk flora normal di dalam usus, meningkatkan risiko jangkitan organisma oportunis dan penghasilan organisma kebal. Contoh antibiotik spektrum luas ialah Ampicilin dan Tetracycline.

transductiontransduksiBioteknologiTiadaPemindahan gen bakteria daripada satu bakteria kepada bakteria yang lain oleh faj. terutama bakteriofaj.
bacteriostaticbakteriostatikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan merencat pertumbuhan danpembiakan bakteria tanpa membunuh bakteria tersebut. 2. Agen yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria. Agen ini merencat pertumbuhan danpembiakan bakteria tanpa membunuh bakteria tersebut. Agen bakteriostatik perlu bekerjasama dengan sistem imun untukmemastikan keberkesanannya. Contoh agen ini ialah tetrasiklina, sulfonamida, spektinomisin, trimetoprim,kloramfenikol, makrolida dan linkosamida.
narrow spectrum antibioticantibiotik spektrum sempitPerubatanTiadaKumpulan antibiotik yang hanya berkesan kepada jenis bakteria yang khusus seperti bakteria Gram positif atau bakteria Gram negatif sahaja. Setelah diketahui bakteria penyebab, penggunaan antibiotik ini akan mengurangkan risiko jangkitan oportunistik dan penghasilan organisma kebal. Walau bagaimanapun, antibiotik kumpulan ini tidak sesuai untuk rawatan empirikal. Contoh antibiotik spektrum sempit ialah Penicillin, Vancomycin dan Gentamicin.
bacteriodbakteriodBiologiMikrobiologi1. Sifat yang menyerupai bakteria. 2. Bakteria yang berubah bentuk selepas mengalami sesuatu proses. Misalnya Rhizobium yang berbentuk batang, menjadi batang besar yang bercabang setelah menjangkiti akar tumbuhan kekacang.
EMB agaragar-agar EMBBiologiGenetikMedium pertumbuhan yang kompleks untuk pengecaman koloni bakteria muatan tertentu. Medium ini mengandungi eosin dan metilena biru iaitu dua pewarna sensitif pH, serta gula seperti laktosa. Misalnya, dalam pengecaman koloni bakteria lac+, bakteria lac+ akan memetabolismekan laktosa secara oksidatif dan mengeluarkan ion hidrogen ke dalam agar-agar dan ini akan merendahkan pH, dan menyebabkan pewarna agar-agar bertukar menjadi warna ungu tua. Bagi koloni bakteria lac- pula, bakteria ini menggunakan asid amino sebagai sumber tenaga untuk mengeluarkan NH3, yang akan meningkatkan pH yang akan menyahwarna pewarna untuk menghasilkan koloni berwarna putih.
bacteriotoxinbakteriotoksinPerubatanTiada1. Sebarang toksin yang dihasilkan oleh bakteria. 2. Toksin yang meracuni bakteria. Sin: toksin bakteria
sexductionseksduksiBioteknologiTiadaPemindahan serpihan bahan genetik bersama dengan faktor kesuburan (Faktor F) dari satu bakteria ke bakteria yang lain.
bacterial resistancekekebalan bakteriaPerubatanTiadaKeupayaan bakteria untuk menghalang kesan antibiotik terhadap selnya melalui pelbagai mekanisme yang kompleks. Penghasilan kekebalan diaruhkan oleh penggunaan antibiotik yang banyak tanpa tatacara yang betul. Kekebalan ini menyebabkan rawatan jangkitan bakteria menjadi lebih sukar dan memerlukan penggunaan antibiotik yang baru dan mahal. Kekebalan bakteria boleh dihalang dengan menggunakan antibiotik secara bijak. Sinonim resistan bakteria.
12345678910...

Kembali ke atas