Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas (tempat menaruh barang) yg dianyam (drpd rotan, buluh, dll), keranjang;~ tepak Kl bakul yg tiada mempunyai bucu;membakulkan membuang atau memasukkan ke dlm bakul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : Jw perempuan yg berniaga secara kecil-kecilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.kul] | باکول

Definisi : bekas yg dianyam drpd rotan, bilah dsb utk tempat mengisikan sesuatu: ~ sampah bekas tempat membuang sampah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bakul

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a) Pekerja memetik daun teh. b) Pekerja memasukkan daun teh ke dalam bakul. (lalu) Ayat Majmuk: 1) Pekerja memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul. 2) Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul."Tatabahasa09.10.2013
Minta pandangan pihak tuan untuk ayat ini: Puan Erma sangat kreatif dalam menganyam bakul.Ayat "Puan Erma sangat kreatif dalam menganyam bakul" tidak gramatis. Perkataan "menganyam" digunakan untuk "mengkuang, pandan, buluh atau rotan". Contohnya "menganyam mengkuang untuk dijadikan bakul" dan lain-lain.Tatabahasa25.02.2015
Salam sejahtera. Ayat yang berikut betul? (1) Siti mengutip rambutan lalu memasukkannya ke dalam bakul. (2)Siti mengutip rambutan lalu memasukkan rambutan itu ke dalam bakul.Ayat yang lebih sesuai ialah:

Siti mengutip lalu memasukkan rambutan itu ke dalam bakul.
Tatabahasa08.04.2015
Maaf, saya ingin bertanya tentang ejaan bagi perkataan "bakul sia". Adakah betul ejaan yang diberi? Atau "bakul siya"?Mohon penjelasan. Terima kasih.

Ejaan yang tepat ialah “siya”, tidak perlu pengunaan perkataan “bakul” kerana “siya” ialah bekas yang bertingkat-tingkat tempat menaruh barang-barang makanan (bekalan dan lain-lain), juga dikenali sebagai mangkuk tingkat atau mangkuk tepen. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ejaan30.05.2020
Ayat-ayat berikut yg mana betul? Tolong membuat penerangan. Thank you ! 1) Adakah puluh / ratus / ribu / juta merupakan penjodoh bilangan? a) Dua juta orang rakyat Malaysia Dua juta rakyat Malaysia b) Berpuluh-puluh bakul Berpuluh-puluh buah bakul j) I satu suku sudu garam atau satu sudu suku garam? II satu perempat biji epal atau satu biji perempat biji epal? k) I sebahagian daripada murid-murid dari kelas II sebahagian daripada murid dari kelas III sebahagian daripada pelajar-pelajar dari kelas IV sebahagian daripada pelajar dari kelas V sebahagian daripada peniaga-peniaga VI sebahagian daripada peniaga VII sebahagian daripada pemuda-pemuda VIII sebahagian daripada pemuda

Perkataan puluh, ratus, ribu dan juta merupakan kata bilangan. Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Ali menjinjing bakul dan memilih minyak masak di sebuah kedai runcit. Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul ialah “ Ali menjinjing bakul sambil memilih minyak masak di sebuah kedai runcit” .Tatabahasa17.03.2014
Peladang itu membimbit bakul yan g berisi sayur-sayuran itu di atas kepalanya. Adakah ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah Peladang itu menjunjung bakul yang berisi sayur-sayuran di atas kepalanya. Tatabahasa23.10.2021
Adakah ayat ini betul? Tidak terangkat oleh saya bakul yang berisi buah kelapa itu. Saya telah merujuk tatabahasa Dewan edisi keempat tetap tiada contoh. Terima kasih.Bentuk pasif diri pertama yang gramatis ialah "bakul yang berisi buah kelapa itu saya tidak terangkat".Tatabahasa11.06.2013
salam sejahtera. apakah padanan terjemahan bagi "fire basket"? bolehkah diterjemahkan sebagai "bakul api"? ia digunakan untuk menyalakan unggun api didalamnya. gambar seperti yang disertakan.Untuk makluman, istilah "fire basket" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah yang dicadangkan, iaitu bakul api boleh digunakan.Istilah07.05.2013
Adakah frasa ini betul? Selain bahan-bahan yang digunakan dan tujuan penghasilan bakul, teknik anyaman berbeza mengikut kemahiran penenun.Ayat yang diberikan tidak lengkap. Walau bagaimanapun, cadangan ayat yang betul mengikut konsep dan konteks penggunaan yang sesuai ialah “Selain daripada bahan-bahan yang digunakan dalam proses penghasilan bakul, teknik anyaman juga berbeza mengikut kemahiran penenun”.Tatabahasa26.02.2022
12345

Kembali ke atas